Dedicated Server Malaysia Hosting Terbaik (Terkini 2024)

Dedicated server atau server khusus merupakan server yang dikhususkan untuk seorang pengguna sahaja. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh server khusus lebih baik berbanding dengan shared hosting dan virtual private server (VPS). 

Dengan menggunakan server khusus, anda tidak perlu berkongsi segala sumber yang ada pada satu mesin dengan orang lain. Processor, RAM, SSD, dan lain-lain sumber yang ada semuanya di bawah kawalan anda.  

Tidak seperti shared hosting yang mana anda perlu berkongsi segala sumber dengan beberapa pihak lain. 

Artikel ini dibawakan khas oleh Clarini Online Marketing, sebuah syarikat pemasaran digital di Malaysia yang menawarkan 100% servis SEO.

Apa Kebaikan Menggunakan Dedicated Server?

Selain semua sumber menjadi milik anda seorang, website yang dihoskan di server khusus mampu mencapai kelajuan loading website dan kadar uptime yang tinggi. 

Sesuai dengan segala ciri penting yang diberikan, harga dedicated server juga agak mahal berbanding hosting lain. 

Siapa Yang Perlukan Dedicated Server?

Perkhidmatan ini diperlukan jika website anda mempunyai aliran trafik yang tinggi setiap bulan melebihi 100,000. Ianya jarang diperlukan untuk perniagaan kecil atau website yang masih baru. 

Jika sekarang perniagaan anda semakin berkembang, trafik yang semakin tinggi dan anda memerlukan kawalan sepenuhnya terhadap server untuk naikkan lagi jualan di website, perkhidmatan server khusus adalah untuk anda. 

Anda juga disarankan mempunyai pengetahuan berkenaan server management (pengurusan server), server monitoring dan technical support.

Anda tak tahu nak pilih server yang mana? Dalam artikel ini, LAPAN (8) dedicated server yang terbaik telah dipilih untuk membantu anda membuat keputusan yang terbaik mengikut keperluan anda.

Setiap server akan diterangkan ciri, kelebihan dan pelan yang ditawarkan.  

8 Penyedia Dedicated Server Malaysia Terbaik:

  1. Bluehost 
  2. DreamHost 
  3. Liquid Web 
  4. A2 Hosting 
  5. HostGator 
  6. GoDaddy 
  7. TMDHosting 
  8. IONS by 1&1 

Bluehost

Bluehost merupakan salah satu nama besar yang popular dalam web hosting. Dengan pengalaman lebih 18 tahun dalam dunia web hosting, tentunya Bluehost sebuah syarikat yang sangat diyakini dengan kualiti servisnya.   

Bluehost mempunyai 3 pelan hosting untuk dedicated server

Dalam setiap pelan yang ditawarkan Bluehost ini anda akan dapat sekali SSL percuma, nama domain percuma untuk tempoh 1 tahun serta 30 hari jaminan pulangan wang. 

Jika anda mencari server yang diyakini dari segi kelajuan, sekuriti dan sokongan, Bluehost antara pilihan terbaik untuk anda. 

Kesemua pelan server Bluehost ini didatangkan dengan 24 jam bantuan pelanggan khusus dari mereka yang pakar berkaitan dedicated server. Anda boleh menghubungi mereka melalui panggilan telefon ataupun live chat

Walaupun harga pelan Bluehost nampak seperti murah, akan tetapi harga ini hanya untuk langganan permulaan sahaja. Harga pelan akan naik seperti biasa ketika anda perbaharui langganan. 

Berikut merupakan ciri yang ditawarkan dalam kesemua pelan server hosting Bluehost: –

  • Sijil SSL percuma
  • Nama domain percuma untuk tahun pertama
  • Simpanan RAID (mirror data untuk memastikan data anda sentiasa dilindungi)
  • Server yang sangat pantas
  • Penyediaan server yang pantas (dalam masa 24-72 jam dan anda boleh mulakan kerja anda)
  • Root akses sepenuhnya 
  • Bantuan pelanggan khusus (pakar dalam dedicated server akan dikhaskan untuk anda)
  • 30 hari jaminan pulangan wang

Dreamhost

Syarikat yang berpengkalan di US sejak 1997 ini menawarkan pelan hosting dedicated server yang diurus sepenuhnya. Jika anda tidak mahu menguruskan sendiri server dan hanya ingin menikmati kelebihan yang ditawarkan, Dreamhost adalah pilihan terbaik untuk anda. 

