Tujuh (7) Penyedia Email Hosting Malaysia Terbaik 2021

Perniagaan anda menggunakan email sebagai medium komunikasi utama? 

Jika ya, anda memerlukan business email hosting

Tapi, apakah syarikat email hosting Malaysia yang terbaik?  

Email Hosting Malaysia

Berikut merupakan syarikat email hosting yang terbaik yang boleh anda pilih.

  1. Bluehost
  2. Hostinger
  3. A2 Hosting
  4. Inmotion Hosting
  5. Hostgator
  6. Rackspace
  7. Microsoft Office 365

Kenapa Perlu Ada Business Email?

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut tentang syarikat email hosting Malaysia, saya terangkan dulu apa pentingnya business email.  

Memiliki email atas nama domain sendiri amat penting untuk membuatkan perniagaan anda nampak lebih profesional dan dipercayai di mata pelanggan

Sesiapa saja boleh buat email percuma di GMail, Yahoo atau Hotmail dan mengatakan mereka mempunyai perniagaan. 

Domain-based email atau business email membezakan perniagaan anda dengan scammer.  

Email Hosting Malaysia

Di bawah adalah penerangan lanjut tentang syarikat web hosting yang menyediakan business email hosting Malaysia.

Bluehost

Bluehost adalah salah satu syarikat web hosting yang juga menyediakan business email hosting. Syarikat web hosting dari US yang tersenarai dalam 20 syarikat web hosting terbaik di dunia ini menawarkan beberapa pelan email hosting yang boleh anda pilih. 

Bluehost menyediakan professional email dengan Microsoft 365

Kesemua pelan email hosting di bawah Bluehost mendapat:-

  • Microsoft Outlook Web Access yang boleh diakses di mana saja
  • Kemaskini secara automatik dari Microsoft
  • Dashboard yang mesra pengguna 
  • Perlindungan data yang selamat dan diyakini dengan Microsoft 365

Sekiranya anda melanggan pelan email hosting Business Plus dan Business Pro, anda turut menerima akses ke aplikasi Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan lain-lain pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Semuanya boleh dilakukan asalkan anda mempunyai sambungan internet.

Bluehost email hosting juga memberikan 1TB storan Cloud dan perkongsian fail (kecuali pelan email essentials).

Ciri Penting

  • 99.9% jaminan uptime
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Akaun email boleh diakses di mana saja (Cloud based email)
  • 30 hari jaminan pulangan wang

Hostinger

Penyedia email hosting seterusnya adalah Hostinger. Terkenal dengan pelan harga web hosting yang murah dan juga salah satu syarikat hosting yang dipercayai.

Hostinger diasaskan di Lithuania dan mempunyai cawangan di beberapa buah negara di dunia termasuk Malaysia.

Hostinger menyediakan 2 jenis email hosting.

  1. Google Workspace Email Hosting
  2. Titan Email Hosting

Google Workspace Email hosting 

Email hosting dari Hostinger ini menggunakan infrastruktur dari Google yang dinamakan Google Workspace. Google Workspace menyediakan paparan GMail, sememangnya mudah untuk mereka yang sudah biasa menggunakan GMail.

Harga email hosting yang ditawarkan adalah RM19.59 setiap bulan untuk setiap mailbox. Di bawah pelan ini anda akan dapat 30 akaun email dan juga email di atas nama domain anda. 

Penggunaan Google Workspace memberikan kemudahan kepada anda untuk menggunakan aplikasi lain yang disediakan Google seperti Docs, Meet, Calendar, Slides. 

Selain itu, Google Workspace Email Hosting menyediakan perlindungan dari phishing serta Malware. Anda juga boleh menikmati Gmail tanpa iklan dengan melanggan email hosting ini.

Dengan menggunakan Google Workspace anda boleh akses ke email dan juga lain-lain perisian Google di mana saja anda berada. 

Titan Email Hosting

Email hosting kedua yang disediakan Hsotinger adalah Titan. Titan email hosting menawarkan harga serendah RM4.15 setiap bulan bagi setiap mailbox dengan langganan selama 24 atau 48 bulan. 

Namun begitu, anda perlu tahu bahawa harga bulanan kembali kepada harga biasa yang lebih tinggi ketika anda perbaharui langganan. Tiada lagi harga diskaun.

Contoh: Harga Untuk Pelan Business Email

1 Bulan 3 Bulan 6 Bulan 12 Bulan 24 Bulan48 Bulan 
RM9.15 / bulanRM9.15 / bulanRM9.15 / bulanRM6.25 / bulanRM4.15 / bulanRM4.15 / bulan

Dengan melanggan Titan email hosting anda boleh import email dan kontak sedia ada dengan 1 klik sahaja.  

Anda juga boleh akses ke akaun email anda pada bila-bila masa dan di mana saja dengan menggunakan android atau ios. 

Storan yang diberikan untuk pelan business email adalah 10GB dan Enterprise email 30GB. Untuk Enterprise email, anda boleh membuat sehingga 50 akaun email.

