Dalam zaman yang serba moden sekarang ni, semakin ramai orang yang terbuka mata dan memilih untuk berniaga online melalui laman web mereka sendiri. Tambahan pula dengan keadaan ekonomi sekarang di mana majoriti pekerja perlu bekerja dari rumah dalam usaha untuk mengekang jangkitan Covid-19.
Akan tetapi, masih ada segelintir masyarakat yang juga ingin mula berniaga online tapi tak tahu bagaimana untuk ciptakan laman web mereka sendiri. Untuk pengetahuan anda, salah satu daripada komponen penting sebelum anda boleh lancarkan website adalah anda wajib memiliki web hosting.
Kenapa Perlu Ada Web Hosting?
Pernah tak anda cari dalam google cara untuk membuat website? Jika anda perasan salah satu daripada komponen dalam senarai itu mesti ditulis web hosting.
Web hosting sebenarnya bertindak sebagai satu platform simpanan keseluruhan data website anda supaya dapat dilihat oleh semua pengguna internet di seluruh dunia. Dalam erti kata lain, web hosting ni macam sewa tapak untuk anda berniaga.
Kalau nak berniaga, wajib ada sewa tapak ataupun tempat untuk anda uruskan produk jualan anda sama ada tapak di pasar malam, di rumah, rumah kedai dan sebagainya. Web hosting ini memang penting. Kalau anda tak ada web hosting, website anda tak akan dimuat naik ke Internet.
Jenis Web Hosting
Untuk pengetahuan anda, web hosting terbahagi kepada beberapa jenis bergantung kepada tujuan penggunaan website anda. Contohnya, jika anda nak buat blog atau website yang simple, web hosting biasa pun dah cukup.
Tapi kalau anda nak buat e-commerce store macam Lazada atau Shopee, ciri web hosting yang lebih tinggi, lebih sesuai untuk website anda.
Jenis web hosting yang anda nak pilih, bergantung kepada tujuan website anda dan bajet anda sendiri. Ini kerana semakin tinggi spesifikasi web hosting yang anda pilih, harga pun lagi mahal.
Antara servis yang biasa ditawarkan syarikat pembekal web hosting adalah seperti berikut:-
- pendaftaran nama domain
- Shared Hosting (Hosting Secara Perkongsian)
- WordPress Hosting (Hosting Khusus untuk Penggunaan WordPress)
- Virtual Private Server (Server Peribadi)
- Dedicated Server (Server Khusus)
- Email hosting
- Web sekuriti
Harga hosting yang paling murah adalah dengan Shared Hosting (Hosting Secara Perkongsian).
Manakala, hosting yang paling mahal adalah dengan pengambilan Dedicated Server (Server Khusus) yang boleh mencecah sehingga ratusan ringgit sebulan.
Apakah Ciri Yang Perlu Ada Untuk Web Hosting Terbaik?
Sebenarnya banyak faktor yang kita perlu kaji terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk memilih web hosting yang terbaik.
Antaranya adalah harga bulanan yang ditawarkan, uptime (tempoh website anda tunjukkan paparan selepas pengguna klik pada pautan), storage (had storan yang diberikan), lokasi pusat data (untuk menentukan kadar kelajuan website anda untuk dipaparkan), kelajuan muat naik, jumlah trafik bulanan, perlindungan data, bantuan pelanggan, kaedah pembayaran, jaminan pulangan wang serta ciri-ciri lain yang ditawarkan.
Kesemua faktor di atas perlu diambil kira apabila anda nak memilih web hosting. Ini kerana ia secara tak langsung akan mempengaruhi prestasi website anda terutamanya ketika trafik website anda sesak atau had storan yang diberikan sudah mencapai hadnya.
Bukan itu saja, lokasi dimana web hosting itu sendiri dipasangkan (pusat data) juga memainkan peranan penting dalam menentukan kelajuan website anda.
Disebabkan persaingan penyedia web hosting yang tinggi, pelbagai syarikat telah menawarkan platform web hosting dengan kadar harga yang sangat berpatutan.
