Senarai WordPress Hosting Malaysia Terbaik‌ (Terkini 2024)

wordpresshosting

Anda sedang mencari WordPress Hosting yang terbaik di Malaysia? Seperti yang anda tahu terdapat banyak syarikat web hosting di seluruh dunia.

Dalam artikel ini saya senaraikan 11 syarikat WordPress hosting yang boleh anda pilih. Syarikat web hosting atau hosting provider yang dipilih ini merupakan WordPress hosting yang bersesuaian untuk sasaran pelawat anda di Malaysia. 

Apa Itu WordPress Hosting?

WordPress adalah platform untuk Content Management System (CMS). WordPress hosting atau pengehosan WordPress merupakan hosting yang digunakan untuk anda yang menggunakan atau memiliki wordpress site.

Dengan pengehosan WordPress, prestasi wordpress sites anda akan lebih baik (high performance). Anda juga boleh memasang WordPress dengan one click saja di WordPress hosting. 

Jadi, jika website anda menggunakan WordPress, seeloknya pengehosan WordPress menjadi pilihan anda.

Bagaimana Membuat Pilihan WordPress Hosting Yang Baik Untuk Anda?

Dalam membuat pilihan pengehosan WordPress, ramai yang memilih berdasarkan harga semata-mata tanpa melihat kepada faktor lain. 

Faktor lain yang saya maksudkan di sini adalah seperti ciri penting yang ditawarkan sesebuah syarikat web hosting (kelajuan, uptime, bantuan khidmat pelanggan, lokasi pusat data). 

Untuk itu, di bawah ini beberapa kriteria penting yang perlu anda pertimbangkan dalam memilih pengehosan WordPress.

1# Uptime

Uptime bahasa mudahnya adalah masa aktif website anda. Sekiranya uptime rendah, maka website anda selalu down (pelawat tidak dapat akses ke website). 

Anda tentu tahu jika pelawat tidak dapat akses ke website atau stor e-commerce anda maka tiada jualan yang dapat dibuat. 

Uptime yang terbaik adalah 99.99% atau 99.9%. Ada syarikat web hosting yang memberikan jaminan 99.95% – 99.99% uptime. 

2# Speed

Selain uptime, loading speed server (web server) juga merupakan kriteria penting yang perlu anda lihat.

Pelawat tidak perlu menunggu lama untuk masuk ke sesebuah website. 

Pengehosan WordPress yang baik boleh menyediakan website anda dengan loading yang pantas. 

Seperti yang diketahui, pelawat tidak suka website yang lambat loading. Laju saja mereka klik back. Dan ruginya kepada pemilik website kerana hilang bakal pelanggan. 

3# Pelan

Sebelum anda membuat pilihan pengehosan WordPress, anda perlu menilai juga jangkaan trafik atau pelawat yang akan masuk ke website anda. 

Ini kerana, anda perlu memilih pelan hosting yang bersesuaian dengan jumlah trafik. 

Sekiranya anda menjangkakan website anda bakal menerima trafik yang tinggi, anda perlu memilih pelan pengehosan WordPress yang memberikan storan dan bandwidth yang besar. 

Jika anda memilih pelan yang menyediakan storan yang kecil, kelak akan mengganggu aliran trafik ke website anda kerana pelan pengehosan WordPress yang anda pilih tidak mampu menampung trafik yang tinggi. 

Pelan hosting juga menentukan berapa bayaran bulanan yang perlu anda bayar kelak. 

Pelan shared pengehosan WordPress sesuai untuk website baru atau yang mempunyai trafik yang rendah setiap bulan. 

Jika web anda telah berkembang dengan ratusan ribu pelawat setiap bulan, anda mungkin memerlukan VPS hosting atau dedicated pengehosan WordPress.

4# Lokasi pusat data

Lokasi pusat data penting dalam pilihan anda kerana lokasi pusat data terbaik adalah yang berdekatan dengan sasaran pelawat ke website. 

Jika sasaran pelanggan anda dari Malaysia, pilihan lokasi pusat data terbaik adalah dari Malaysia atau negara yang berdekatan. 

