Panduan Untuk Berjaya Sebagai Shopee Seller (2024)

Bila bercerita mengenai perniagaan atas talian (online business) di Shopee, ramai yang sangkakan ianya satu kerja yang mudah – hanya sekadar perlu muat naik gambar, tulis sedikit maklumat dan tunggu pelanggan buat pembelian.

Tapi, kalau kita sekadar menunggu tanpa sebarang usaha tambahan, mungkin kita perlu tunggu untuk satu jangka masa yang lama.

Jadi, kali ini, saya nak kongsikan sedikit panduan untuk berjaya sebagai penjual di platform Shopee.

Kenapa Shopee?

Sebelum itu, mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa guna Shopee?

Kredit gambar

Seperti yang diketahui ramai, platform Shopee mempunyai jumlah pengunjung yang tersangat ramai. Pada suku awal tahun 2022, jumlah pengunjung bulanan Shopee adalah sehingga 55 juta!

Dengan jumlah pengunjung yang ramai, kebarangkalian untuk barangan atau product anda terjual adalah lebih cepat! Yang penting, product anda perlulah mempunyai keunikan yang tersendiri, dengan harga yang berpatutan.

Lagi pula, paparan muka Shopee yang senang difahami akan memudahkan lagi urusan jual beli anda. Platform tersebut juga lengkap dengan perkhidmatan pembayaran untuk pembeli membuat pembayaran.

Cara Mula Meniaga di Shopee

Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini, anda hanya perlu login account Shopee anda. Next, pergi ke seller centre, muat naik produk (product) yang anda ingin jual, lengkapkan gambar dan maklumat seperti nama produk (product name), dan anda boleh mula mempromosikan barangan anda.

Jika anda masih belum mendaftar akaun Shopee, apa tunggu lagi! Anda hanya perlu create account atau membuka akaun di https://shopee.com.my/.

Cara Naikkan Sale Di Shopee

Bila anda dah mula menjual di Shopee, pasti anda terfikir, apa yang seller lain lakukan untuk naikkan sale mereka di Shopee? Dan bagaimana cara untuk anda lariskan produk jualan anda?

Kredit gambar

Jadi, ini beberapa cara yang saya ingin kongsikan untuk panduan anda semua.

Kaji trend dalam kalangan pembeli

Kebiasaannya, pembeli akan membeli sesuatu produk mengikut trend semasa atau produk yang sedang viral.

Saya bagi contoh mudah: ketika musim perayaan, pembeli akan giat mencari pakaian raya, biskut raya, sampul duit raya, dan sebagainya.

Contoh lain, ketika jualan 11.11 berlangsung, barangan wanita seperti dress, blouse dan kasut menjadi antara carian yang paling tinggi di Shopee tempoh hari.

Jadi, sentiasa perhatikan trend semasa, dan mula bertindak dengan pantas dengan menambah produk jualan dan bina profil yang menarik untuk tarik perhatian pelanggan.

Guna gambar yang menarik

Cuba bayangkan: anda tengah shopping, adakah anda lebih tertarik dengan gambar atau anda lebih suka baca details produk?

Kebiasaannya, pelanggan lebih tertarik untuk klik pada produk yang lengkap dengan gambar yang menarik.

Jadi, gunakan gambar produk yang sesuai, menarik, kualiti gambar yang jelas dan cantik untuk menarik perhatian pelanggan.

Kalau anda menjual baju, pastikan gambar baju tersebut jelas dan terang untuk menarik perhatian pembeli.

Selain itu, letakkan gambar model yang menggayakan baju tersebut supaya pembeli lebih tertarik untuk membeli baju yang anda jual.

Letak gambar sebanyak mungkin, dari setiap sisi, supaya pembeli boleh membayangkan produk anda sebelum mereka membuat pembelian.

Tips: Gunakan gambar dengan latar belakang yang kosong untuk menyerlahkan lagi produk anda.

Letak video produk untuk yakinkan pembeli

Kredit gambar

Ramai pembeli sukakan listing produk yang lengkap dengan video.

Melalui video, anda boleh bercerita mengenai produk anda, tunjukkan pilihan produk atau buat demo ringkas dan cara penggunaan produk.

Sebagai contoh, anda menjual barangan dekorasi rumah. Anda boleh masukkan video yang menunjukkan cara untuk hias rumah dengan produk anda.

Guna fungsi Bump Now

Sebaik sahaja anda memuat naik produk di akaun Shopee, jangan abaikan fungsi Bump Now!