Ada syarikat web hosting yang diasaskan di negara lain dan pada masa yang sama menawarkan servis mereka untuk pengguna di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Anda bebas memilih syarikat web hosting dari mana-mana negara. Yang penting pusat data mereka berada berdekatan dengan sasaran pelawat website anda.
Namun begitu, sukar untuk anda menguji setiap platform web hosting terbaik sebelum mengambil servis mereka.
Oleh itu, berikut kami senaraikan 7 pembekal web hosting terbaik khusus untuk pengguna di Malaysia bagi tahun 2021.
Tujuh (7) Pembekal Web Hosting Malaysia
Bluehost
Bluehost merupakan satu nama yang tidak asing lagi sebagai salah satu pembekal web hosting terbaik. Bluehost dianggap sebagai syarikat gergasi dalam pembekal web hosting di seluruh dunia.
Pada mulanya Bluehost diasaskan di Amerika Syarikat. Bagi memenuhi permintaan pengguna yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat Amerika Syarikat, Bluehost telah menyediakan pusat data di Asia dan juga di Eropah.
Pusat data Bluehost di pelbagai negara di dunia dapat memastikan jaminan kualiti kelajuan website diberikan secara konsisten kepada semua pengguna.
Untuk pengetahuan anda, Bluehost menyediakan pelbagai servis berkaitan web hosting termasuk pendaftaran nama domain, Shared Hosting (Hosting Secara Perkongsian), WordPress Hosting (Hosting Khusus untuk Penggunaan WordPress), Virtual Private Server (Server Peribadi) dan juga Dedicated Server (Server Khusus).
Kebiasaannya, ramai yang memilih Shared Hosting (Hosting Secara Perkongsian) kerana ianya jauh lebih murah berbanding dengan hosting yang disediakan khas untuk anda sahaja.
Sebagai contoh, web hosting secara perkongsian ini menyediakan 1 server besar dan dikongsikan bersama 10-20 orang yang lain. Ini bermaksud bukan hanya 1 website saja yang ada dalam server tu, malah ada berpuluh-puluh website lain yang juga dipasangkan dan dimuat naik dalam server yang sama.
Shared hosting ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak mula membina website dan mempunyai pelawat ke website yang rendah.
Setelah trafik ke website anda semakin bertambah, anda boleh menaik taraf kepada pelan yang lebih tinggi.
Antara pelan yang ditawarkan Bluehost di bawah hosting secara perkongsian ini adalah pelan basic, plus, choice plus dan pro.
Pelan pro adalah pelan tertinggi dalam hosting secara perkongsian ini. Anda diberikan alamat IP khusus untuk pelan ini.
Shared hosting Bluehost turut memberikan anda simpanan SSD tanpa had dan pembinaan website tanpa had untuk kesemua pelan kecuali pelan basic.
Sekiranya anda ada bajet, ada projek besar dan mahukan kapasiti dan kelajuan server yang lebih tinggi, anda boleh melanggan server peribadi atau khusus untuk website anda saja tanpa berkongsi dengan pengguna lain. Server peribadi atau khusus ini tentunya memberikan prestasi yang jauh lebih baik untuk laman web anda.
Kelebihan menggunakan Bluehost ni adalah bagi setiap pelan yang anda pilih, mereka berikan 1 nama domain percuma selama setahun. Setelah tamat tempoh setahun, anda perlu perbaharui domain dengan bayaran.
Harga untuk pengguna baru juga agak murah dan mereka hanya sediakan pembayaran secara tahunan dan tiada pembayaran secara bulanan. Lebih panjang tempoh anda melanggan, harga akan jadi lebih rendah.
Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa kadar pembaharuan pelan anda akan menjadi lebih tinggi daripada harga asalnya.
Bagi uptime mereka pula, mereka masih lagi berada di atas dengan mengekalkan kadar uptime secara konsisten berbanding platform web hosting yang lain.