Walaupun diuruskan sepenuhnya, anda masih lagi ada kawalan sepenuhnya ke atas server anda.

Dreamhost menawarkan 2 pelan hosting.

Apa yang menariknya tentang pelan Dreamhost ini, ia menjanjikan 100% network uptime. Anda juga boleh memilih sama ada nak menggunakan storan SSD atau HDD.  Dan tentunya harga yang berbeza mengikut jenis storan pilihan anda.

Namun begitu, Dreamhost tidak menawarkan SSL percuma ataupun nama domain percuma dan juga tiada jaminan pulangan wang untuk perkhidmatan mereka. 

Berikut merupakan ciri-ciri dedicated server hosting yang ditawarkan oleh Dreamhost: –

  • Jaminan 100% uptime
  • Simpanan RAID 
  • Bandwidth tanpa had
  • Perlindungan DDoS
  • PHP7/Perl/Python/Ruby
  • Local MySQL Database Server
  • Unik IPv4 dan IPv6
  • Root akses dan shell (SSH) sepenuhnya 
  • Kebolehan mencipta reseller dan sub-akaun
  • 24 jam bantuan teknikal dan pantauan server 

Liquid Web

Liquid Web menyediakan Managed Dedicated Server Hosting yang boleh disesuaikan sepenuhnya mengikut kehendak pengguna. Selain itu, dengan melanggan, anda akan dapat 100% jaminan kuasa serta uptime dan pemantauan secara real-time

Terdapat 3 server yang boleh anda pilih:-

  1. US Central Servers (Michigan)
  2. US West Servers (Arizona)
  3. EU Netherlands Servers (Amsterdam)

Anda boleh memilih dari 6 pelan untuk US Central Server (dengan harga terendah $169/bulan) dan US West Server (dengan harga terendah $169/bulan). Manakala 3 pelan ditawarkan untuk EU Netherlands Server (dengan harga terendah $249/bulan). Harga diskaun hanya untuk pelanggan baru Liquid Web sahaja. 

Berikut merupakan ciri yang ditawarkan dalam kesemua pelan dedicated server hosting Liquid Web:-

  • Jaminan 100% uptime untuk network dan kuasa 
  • Backup drive
  • Cloudflare CDN
  • Perlindungan DDoS
  • Storan jenis Solid State Drive (SSD)
  • ServerSecure Advanced Security
  • Interworx, Plesk, atau cPanel (untuk pengawalan dan pengurusan hosting secara berpusat)
  • Root akses
  • Alamat IP khas
  • Akses IPMI
  • 24 jam bantuan pelanggan (telefon/live chat/emel)

Selain itu, Liquid Web turut menawarkan cloud dedicated server hosting untuk Linux dan Windows. 

A2 Hosting

A2 Hosting menyediakan 4 pelan dedicated server hosting. Antaranya:-

  • Unmanaged server
  • Discount SSD server
  • Managed server DENGAN root akses
  • Managed server TANPA root akses

Jika anda seorang yang pandai teknikal berkenaan dedicated server, anda boleh memilih unmanaged server. Dengan pelan ini anda bebas mengubahsuai sendiri server serta mempunyai root akses. Pelan ini adalah pelan termurah untuk dedicated server A2 Hosting yang bermula dari $99.59 setiap bulan.

Sebaliknya, jika anda tidak mahu pening kepala menguruskan sendiri server, anda boleh memilih managed server. Anda masih mempunyai kawalan sepenuhnya dengan server jika memilih untuk mempunyai akses ke root.

Jika anda tidak mempunyai pengetahuan teknikal, serahkan saja kesemua berkenaan server kepada pihak A2 Hosting dengan memilih managed server tanpa akses ke root. 

Untuk pelan discount SSD, A2 Hosting menawarkan fully-managed dengan SSD. Akan tetapi, anda tidak mempunyai akses ke root. 

A2 Hosting menjanjikan prestasi server yang tinggi dengan kelajuan server 20x ganda dengan Turbo Boost server serta jaminan 99.9% uptime. 

Selain itu, A2 Hosting memberikan 24 jam bantuan khidmat pelanggan sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dengan dedicated server anda.

Hostgator

Hostgator yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam web hosting. 

Hostgator menawarkan 3 pelan dedicated server hosting dengan harga serendah $89.98 sebulan. 