Ciri Penting

  • 30 hari jaminan pulangan wang
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Jaminan 99.99% uptime
  • Harga rendah di awal langganan
  • Percuma email migration
  • Boleh digunakan di iOS dan android
  • Perlindungan dari Spam
  • Perlindungan dari Malware

A2 Hosting

A2 hosting menyediakan 4 pelan email hosting untuk pilihan anda. Pelan termurah A2 Hosting email hosting bermula dari $2.99 untuk 3 tahun langganan dengan 100GB storan SSD. 

Sekiranya anda memilih untuk membuat bayaran secara bulanan harga yang perlu anda bayar adalah lebih mahal berbanding langganan selama 3 tahun.

A2 hosting juga menawarkan email tanpa had (kecuali pelan Startup).

Selain itu A2 Hosting turut menyediakan akaun email percuma untuk semua pelanggan web hosting mereka.

Bantuan khidmat pelanggan A2 hosting boleh dihubungi melalui telefon, live chat dan juga email.

Ciri Penting

  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan 
  • 99.9% jaminan uptime
  • SSL percuma
  • Percuma Cloudflare CDN
  • Percuma website migration
  • Jaminan pulangan wang
  • Akaun email tanpa had
  • Perlindungan dari spam email 
  • Menggunakan software webmail (Horde, Squirrelmail, RoundCube)

Inmotion Hosting

Inmotion hosting adalah sebuah lagi syarikat email hosting Malaysia yang menyediakan pelan email hosting yang menarik. 

Terdapat 4 pelan shared hosting yang ditawarkan Inmotion dari serendah $2.49 sebulan. Setiap pelan termasuk percuma business email. 

Inmotion juga menyediakan pembelajaran langkah demi langkah tentang web hosting dan pembinaan laman web. 

Ciri Penting

  • 99.99% jaminan uptime
  • Perlindungan dari spam email
  • Perlindungan dari Malware
  • Website builder percuma
  • 24/7/364 bantuan khidmat pelanggan
  • Bandwidth tanpa had 
  • 90 hari jaminan pulangan wang

Hostgator

Hostgator email hosting adalah dengan menggunakan Google Workspace atau dulunya dikenali dengan nama G Suite. 

Business email tidak didatangkan sekali jika anda melanggan pelan hosting Hostgator. Namun, anda boleh membuat penambahan business email dengan bayaran tambahan. 

Anda perlu membayar sebanyak $6.00 setiap bulan untuk menggunakan G Suite business email. 

Storan yang diberikan sebanyak 30GB bagi setiap pengguna. Dan anda boleh upgrade ke storan tanpa had apabila sudah semakin berkembang.

Dengan Google Workspace, segala aplikasi yang anda perlukan boleh didapati di sini. Business email, video conference, simpanan cloud, berkongsi, Google sheet, docs, slides dan pelbagai lagi.

Google Workspace juga menyediakan migration servis untuk anda memindahkan data sedia ada ke Google.

Ciri Penting

  • Storan tanpa had
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Data migration yang mudah
  • Domain name percuma
  • SSL percuma 
  • Bandwidth tanpa had
  • 99% jaminan uptime
  • 45 hari jaminan pulangan wang

Rackspace

Rackspace menyediakan email hosting dengan kadar yang mampu milik. 

Pelan email hosting Rackspace bermula dari $2.99 setiap bulan.

Dengan Rackspace email hosting anda boleh akses kepada email anda di mana sahaja sama ada melalui Outlook, telefon bimbit atau melalui aplikasi Webmail.

14 hari percubaan percuma diberikan jika anda ingin mencuba email hosting Rackspace.

Ciri Penting

  • 100% jaminan uptime
  • 24/6/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Perlindungan dari spam
  • Perlindungan dari virus

Microsoft Office 365

Seperti yang anda tahu, ada sesetengah syarikat hosting yang menggunakan Office 365 sebagai email hosting mereka. Ini menampakkan Office 365 adalah cloud email hosting yang diyakini ramai. 

Dengan anda melanggan terus Office 365, anda tidak perlu menggunakan khidmat orang tengah (langgan melalui syarikat hosting). 

Email hosting yang ditawarkan Microsoft Office 365 sangat sesuai untuk kegunaan individu , peniaga kecil atau syarikat besar. 

Namun begitu, pelan email hosting yang disediakan Microsoft ini datang dengan storan yang terhad. 

Microsoft Office 365 juga memberikan 1 bulan atau 30 hari percubaan percuma. Selepas 30 hari anda akan dicaj mengikut pelan langganan.

Ciri Penting

  • 99.9% jaminan uptime
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Perlindungan dari spam
  • Perlindungan dari Malware
  • Akses di mana saja dan pada bila-bila masa

Kesimpulan

Itulah 7 email hosting Malaysia terbaik yang boleh anda pilih. 

Anda boleh membuat pilihan sama ada inginkan business email sahaja ataupun sekali dengan pelan hosting. 

Pilihan business email yang terbaik tentunya yang menawarkan akaun email serta storan tanpa had. 

Anda dah baca, yang mana satu menjadi pilihan hati?