Jika anda mempunyai website baru dengan jumlah trafik yang rendah, Bluehost sangat sesuai untuk anda. Namun begitu, sekiranya website anda telah menjana jumlah trafik yang tinggi, terdapat alternatif lain yang lebih murah untuk anda pilih.
Hostinger
Selain dari Bluehost, Hostinger juga menyediakan platform web hosting yang sangat berpatutan terutamanya bagi pengguna yang baru nak mula membina website anda sendiri.
Lokasi pusat data web hosting Hostinger yang terdekat dengan Malaysia berada di Singapura. Jadi, anda sememangnya tak perlu risau tentang latency (kependaman) kerana pusat datanya yang dekat dengan Malaysia.
Harga web hosting Hostinger pula bermula dari RM2.99 sebulan bagi pelan yang paling rendah dalam shared hosting.
Sama seperti Bluehost, Hostinger juga menawarkan pelbagai servis berkaitan hosting. Antaranya servis yang disediakan Hostinger adalah:-
- pendaftaran nama domain
- Shared Hosting (Hosting Secara Perkongsian)
- WordPress Hosting (Hosting Khusus untuk Penggunaan WordPress)
- Virtual Private Server (Server Peribadi)
- Dedicated Server (Server Khusus).
Pelan web hosting terendah Hostinger termasuk SSD yang berkapasiti 10GB, had pemindahan 100GB, LiteSpeed Cache (kelajuan paparan kandungan website), weekly backups (sandaran mingguan) dan banyak lagi.
Hostinger juga memiliki pelan berbentuk Cloud sekiranya anda memerlukan servis simpanan dalam Cloud.
Setiap pendaftaran bagi pelan Hostinger bagi pelan premium dan ke atas, anda layak menerima bersama nama domain percuma dan juga SSL percuma.
SSL sangat penting dalam memberikan perlindungan terhadap data peribadi bagi pengguna yang melayari website anda.
Jadi, dengan adanya SSL percuma ini, anda tak perlu lagi mengeluarkan bajet tambahan bagi mendapatkan SSL untuk website anda.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau terdapat sebarang pertanyaan berkenaan dengan servis yang ditawarkan, Hostinger memberikan bantuan pelanggan selama 24 jam.
Anda tak perlu lagi risau jika terdapat masalah berkenaan website anda ataupun pada akaun anda.
Dari segi prestasi pula, Hostinger terbukti mampu memberikan kadar uptime yang tinggi. Hostinger memberikan jaminan uptime 99.9%.
Secara umumnya, antara kelebihan Hostinger adalah harganya yang murah berbanding pelan web hosting lain dengan servis yang terbaik.
Hostinger turut memberikan nama domain percuma dan jika anda lebih selesa menggunakan WordPress untuk membina website anda, mereka juga menyediakan pemasangan WordPress dengan hanya satu klik.
Sama seperti platform web hosting terbaik dan murah yang lain, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah kesesakan trafik atau masalah latency (kependaman) disebabkan terdapat ramai pengguna dari seluruh dunia.
Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini adalah dengan memilih Dedicated Server (Server Khusus). Akan tetapi harga Dedicated Server agak mahal dan sesuai untuk website yang besar dengan jumlah trafik yang tinggi.
Hostpapa
Hostpapa sehingga ke hari ini sudah mengendalikan lebih 500,000 website. Hostpapa memiliki pusat data utamanya di US dan Kanada.
Antara sebab kenapa ramai yang memilih Hostpapa sebagai platform web hosting mereka adalah kerana penyediaan khidmat bantuan pelanggan melalui panggilan telefon untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa.
Servis ini sangat memudahkan pelanggan kerana tak semua pelanggan selesa menggunakan emel atau live chat untuk berkomunikasi dengan bantuan pelanggan. Panggilan telefon juga lebih mudah untuk anda terangkan masalah yang sedang anda hadapi.
Ciri-ciri utama yang disediakan Hostpapa untuk pelan web hosting mereka adalah pemindahan tanpa had, storan sebanyak 100GB, 100 akaun emel percuma, nama domain percuma, SSL percuma, dan control panel jenis CPanel untuk mengakses website anda.