Fungsi Bump Now ini akan meningkatkan kedudukan carian produk anda (untuk sementara waktu) bagi menambah potensi jualan untuk produk tersebut. Fungsi ini diberi secara percuma oleh pihak Shopee kepada semua penjual.

Tetapi!

Anda hanya boleh gunakan fungsi ini untuk lima produk bagi setiap 4 jam.

Jadi, pilih produk yang paling bagus atau paling laris untuk menaikkan trafik ke akaun anda.

Fungsi ini juga perlu dilakukan secara manual, setiap 4 jam. Jadi, selalu lah pantau akaun anda ya!

Tips: kalau anda menjual beberapa jenis produk dari beberapa kategori, guna fungsi ini pada setiap produk yang berlainan. Contohnya, kalau anda menjual barangan wanita, boost produk berlainan seperti baju, beg tangan, tudung, kasut dan aksesori.

Fungsi Bump Now adalah percuma — jadi, Shopee akan tetap mengutamakan iklan berbayar. Oleh itu, produk dengan iklan berbayar akan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi. 

Sertai Shopee Campaign

Tahukah anda, Shopee sentiasa mengadakan pelbagai kempen promosi secara berkala. Contohnya, ketika musim perayaan atau akhir tahun.

Kempen sebegini akan dipaparkan dengan jelas di laman web rasmi Shopee dan juga di aplikasi Shopee.

Kredit gambar

Shopee seller yang menyertai campaign Shopee akan menjalankan promosi untuk produk tertentu mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sebagai seller, anda boleh memanfaatkan kempen ini supaya pembeli akan ‘nampak’ kewujudan kedai anda.

Caranya, anda hanya perlu mencalonkan produk anda untuk menyertai kempen-kempen ini. Mudah je!

Gunakan fungsi My Shop’s Shocking Sale

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan untuk tingkatkan sales, naikkan follower anda dan tambah trafik ke akaun anda adalah melalui My Shop’s Shocking Sale.

My Shop’s Shocking Sale sebenarnya lebih kurang sama dengan Shopee Shocking Sale, cumanya My Shop’s Shocking Sale adalah untuk online shop anda sahaja.

Kredit gambar

Dengan fungsi ini, promosi ini dibuat untuk customer dapatkan promosi dari kedai anda. Tetapi, hanya untuk waktu tertenju sahaja. Maknanya, anda boleh memilih tarikh dan masa yang anda inginkan untuk jalankan promosi ini.

Pembeli selalunya akan tertarik untuk klik tab Shocking Sale. Anda boleh melihat jumlah klik dan peringatan yang ditetapkan oleh pengunjung kedai anda. Dengan ini, anda boleh estimate permintaan produk jualan anda.

Namun, ada criteria yang anda perlu fahami dan ikuti ya.

Program Shopee 10% Cashback

Pembeli pasti akan sukakan cashback sebegini. Jadi, program ini boleh membantu anda untuk meningkatkan jualan produk anda di Shopee.

Melalui program ini, pelanggan anda akan menerima pulangan dalam bentuk syiling Shopee untuk digunakan bagi pembelian seterusnya.

Kredit gambar

Buat masa sekarang, 100 syiling Shopee adalah bersamaan dengan nilai RM1. Jadi, kalau pembeli berbelanja sebanyak RM30 di kedai anda, mereka akan menerima 300 syiling Shopee (RM3) untuk digunakan bagi pembelian mereka yang seterusnya.

Shopee Shipping Programme

Lazimnya, pembeli memang suka kalau mereka boleh jimat, termasuklah jimat kos penghantaran/postage.

Buat masa sekarang, ada dua jenis shipping programme di Shopee:

RM15 Free Shipping Programme – untuk pembelian melebihi RM15

RM40 Free Shipping Programme – untuk pembelian melebihi RM40

Sejujurnya, pembeli lebih suka shopping di kedai yang ada tawaran free shipping. Selain itu, sebagai seller, pendaftaran untuk program ini adalah percuma.

Anda juga boleh menguruskan pengeposan barang dengan mudah kerana tidak perlu beratur lama – hanya perlu drop off sahaja.

Jadi, manfaatkan Shopee Shipping Programme sebaiknya untuk menambah bilangan pengunjung ke kedai Shopee anda.

Shopee Live Streaming

Melalui live streaming, anda boleh bersiaran secara langsung di Shopee sambil mempamerkan produk jualan anda. Selain itu, anda juga boleh melakukan apa sahaja sharing yang bersesuaian, berinteraksi bersama bakal customers, dan mempromosikan produk-produk jualan anda.