Berikut merupakan ciri yang ditawarkan dalam kesemua pelan dedicated server hosting Hostgator:-

  • Bandwidth tanpa had
  • Linux atau Windows
  • HDD atau SSD hard drive
  • Perlindungan DDoS
  • IP-based firewall
  • Pusat data di US
  • Jaminan uptime
  • Backup berjadual dan manual
  • 24 jam bantuan pelanggan 

Anda boleh menghubungi bantuan pelanggan Hostgator melalui panggilan telefon, live chat, Tweeter. Selain itu, Hostgator turut menyediakan knowledge base serta blog yang anda boleh jadikan sebagai rujukan.

GoDaddy

GoDaddy adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia web hosting. Selain menawarkan dedicated server, GoDaddy turut menyediakan hosting lain seperti shared hosting, WordPress hosting dan VPS hosting.

Pelan dan harga GoDaddy adalah mengikut jenis storan yang dipilih (HDD atau SSD). Sekiranya anda mementingkan kapasiti yang tinggi, HDD adalah untuk anda. Jika kelajuan yang menjadi keutamaan anda, SSD pelan terbaik untuk anda. 

Untuk dedicated server, GoDaddy memberi anda pilihan sama ada untuk menguruskan sendiri server atau menyerahkan pengurusan server kepada GoDaddy.

Pelan dan harga untuk HDD adalah seperti berikut.

Pelan dan harga untuk SSD adalah seperti berikut.

Berikut merupakan ciri yang ditawarkan dalam kesemua pelan dedicated server hosting GoDaddy:-

  • Jaminan 99.9% server uptime
  • Bare metal server
  • Perlindungan DDoS
  • Control panel mudah digunakan (cPanel/WHM/Plesk)
  • SSL percuma
  • Alamat IP khas
  • Bantuan pelanggan yang pakar
  • Jaminan Pulangan Wang

TMDHosting

TMDHosting suatu syarikat penyedia web hosting yang kurang menonjol berbanding web hosting lain. Namun begitu, syarikat web hosting yang bermula dari tahun 2007 ini turut menawarkan perkhidmatan dedicated server yang terbaik. 

Dedicated server TMDHosting direka khas untuk memberikan kepantasan dan kuasa kepada server anda. 

TMDHosting menyediakan fully-managed dedicated server hosting dengan 4 pelan harga mengikut lokasi server yang dipilih. 2 lokasi server adalah di USA dan Eropah. 

Harga dan pelan untuk lokasi server di USA dan Eropah seperti di bawah.

TMDHosting mempunyai pusat data di pelbagai negara di dunia (Singapura adalah pusat data terdekat dengan Malaysia).

Berikut merupakan ciri yang ditawarkan dalam kesemua pelan dedicated server TMDHosting:-

  • Bandwidth tanpa had
  • Backup harian percuma
  • 30 hari jaminan pulangan wang
  • Jaminan 99.999% uptime 
  • Nama domain percuma
  • Pindahan data percuma
  • Akaun diaktifkan segera (kurang 20 minit)
  • 24 jam bantuan pelanggan dari yang pakar (Jaminan maklum balas dalam masa 15 minit)
  • Simpanan RAID
  • Setup percuma
  • Perlindungan SpamExperts mailbox
  • Percuma Web Based Firewall

IONOS 1&1

IONOS 1&1 telah berada di pasaran lebih 30 tahun. Selain dedicated server hosting, IONOS 1&1 turut menyediakan hosting lain seperti shared hosting dan VPS hosting. 

Bagi dedicated server, anda boleh memilih dari 2 jenis storan sama ada HDD ataupun SSD. 

Pelan dan harga untuk SSD adalah seperti berikut.

Pelan dan harga untuk HDD adalah seperti berikut.

Berikut merupakan ciri yang ditawarkan dalam kesemua pelan dedicated server hosting IONOS 1&1:-

  • Trafik tanpa had
  • 30 hari jaminan pulangan wang
  • Nama domain percuma
  • Simpanan RAID
  • Server yang laju dengan Turbo Boost server
  • Perlindungan DDoS
  • Backup automatik
  • Sitelock dan SSL percuma
  • Railgun Content Delivery Network
  • Bantuan pelanggan dari yang pro (telefon/live chat)

Kesimpulan

Sebelum memilih dedicated server anda boleh melihat dari beberapa aspek seperti uptime, saiz storan, bantuan pelanggan, jaminan pulangan wang, sekuriti dan kelajuan server seperti yang telah dihuraikan dalam senarai 8 dedicated server Malaysia di atas. 

Selain itu, harga pelan juga perlu dipertimbangkan mengikut bajet serta keperluan perniagaan anda.

Diharapkan ulasan ini dapat membantu anda membuat pilihan dengan tepat.