Hostpapa memberikan jaminan 30 hari pulangan wang sekiranya anda tak berpuas hati dengan servis yang diberikan. Hostpapa juga membantu anda untuk memindahkan website sedia ada daripada platform hosting lain ke web hosting mereka secara percuma.
Servis yang ditawarkan oleh Hostpapa termasuklah pendaftaran nama domain, Shared Hosting (Hosting Secara Perkongsian), WordPress Hosting (Hosting Khusus untuk Penggunaan WordPress), Virtual Private Server (Server Peribadi) dan juga Dedicated Server (Server Khusus).
Kesemua jenis hosting Hostpapa ditawarkan pada harga yang berbeza dan masih lagi berpatutan terutamanya kepada pengguna baru.
Hostpapa juga memberikan jaminan kadar uptime yang tinggi iaitu secara purata 99.99% kepada pengguna mereka dengan hanya selama sejam downtime (tempoh server dikemaskini) dalam setahun.
Seperti servis web hosting yang lain, Hostpapa juga memiliki kelebihan yang tersendiri. Harga pelan hosting yang ditawarkan agak murah dan berpatutan berbanding syarikat hosting yang lain.
Mereka juga memberikan nama domain percuma dan SSL percuma bagi pendaftar baru. Bagi pelan Business dan Business Pro, anda akan dapat simpanan tanpa had dan juga akaun email tanpa had. Kesemua pelan shared hosting Hostpapa juga akan mendapat bandwidth tanpa had.
Untuk anda yang sudah biasa menggunakan WordPress bagi membina website, mereka juga ada sediakan ciri pemasangan WordPress dengan hanya satu klik.
Macam platform web hosting murah yang lain, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah kesesakan trafik atau masalah latency (kependaman) disebabkan terdapat ramai pengguna dari seluruh dunia.
Akan tetapi, anda tidak bimbang kerana Hostpapa sering menambahbaik platform mereka.
Hostpapa menjadi syarikat web hosting terbaik kerana bantuan pelanggan yang responsif. Disebabkan itu, ramai yang lebih cenderung memilih Hostpapa berbanding syarikat hosting lain.
Bukan itu saja, sekiranya anda rasa tak puas hati dengan khidmat yang mereka berikan atau rasa kurang memuaskan dengan kadar uptime dan latency yang mereka sediakan, anda boleh buat permohonan untuk dapatkan semula wang anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran.
Ini kerana, Hostpapa memberi 30 hari jaminan pulangan wang kepada pelanggan mereka. Namun, perlu juga diingatkan, walaupun pelan yang ditawarkan oleh Hostpapa adalah murah bagi pengguna baru, harga pembaharuannya akan meningkat sehingga 3 kali ganda sebulan.
Sebagai contoh, jika anda melanggan pelan terendah mereka pada $2.95 sebulan untuk 3 tahun, untuk pembaharuan selepas 3 tahun tersebut, harganya akan meningkat ke $9.99 untuk sebulan.
Pastikan anda sediakan bajet yang mencukupi untuk memperbaharui pelan anda dan faham dengan struktur harga yang ditawarkan mereka.
Greengeeks
Salah satu syarikat web hosting yang dimiliki secara persendirian dan tidak bergantung kepada syarikat-syarikat besar lain adalah Greengeeks.
Greengeeks ini sebenarnya mempunyai matlamat bukan hanya untuk menyediakan platform web hosting malah mempunyai misi untuk menyelamatkan dan melindungi alam sekitar kita.
Kelebihan utama jika anda menggunakan Greengeeks sebagai servis hosting ini adalah mereka sangat mementingkan penjagaan alam sekitar. Untuk merealisasikan impian mereka ini, mereka bertindak menggunakan tenaga bersih seperti tenaga angin dan tenaga solar tanpa bergantung kepada tenaga elektrik konvensional.
Jadi, jika anda salah seorang pengguna yang sering memikirkan tentang alam sekitar dan ingin mengekang masalah pemanasan global yang kita sedang hadapi sekarang ini, Greengeeks adalah sangat sesuai untuk anda.