Kredit gambar

Yang paling best, dengan live streaming di Shopee, customer boleh terus membeli produk jualan anda tanpa perlu ke aplikasi lain!

Guna Shopee Ads

Seperti Facebook, Shopee juga turut mempunyai medium pengiklanan mereka yang tersendiri.

Walaupun cara ini memerlukan anda untuk mengeluarkan sedikit modal, namun ramai seller memilih untuk menggunakan cara berbayar ini. Melalui Shopee Ads, produk anda akan berada di kedudukan tinggi bila pembeli membuat carian di Shopee.

Kredit gambar

Dengan Shopee Ads, anda boleh mengawal jumlah yang anda ingin belanjakan dalam masa sehari. Contohnya, bajet pengiklanan anda adalah RM10 sehari, jadi anda boleh tetapkan pada RM10 sehari.

Jadi, anda tak perlu risau akan terlebih belanja untuk kos pengiklanan.

Cubalah!

Bina profil yang profesional

Profil Shopee yang profesional akan menarik perhatian pelanggan dan meyakinkan pembeli.

Pastikan anda menggunakan logo yang bersesuaian, dan lengkapkan akaun kedai anda dengan maklumat kedai (shop) yang tepat.

Gunakan fungsi Shop Decoration, Banner Photo, Description dan sebagainya untuk kelihatan lebih profesional dan dipercayai.

Shopee Marketing Centre

Selain dari panduan di atas, anda juga boleh ke Shopee Marketing Centre yang merangkumi pelbagai alat pemasaran yang boleh membantu anda memenuhi objektif perniagaan anda.

Saya juga pernah menulis tentang marketing tools di Shopee di artikel sebelum ini. Seller boleh cuba menaikkan trafik je kedai masing-masing menggunakan pelbagai tools yang Shopee telah sediakan.

Promosikan akaun Shopee anda di media sosial

Untuk tarik lebih ramai pembeli ke online shop anda di Shopee, jangan lupa war-warkan kewujudan akaun Shopee anda pada kenalan dan keluarga di media sosial.

Facebook

Saya pasti, ramai di antara anda yang mempunyai Facebook account sendiri . Facebook kekal menjadi platform media sosial paling utama di Malaysia dengan jumlah pengguna aktif seramai 21.7 juta!

Dengan pengguna yang sangat ramai, anda boleh mempromosikan barangan atau produk yang anda jual secara online di laman Facebook anda. Bonus kalau anda ada jumlah kawan atau pengikut yang ramai!

Ataupun, bina Facebook page untuk iklankan produk jualan anda.

Kredit gambar

Kalau anda ada sedikit modal untuk dilaburkan, anda juga boleh gunakan Facebook Ads untuk mempromosikan produk anda secara berbayar.

Anda boleh bermula dengan modal iklan yang rendah untuk menguji keberkesanan iklan yang anda tetapkan.

Blog

Kalau anda suka menulis, manfaatkan hobi anda untuk promosikan produk jualan anda secara online. Cara ini sangat popular dalam kalangan penjual di negara luar, terutamanya untuk platform Amazon.

Anda boleh mula dengan membina blog dan membuat post mengenai topik tertentu.

Sebagai contoh, anda ingin menjual baju dan beg tangan wanita. Jadi, anda boleh buat blog yang bercerita mengenai topik fesyen dan gaya hidup, dan anda boleh promosikan produk anda di blog tersebut!

Tik Tok

Tik Tok ialah satu platform media sosial berasaskan video yang sangat popular di seluruh dunia. Di Malaysia, pengguna Tik Tok yang berumur 18 tahun ke atas adalah seramai 14.59 juta!

Anda boleh mula dengan memuat naik video produk anda di Tik Tok, dan letak link untuk pembelian di video anda.

Jangan lupa untuk letakkan link ke kedai Shopee anda di laman Tik Tok anda!

Kesimpulan

Platform Shopee memberi peluang kepada individu yang ingin menceburi online business yang semakin berkembang, membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana terus membangun dan berkembang maju.

Buat anda di luar sana yang masih berfikir-fikir, jangan tangguh untuk mencuba.

Yang paling penting, anda kena elakkan berteori atau fikir terlalu banyak. Mula dari sekarang.

Cuba dengan beberapa produk yang anda guna atau produk yang anda minat supaya anda boleh bercerita pada pelanggan mengenai produk yang anda jual.

Jangan takut dan selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *