GoDaddy Malaysia Review: Ulasan Syarikat Web Hosting GoDaddy (Terkini 2024)

godaddymalaysia

GoDaddy Malaysia, salah satu syarikat hosting yang dikenali di dunia. Prestasinya cukup mantap lebih-lebih lagi dengan adanya tawaran storan yang boleh dikatakan antara yang terbesar berbanding hosting lain. 

Jumlah pengguna perkhidmatan GoDaddy dilaporkan mencecah 20 juta orang dengan lebih daripada 80 juta domain yang berdaftar. Syarikat ini turut memiliki 9,000 orang kakitangan di seluruh dunia. 

GoDaddy menawarkan pelbagai pilihan pelan dari harga serendah hanya RM 4.49/sebulan. Antara pelan yang ditawarkan termasuklah shared hosting, VPS hosting dan juga dedicated hosting. 

Untuk pengetahuan anda, GoDaddy Malaysia adalah antara syarikat yang menawarkan hosting servis yang berasaskan Windows dan Linux. Di samping itu, GoDaddy juga terkenal dengan interface yang mesra pengguna.  

Latar Belakang GoDaddy Malaysia

GoDaddy telah diasaskan oleh Bob Parsons di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat pada tahun 1997 dengan nama syarikat asalnya, Jomax Technologies. 

Berdasarkan artikel yang dikongsikan oleh Forbes, Bob Parsons merupakan seorang graduan dari University of Baltimore yang mana sejurus selepas mendapat ijazah, beliau bekerja di firma Commercial Credit yang dimiliki oleh Control Data. 

Pada tahun, 1984, Parsons menubuhkan syarikatnya sendiri, Parsons Technology sebelum menjualnya kepada syarikat software, Intuit, dengan harga sebanyak RM 268 juta. Pada tahun 1997, Parsons menubuhkan syarikat seterusnya iaitu Jomax Tecnologies yang merupakan nama asal bagi GoDaddy. 

Servis Yang Ditawarkan Oleh Godaddy

GoDaddy menawarkan pelbagai jenis servis seperti:

Pakej/Pelan Yang Ditawarkan Oleh Godaddy Malaysia

GoDaddy Malaysia menawarkan pelbagai jenis pelan yang boleh dipilih berdasarkan keperluan anda iaitu:

  1. Web Hosting/Shared Hosting
  2. WordPress Hosting
  3. Business Hosting
  4. VPS Hosting
  5. Dedicated Server

Ulasan Lanjut Setiap Pelan Yang Ditawarkan Godaddy Malaysia

Web Hosting GoDaddy Malaysia

Web Hosting GoDaddy adalah pakej yang paling menjimatkan. Sesuai untuk pembinaan website biasa yang dilengkapi dengan fungsi-fungsi asas. 

Harga bagi pelan ini bermula daripada RM 4.49/sebulan (untuk pendaftaran pertama selama 36 bulan) dan RM 14.99/sebulan untuk diperbaharui. 

Pelan Starter ini sesuai untuk anda yang hanya ingin menghasilkan sebuah website dengan satu domain dan tidak memerlukan storan lebih daripada 30 GB. 

Untuk pelan Economy pula ditawarkan dalam harga serendah RM 16.08/sebulan untuk pendaftaran kali pertama dalam tempoh 36 bulan. 

Sama seperti Starter, pelan Economy adalah untuk anda yang memerlukan hanya sebuah website, tapi dengan prestasi yang lebih tinggi iaitu standard performance berbanding 256 MB RAM yang ditawarkan Starter. Storan yang ditawarkan adalah sebanyak 100 GB.

Bagi pelan Deluxe, spesifikasi yang ditawarkan sama sahaja dengan pelan Economy, namun anda boleh menjadi hos kepada seberapa banyak website sekalipun dengan had maksimum sebanyak 25 pangkalan data. 

Jika anda perlukan hosting dengan prestasi yang lebih power terutamanya untuk website dengan trafik yang tinggi, pelan yang boleh dipilih ialah Ultimate. Pelan ini turut ditawarkan dengan SSL certificate percuma untuk tahun pertama

Untuk kesemua pelan hosting ini (kecuali Starter) anda akan mendapat Professional Email dan juga Domain Name percuma bagi tahun pertama.

Apa yang ada dalam semua kesemua pelan Web Hosting GoDaddy Malaysia? 

Sama ada Starter, Economy, Deluxe ataupun Ultimate, kesemua pelan Web Hosting GoDaddy Malaysia menjanjikan:

  • Control panel yang mesra pengguna
  • Keselamatan sekuriti 24/7
  • Storan pangkalan data 1 GB
  • 150 aplikasi percuma untuk menghasilkan tapak CMS

Tak pasti nak pilih yang mana? 

Buat pilihan berdasarkan keperluan anda pada masa pembelian atau pada awal projek. Proses untuk upgrade kepada pelan yang lebih tinggi tidak rumit dan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan mudah. 

WordPress Hosting GoDaddy Malaysia

WordPress Hosting GoDaddy adalah pelan yang dioptimumkan untuk memudahkan pengguna menghasilkan website WordPress. 

Bagi WordPress Hosting GoDaddy Malaysia, pelan yang paling murah ialah Basic yang berharga serendah RM 15.99/sebulan. Dan yang paling advanced pula adalah pelan Ecommerce yang berharga RM 66.99/sebulan. 

Pelan Basic adalah ideal untuk website dengan trafik yang mencecah 25,0000 orang pelawat. Pelan ini juga memiliki ruang storan yang besar iaitu sebanyak 30 GB.  

Pelan Ecommerce pula menyediakan pelbagai perisian yang penting untuk kedai online melalui tambahan spesifikasi lain yang tiada dalam pelan Basic seperti:

  • Sistem SEO optimization
  • Kemudahan ujian tapak dengan 1-klik 
  • Sistem penyingkiran malware dan juga pembaikan godam tanpa had
  • Tiada caj transaksi daripada GoDaddy atau WooCommerce 
  • Penjadualan temujanji (Scheduling)
  • Kadar pengeposan semasa
  • Akses kepada sambungan WooCommerce premium PERCUMA

Kesemua pelan WordPress Hosting GoDaddy Malaysia menjanjikan:

  • Pulangan wang sepenuhnya (untuk pelan tahunan dalam tempoh 30 hari selepas pembelian/untuk pelan bulanan dalam tempoh 48 jam selepas pembelian)
  • 99.9% uptime
  • CDN Boost untuk waktu loading yang lebih pantas sehingga 50%
  • Business email PERCUMA – tahun pertama (hanya untuk pelan tahunan)
  • Software penting WordPress dan juga security update
  • Akses kepada ribuan plug-in dan juga tema percuma
  • Untuk beginner: Tapak pre-built dan juga laman editor drag & drop
  • Akses SFTP (Pelan Deluxe, Ultimate dan Ecommerce)
  • Sokongan 24/7 percuma
  • Kemudahan untuk migrasi dengan 1-klik
  • Versi terbaharu PHP 7 
  • Boleh letakkan nama domain sementara sebelum digantikan dengan nama domain rasmi (hanya untuk pelan tahunan)

Business Web Hosting GoDaddy Malaysia

Business Web Hosting GoDaddy ialah elan yang sesuai untuk website ecommerce serta website yang padat dengan plugin CMS yang berat atau yang sering menerima trafik yang tinggi. 

Di bawah Business Web Hosting GoDaddy terdapat empat jenis pelan iaitu Launch (serendah RM 79.99/sebulan), Enhance (serendah RM 101.99/sebulan), Grow (serendah RM 138.99/sebulan) dan Expand (serendah RM 203.99/sebulan). 

Faktor yang membezakan empat pelan ini adalah seperti yang disenaraikan di bawah (disusun bermula daripada pelan termurah, Launch, hinggalah yang termahal, Expand):

  • Storan (60 GB, 90 GB, 120 GB atau 150 GB)
  • RAM (2 GB, 4 GB, 6 GB, 8 GB)
  • Jumlah vCPU/Pemproses maya (1 CPU, 2 CPU, 3 CPU atau 4 CPU)

Kesemua pelan Business Web Hosting GoDaddy Malaysia adalah termasuk:

  • Trafik tanpa had
  • Jumlah pangkalan data dan website tanpa had
  • SSL untuk kesemua website tanpa had secara percuma
  • Emel profesional percuma untuk tahun pertama

VPS Hosting GoDaddy Malaysia

Sesuai untuk pereka dan pembangun website yang menguruskan beberapa projek kerana anda dapat menguruskan server sendiri. Anda mendapat akses penuh kepada SSH key dan sebagainya. 

Kesemua pelan VPS Hosting GoDaddy Malaysia adalah termasuk:

  • SSD dan juga OpenStack berprestasi tinggi untuk trafik tanpa had dan juga kelajuan 3 kali ganda
  • KVM virtualization untuk kawalan penuh ke atas hardware
  • Easy admin/akaun tanpa had
  • Root access
  • Monitoring and alerts
  • Backups and recovery console
  • Global data centers
  • Scalability (Kemudahan untuk meningkatkan RAM, CPU dan storan)
  • Securiti 24/7

Dedicated Server GoDaddy Malaysia

Sesuai untuk admin dan juga pembangun sistem. Pelan yang termurah adalah RM 538.99/sebulan. 

Kesemua pelan di bawah Dedicated Server GoDaddy adalah termasuk:

  • Bare metal servers (kawalan penuh server)
  • Top server hardware/software (Intel Xeon atau AMD EYPC CPU)
  • SSD atau HDD
  • Sokongan hosting standard percuma
  • Built-in security
  • Control panel mudah guna
  • 99.9% server uptime
  • SSL certificate percuma – Tahun pertama (untuk pembelian pelan tahunan)

Kelebihan Dan Kekurangan Hosting Godaddy

Kelebihan Hosting GoDaddy Malaysia

Mudah untuk digunakan: Interface yang ditawarkan GoDaddy didapati cukup mesra pengguna menjadikan ianya sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam penghasilan website. 

Kelajuan: Kelajuan GoDaddy tidak mengecewakan walaupun ianya tidaklah sepantas kelajuan yang ditawarkan hosting server lain seperti SiteGround dan juga DreamHost. 

GoDaddy turut menawarkan versi PHP terbaharu yang dapat membantu melipatgandakan kelajuan. 

Server Windows dan Linux: GoDaddy menawarkan hosting berasaskan kedua-dua Windows dan Linux.

Storan: Storan untuk pelan Economy adalah sebesar 100 GB, manakala, untuk kesemua pelan yang lebih tinggi daripada ini pula storan yang ditawarkan adalah tanpa had tertentu! 

Bandwidth/Had trafik: Trafik yang boleh diterima oleh website anda adalah tanpa had. GoDaddy tidak mengira trafik yang diterima website walau apa pun pelan yang dipilih. 

Namun begitu, sekiranya website anda menggunakan terlalu banyak sumber server, anda mungkin akan diminta untuk menaiktaraf akaun hosting yang digunakan. 

Nama domain: GoDaddy memberikan domain percuma untuk tahun pertama langganan sekiranya anda membeli pelan tahunan sekurang-kurangnya 12 bulan. 

Dengan pelan Economy, anda diberikan satu nama domain. Namun, untuk pelan yang lain, anda boleh mendapatkan sebanyak mana domain yang diinginkan. 

Lokasi server: Anda boleh memilih lokasi server sama ada di Amerika, Eropah atau Asia. Berdasarkan info yang dikongsikan oleh Data Center Dynamics, GoDaddy memiliki sebanyak sembilan buah pusat data di seluruh dunia. 

Untuk penduduk Malaysia, server yang terdekat adalah di Singapura. Lokasi server cukup penting kerana semakin hampir pengguna perkhidmatan hosting dengan lokasi server, semakin pantas dan baik kelajuan transfer serta prestasi keseluruhan website. 

Bantuan dan sokongan: Anda boleh mendapatkan bantuan melalui chat atau telefon tanpa perlu menunggu lama untuk disambungkan dengan kakitangan bagi menyelesaikan isu yang dihadapi. 

Tetapi, kualiti sokongan yang diberikan perlu dipertingkatkan lagi dan material pengajaran yang disediakan perlu lebih terperinci. 

Control Panel: GoDaddy menawarkan interface berasaskan cPanel untuk hosting Linux. Sementara itu, bagi Windows pula, menggunakan Plesk. Bagi cPanel, layout yang diketengahkan sungguh mesra pengguna. 

Pilihan yang ada dalam platform ini dikategorikan dan disusun dengan kemas. Antara ciri lain cPanel adalah easy installation untuk aplikasi dan add-on, pengurusan emel, pengurusan pangkalan data dan sebagainya. 

Akaun emel: Akaun emel yang diberikan oleh GoDaddy adalah terlebih daripada cukup. Berdasarkan perkongsian yang dibuat dalam GoDaddy Community, pengguna boleh mendapatkan sehingga 100 akaun emel melalui pelan Economy, 500 akaun emel untuk Deluxe dan 1000 untuk Ultimate.  

Kepelbagaian produk: Selain khidmat hosting dan domain, GoDaddy Malaysia sebenarnya turut kaya dengan banyak lagi produk lain. 

Sebagai contoh, sistem pembinaan website yang dinamakan GoCentral. Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan pereka web profesional GoDaddyy Malaysia sekiranya anda ingin membina website yang lebih kompleks daripada template sedia ada. 