Dari segi prestasi pula, jaminan yang diberikan oleh mereka adalah lebih kurang sama dengan syarikat web hosting yang lain dari segi jaminan uptime (99.9%), kelajuan paparan kandungan website anda, kelajuan website anda secara menyeluruh dan lain-lain.
Setiap jaminan ini telah dibuktikan oleh ramai pelanggan mereka dimana mereka mampu mengekalkan kadar kelajuan dan kemudahan pengurusan website secara konsisten sehingga ke hari ini.
Greengeeks juga memberikan jaminan pulangan wang selama 30 hari jika anda tak berpuas hati atau hanya ingin mencubanya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memilih Greengeeks sebagai platform web hosting tetap untuk website anda.
Antara ciri utama yang disediakan oleh mereka adalah penyediaan pelbagai aplikasi seperti WordPress, Joomla, PrestaShop, and WHMCS untuk memudahkan membina website sendiri.
Bukan itu saja, pelan-pelan yang ditawarkan juga mempunyai kadar pemindahan data, jumlah storan dan jumlah akaun emel tanpa had.
Bagi setiap pendaftaran baru, anda juga layak menerima nama domain percuma untuk setahun dan SSL percuma khusus untuk menjaga dan melindungi privasi data pelanggan website anda.
Harga pelan yang ditawarkan Greengeeks juga berpatutan untuk langganan pertama. Akan tetapi, harganya akan naik secara mendadak sekiranya anda ingin memperbaharui langganan pelan anda apabila tamat tempoh langganan asal.
Greengeeks juga memiliki jenis-jenis hosting berbeza yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keperluan website anda.
Antara servis yang disediakan Greengeeks adalah seperti pendaftaran nama domain, Shared Hosting (Hosting Secara Perkongsian), WordPress Hosting (Hosting Khusus untuk Penggunaan WordPress), Virtual Private Server (Server Peribadi) dan juga Dedicated Server (Server Khusus).
Mereka juga menawarkan khidmat bantuan pelanggan segera melalui live chat yang tersedia sepanjang 24 jam. Greengeeks turut menyediakan bantuan pelanggan melalui panggilan telefon. Akan tetapi, bantuan melalui panggilan telefon terhad pada waktu bekerja sahaja.
Sekiranya anda yang mempunyai website perniagaan kecil atau berteraskan WordPress, Greengeeks sudah cukup untuk anda. Ini berdasarkan kepada pilihan ciri-ciri utama yang disediakan Greengeeks serta jaminan yang ditawarkan.
Shinjiru
Bagi anda yang hanya menyasarkan trafik dari Malaysia dan inginkan syarikat web hosting dari Malaysia, Shinjiru adalah antara pilihan terbaik untuk anda.
Syarikat Shinjiru ni sebenarnya dah lama ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2008 tetapi masih ramai yang tidak tahu tentang syarikat ini.
Servis web hosting Shinjiru memang sesuai untuk pengguna dalam Malaysia kerana pusat datanya sendiri yang terletak di Malaysia.
Platform web hosting Shinjiru ini agak setanding dengan platform hosting luar negara dimana memiliki kadar uptime yang tinggi (99.99%) dan khidmat pelanggan yang tersedia 24 jam.
Shinjiru juga menyediakan muat naik kandungan website yang laju serta harga pelan yang agak berpatutan.
Bagi syarikat hosting luar negara yang lain, walaupun harganya sudah murah, namun ia tetap dianggap sebagai mahal kerana menggunakan US Dolar dan apabila ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, kita dapat lihat perbezaan yang ketara dari segi harga.
Seperti syarikat hosting lain, mereka juga menyediakan pelbagai jenis servis web hosting berbeza seperti pendaftaran nama domain, Shared Hosting (Hosting Secara Perkongsian), WordPress Hosting (Hosting Khusus untuk Penggunaan WordPress), Virtual Private Server (Server Peribadi) dan juga Dedicated Server (Server Khusus).