Lagi dekat lokasi pusat data dengan sasaran pelanggan, maka website anda akan lagi responsif. 

Ada web hosting yang mempunyai pusat data di Malaysia seperti Exabytes.  Ada juga yang hanya mempunyai pusat data di negara jiran kita di Singapura dan Indonesia.

5# Bantuan khidmat pelanggan

Bantuan khidmat pelanggan penting sekiranya anda ada sebarang masalah atau isu dengan website anda. Anda mungkin melihat bantuan khidmat pelanggan bukanlah sesuatu yang penting. 

Namun, percayalah pasti ada saja perkara yang timbul semasa anda membina website atau menguruskan website yang memerlukan bantuan pihak web hosting. 

Jika anda sekarang mempunyai website dan ingin bertukar ke pengehosan WordPress lain, pastikan anda memilih web hosting yang memberikan bantuan untuk site migration

Ada web hosting yang memberi bantuan untuk site migration dengan bayaran tambahan. Ada juga yang memberikan bantuan secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan, anda baca dengan teliti tawaran yang diberikan syarikat web hosting sebelum melanggan. 

Pengehosan WordPress yang terbaik boleh menyediakan khidmat pelanggan untuk membantu anda tidak kira masa sama ada melalui panggilan telefon, live chat (sembang langsung), atau emel. 

6# Jaminan pulangan wang

Jinan pulangan wang atau money back guarantee juga penting sekiranya anda berasa tidak sesuai atau ada masalah dengan sesebuah syarikat pengehosan WordPress. 

Ini kerana, kebiasaannya anda melanggan pengehosan WordPress untuk suatu tempoh yang lama seperti 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan dengan membuat bayaran terlebih dahulu. 

Andai syarikat web hosting tidak memberikan money back guarantee, maka anda terpaksa teruskan langganan walau bermasalah dengan syarikat web hosting. 

Ada pengehosan WordPress yang berikan jaminan pulangan wang selama 14 hari, 30 hari, 45 hari dan juga 100 hari. 

7# Backup

Backup amat penting memastikan data anda tidak hilang sekiranya terjadi hal yang tidak diingini kepada website anda. 

Ada pengehosan WordPress yang menyediakan backup harian (daily backup)dan mingguan. 

Ada juga yang memberikan backup dengan caj tambahan. Semak dahulu kriteria ini sebelum melanggan. 

8# Keselamatan

Pilihan pengehosan WordPress yang terbaik adalah hosting yang memberikan sijil SSL percuma untuk web anda. 

SSL penting bagi memastikan data pelanggan yang diterima website anda selamat dari digunakan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. 

Dengan adanya SSL pelanggan lebih yakin untuk melakukan sebarang transaksi kewangan mahupun meninggalkan data peribadi di website anda. 

Tidak semua pengehosan WordPress memberikan SSL secara percuma (free SSL) kepada pelanggan mereka. Ada yang hanya memberikan SSL pada sesetengah pelan langganan. 

Ada juga penyedia hosting (hosting provider) yang memberikan SSL percuma (free SSL) untuk tahun pertama langganan sahaja. Pada tahun berikutnya anda perlu membeli SSL untuk website anda. 

Senarai 11 penyedia WordPress hosting terbaik di Malaysia

Di bawah ini merupakan 11 senarai syartikat hosting provider WordPress yang terbaik di Malaysia.

HostingHarga
Bluehost$2.95
Namecheap$34.88
HostingerRM8.05
HostGator$5.95
Inmotion Hosting$3.99
Ipage$3.75
Fastcomet$2.95
Chemicloud$3.95
Kinsta$30.00
Cloudways$10.00
ExabytesRM49.99

1# Bluehost

Bluehost bermula pada tahun 2003 di Provo, Utah. Pusat data Bluehost terletak di Utah, US.

Kelebihan

  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Free SSL
  • 99.9% uptime
  • Domain name percuma (free domain) untuk tahun pertama langganan
  • Daily backup
  • Website migration percuma
  • 30 hari jaminan pulangan wang

Kekurangan 

  • Tiada email accounts percuma
  • Harga pelan yang tinggi ketika perbaharui langganan
  • Pusat data di US saja

Pelan dan harga 

Pelan Shared Hosting WordPress mereka bermula dari $2.95 sebulan untuk langganan selama 12 bulan. Harga pelan Shared Hosting WordPress ini akan kembali ke harga asal apabila anda perbaharui langganan untuk bulan seterusnya.