Kekurangan Hosting GoDaddy Malaysia

Mahal: Jika dibandingkan dengan yang lain, GoDaddy bukanlah antara yang termurah. Ini belum lagi termasuk dengan add-on lain (backup dan SSL certificate) yang makin berlipat ganda harganya. 

Jaminan pulangan wang yang rumit untuk difahami: Pada awalnya, anda boleh lihat di merata website GoDaddy bahawa anda boleh mendapatkan pulangan wang sekiranya langganan dibatalkan dalam masa 30 hari selepas pembelian. 

Dengan menyatakan:

Refunds and Guarantees: If you purchase a 12-month hosting plan or longer, you’ll have a 30-day money-back warranty.”

Terjemahan: “Bayaran Balik dan Jaminan: Sekiranya anda membuat pembelian pelan 12 bulan atau lebih, anda boleh mendapatkan jaminan pulangan wang 30 hari.”

Namun bila dilihat pada bahagian fine print, GoDaddy mengatakan bahawa:

“If a Hosting Service has already been performed, then it is non-refundable (if not yet performed, eligible for a refund within 30 days of the date of the transaction).”

Terjemahan: “Sekiranya Hosting Service sudah dilakukan, wang tidak boleh dipulangkan (sekiranya tidak lagi dilakukan, layak untuk menerima pulangan wang dalam masa 30 hari selepas transaksi).”

Uptime: Berdasarkan ujian yang dilakukan oleh Website Tool Tester, uptime (jumlah masa yang diambil untuk laman web beroperasi secara optimum) GoDaddy didapati rendah daripada standard peratusan yang ditetapkan iaitu 99.05%. 

Uptime yang terbaik adalah 99.95% (atau downtime sebanyak 0.05%). Sekiranya anda inginkan prestasi website yang hebat, jadikan ini sebagai penanda aras. 

Tiada backup: GoDaddy tidak menawarkan sistem backup. Untuk mendapatkan khidmat ini, anda perlu membayar add-on yang bermula dari serendah RM 7.99 sebulan (5 GB). 

Tiada SSL: Sekiranya anda inginkan website yang selamat daripada kebocoran data (terutamanya website ecommerce), penting untuk website anda memiliki teknologi keselamatan yang dipanggil SSL. 

Namun begitu, anda perlu melakukan bayaran tambahan untuk mendapatkan sistem ini daripada kebanyakan pelan termurah GoDaddy. 

Perbezaan Antara Godaddy Malaysia Dan Hosting Yang Lain

Berikut adalah senarai perbezaan yang dikongsikan oleh Website Tool Tester tentang beza antara GoDaddy Malaysia dan juga hosting yang lain:

  • Hosting dengan nisbah harga/kualiti yang terbaik ialah DreamHost dan juga A2 Hosting. 
  • Sistem sokongan yang lebih baik daripada GoDaddy adalah SiteGround, DreamHost dan juga InMotion. 
  • Hosting dengan uptime dan kelajuan yang terbaik adalah DreamHost dan juga SiteGround.
  • Sekiranya anda inginkan hosting provider yang menawarkan banyak ciri menarik dan kemudahan untuk menghasilkan website WordPress, boleh cuba SiteGround. 

Kesimpulannya

Kenapa anda perlu memilih GoDaddy Malaysia:

GoDaddy Malaysia boleh dikatakan agak mahal terutamanya bila ditambah dengan add-on penting yang lain. Namun ia adalah pilihan yang tepat sekiranya anda memerlukan hos dengan storan yang besar dan website tanpa had trafik. 

GoDaddy juga turut menawarkan hosting berasaskan Windows. Selain itu, GoDaddy menyediakan khidmat sokongan pelanggan pada bila-bila masa dalam pelbagai bahasa. 

Kenapa anda tidak perlu memilih GoDaddy Malaysia:

Sekiranya anda inginkan hosting provider dalam harga yang berpatutan, GoDaddy bukanlah pilihan yang tepat kerana banyak lagi hosting lain yang menawarkan pelan dalam harga yang lebih murah. 

Selain itu, GoDaddy juga tidak memiliki peratusan uptime yang baik. Sekiranya anda mengambil serius tentang prestasi keseluruhan website dan pengalaman pelawat, boleh pertimbangkan alternatif yang lain. 

Di samping itu, keperluan website yang lain seperti SSL dan juga backup tidak termasuk dalam pakej GoDaddy. Sekiranya anda inginkan keperluan lain ini, anda akan dikenakan caj tambahan untuk add-on.