Kesemua jenis servis web hosting yang ditawarkan Shinjiru ini dengan harga yang sangat murah jika nak dibandingkan dengan platform web hosting terbaik yang lain. Penggunaan mata wang Ringgit Malaysia dalam paparan harga pelan mereka turut menyumbang kepada kadar harga yang rendah.
Shinjiru sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai website untuk kunjungan pengguna tempatan dan bukan dari negara barat atau Eropah.
Ini kerana pusat datanya yang lebih tertumpu di benua Asia berbanding dengan syarikat hosting lain yang hanya memasangkan pusat data mereka di bahagian barat.
Bagi pengguna yang berasal dari Malaysia, jika anda mempunyai sasaran trafik dari pengguna tempatan seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia dan inginkan web hosting terbaik pada harga yang berpatutan, Shinjiru mungkin menjadi pilihan platform web hosting anda.
Ini kerana selain daripada jaminan uptime yang tinggi, mereka juga menawarkan perlindungan data privasi yang ketat serta keselamatan tinggi terhadap website anda daripada serangan penggodam.
Bagi semua pengguna baru, anda juga tak perlu risau kerana mereka juga ada menyediakan control panel jenis CPanel yang mesra pengguna. Control panel ini memudahkan anda menguruskan kesemua jenis fungsi website anda dalam satu platform atau halaman sahaja.
Exabytes
Selain dari Shinjiru, Exabytes juga mempunyai reputasi yang baik sebagai syarikat web hosting Malaysia. Salah satu daripada kelebihan utama Exabytes ini adalah mereka menawarkan jaminan pengembalian wang 100% selama 100 hari.
Sekiranya anda mahu membatalkan kontrak dan pelan bersama mereka dalam tempoh ini, anda boleh berbuat demikian dengan menerima pulangan wang 100% tanpa banyak soal.
Jaminan ini menunjukkan bahawa setiap pengguna yang berdaftar dengan mereka adalah berpuas hati dan selesa dengan kelajuan, kemudahan, dan ciri-ciri yang ditawarkan oleh Exabytes Malaysia.
Di samping itu, Exabytes juga menggunakan simpanan SSD sebagai simpanan utama mereka dan seterusnya menjadikan kelajuan pemprosesan data serta kandungan website anda lebih pantas berbanding dengan penggunaan HDD biasa.
Penambahbaikan ini memberikan jaminan paparan kandungan dan kadar muat naik website anda lebih pantas dari biasa.
Bukan itu saja, Exabytes turut menyediakan platform pengurusan control panel jenis CPanel. Cpanel ini juga dilengkapi dengan aplikasi WordPress dan aplikasi lain untuk memudahkan anda membina website tanpa memerlukan kemahiran khusus.
Exabytes juga memberi jaminan uptime sebanyak 99.9% kepada kesemua pelanggan mereka. Web hosting Malaysia ini sangat sesuai bagi mereka yang tinggal di Malaysia.
Ini kerana salah satu daripada pusat data mereka terletak di Kuala Lumpur yang seterusnya mengelakkan daripada sebarang latency (kependaman) yang tak diingini yang memberi kesan kepada website anda.
Bagi pelanggan baru yang ingin berdaftar dengan Exabytes, mereka kini dapat menikmati pemberian nama domain percuma yang sah selama setahun dan juga SSL percuma yang memainkan peranan dalam perlindungan data peribadi anda dan pelawat website anda.
Antara ciri asas yang ditawarkan oleh Exabytes adalah backup (sandaran) secara harian, penggunaan simpanan data jenis SSD, pemindahan data bulanan tanpa had, penggunaan memori yang dinaik taraf dan pengurusan cpanel yang mudah dan berkesan.
Harga yang ditawarkan oleh Exabytes sangat berpatutan terutamanya bagi pelanggan baru di Malaysia yang inginkan web hosting Malaysia pada harga berpatutan dan murah bersesuaian dengan bajet mereka.
Kinsta
Bagi anda yang selesa dan sudah biasa menguruskan laman web melalui WordPress, Kinsta sangatlah sesuai untuk anda.
Ini kerana Kinsta telah diasaskan pada 2013 khusus untuk penggunaan WordPress dan dikuasai oleh Platform Cloud Google.
Jika dibandingkan dengan platform web hosting yang lain, web hosting dari Kinsta ini agak mahal yang memerlukan kos lebih kurang sebanyak RM123 sebulan hanya untuk pelan terendah.
Walaupun ianya lebih mahal dari pembekal web hosting lain, ia dianggap sebagai kos yang berbaloi kerana mereka memberi jaminan kelajuan paparan website yang sangat laju dan juga uptime yang tinggi.
Kelajuan yang ditawarkan dari Kinsta ini sememangnya tidak dinafikan dan sering menjadi tarikan utama pengguna untuk memilih web hosting ini.
Selain itu, salah satu daripada ciri utama yang dapat kita lihat melalui penggunaan Kinsta ini adalah mereka menggunakan hosting berbentuk Google Cloud.
Hosting berbentuk Cloud ini sebenarnya berbeza dengan jenis hosting lama seperti Shared Hosting (Hosting Secara Perkongsian), dan Dedicated Server (Server Khusus).
Cloud hosting ni menggunakan ruangan server maya yang bersambung kepada jaringan server fizikal yang lain. Kaedah ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada jaminan kelajuan, fleksibiliti, skalabiliti dan juga keboleh harapan server tersebut.
Tambahan pula apabila Kinsta sendiri bergantung kepada jaringan fiber Google dimana ianya adalah salah satu daripada jaringan terbesar dan penggunanya dapat menikmati kelajuan sehingga 10,000TB dalam sesaat bagi sesetengah kawasan.
Kinsta juga memberikan jaminan uptime sebanyak 99.99% berdasarkan kepada kebergantungannya terhadap penggunaan Google Cloud.
Dan oleh kerana mereka hanya menyasarkan kepada penggunaan WordPress, mereka telah menyediakan sistem pengurusan website yang menggunakan control panel jenis CPanel.
CPanel digunakan untuk mengawal selia pelbagai website WordPress anda dalam satu platform sahaja. Dengan erti kata lain, anda tak perlu berkemahiran tinggi untuk menguruskan website anda dan hanya perlu menggunakan alatan sedia ada yang diberikan oleh Kinsta.
Bagaimana pula kalau anda perlukan bantuan sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau masalah ketika menjalankan tetapan terhadap website anda?
Kinsta juga menyediakan khidmat bantuan 24 jam yang terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang teknikal.
Mereka juga menjanjikan perlindungan data privasi dan kandungan website anda daripada digodam dan backup (disandarkan) setiap hari.
Backup setiap hari bagi mengelakkan sebarang kehilangan data atau jika anda berhadapan dengan sesuatu yang tak dijangka, anda mempunyai simpanan ganti kandungan dan tetapan website anda.
Dan segala jenis backup (sandaran) yang anda lakukan, tidak menggunakan jumlah had penggunaan yang diberikan kepada anda.
Ini bermakna mereka tanggung segala jenis backup (sandaran) yang anda lakukan.
Kesimpulannya
Walaupun ada banyak lagi web hosting yang ditawarkan oleh syarikat lain, tetapi 7 web hosting yang kami senaraikan di atas adalah yang paling sesuai dan terbaik bagi pengguna di Malaysia.
Sebelum anda mengambil keputusan untuk memilih web hosting untuk kegunaan website anda, pastikan anda nilai terlebih dahulu setiap ciri dan kelebihan yang diberikan oleh setiap syarikat hosting supaya ianya sesuai digunakan untuk website anda.
Jika anda perniagaan anda mempunyai website untuk mempromosikan dan menjual perkhidmatan anda, maka anda perlukan perkhidmatan SEO. SEO ini secara amnya akan membantukan mengingkatkan keterlihatan website anda pada enjin carian Google. Klik di sini untuk mengetahui siapa pakar SEO di Malaysia yang mungkin boleh membantu anda.