Kelajuan dan Uptime

Shared hosting WordPress mereka menyediakan hosting yang laju dengan storan SSD. Uptime kebiasaannya 99.9%. Namun begitu, Bluehost tidak memberikan jaminan uptime kepada para pelanggan. 

Sekuriti

Kesemua pelan di bawah WordPress hosting Bluehost memberikan anda percuma SSL (free SSL). 

Bluehost juga menyediakan perlindungan dari Malware. Malware yang dikesan akan automatik dibuang dari website anda. 

Bluehost turut memastikan website anda sentiasa dilindungi dengan Web Application Firewall (WAF), DDoS, brute force attack protection dan bot blocking.

Khidmat Pelanggan

Bluehost menyediakan khidmat pelanggan 24 jam melalui sembang langsung dan panggilan telefon.

Selain itu, Bluehost menyediakan knowledge base untuk anda akses pada bila-bila masa. 

2# Namecheap

Nemcheap mula beroperasi pada tahun 2000 dan merupakan salah satu syarikat yang terkenal di Malaysia yang menyediakan hosting services.

Kelebihan

  • Menawarkan percubaan satu bulan secara percuma
  • Pindahkan website anda ke WordPress website secara percuma
  • Bermula dari 10 GB SSD penyimpanan
  • 99.9% Uptime

Kekurangan

  • Kekurangan data centre

Pelan dan Harga

Namecheap menawarkan tiga WordPress hosting plans iaitu EasyWP Starter, EasyWP Turbo dan EasyWP Supersonic. Harga bagi WordPress hosting plans ini bermula dari $34.88 sehingga $68.88.

Kelajuan dan Uptime

Namecheap memberi jaminan bahawa uptime WordPress hosting mereka adalah 99.99%. Secara amnya, peratusan uptime ini merupakan yang terbaik.

Sekuriti

Namecheap menyediakan SSL secara percuma bagi pelan EasyWP Turbo dan EasyWP Supersonic. Bagi pelanggan yang memilih pelan EasyWP Starter, maka anda harus melanggan SSL tersebut.

Khidmat Pelanggan

Namecheap menyediakan bantuan khidmat pelanggan sepanjang 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Cara yang paling mudah untuk menghubungi mereka adalah melalui sembang langsung yang ada di website rasmi mereka.

3# Hostinger 

Hostinger merupakan syarikat WordPress hosting yang murah, boleh dipecayai dan telah berada di pasaran web hosting lebih 16 tahun. 

Kelebihan 

  • 30 hari jaminan pulangan wang
  • 99.99% Uptime dengan speed yang laju
  • 8 pusat data (terdekat di Singapura dan Indonesia)
  • Free SSL
  • Free Domain name sepanjang melanggan 
  • Website migration percuma
  • Managed WordPress
  • Email accounts percuma
  • Bandwidth tanpa had
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Harga murah untuk langganan kali pertama

Kekurangan

  • Harga naik ketika perbaharui langganan
  • Tiada bantuan khidmat pelanggan melalui panggilan telefon

Pelan dan harga 

Hostinger Malaysia menawarkan pelan pengehosan WordPress dari serendah RM8.05 sebulan untuk anggaran 25,000 pelawat website setiap bulan.

Turut memberikan akaun emel percuma atas nama domain anda sendiri. Akaun emel ini akan menampakkan bisnes anda lebih dipercayai di mata pelanggan.

Sememangnya Hostinger terkenal dengan pelan mampu milik dengan servis yang terbaik. 

Kelajuan dan Uptime

Hostinger menyediakan Litespeed Web Server yang sememangnya sangat pantas untuk website WordPress anda. Litespeed dengan LS Cache Plugin membantu memastikan kelajuan website anda berada di peringkat optimum. 

Uptime hosting server bagi Hostinger adalah 99.99%.

Sekuriti

Pengehosan WordPress yang disediakan Hostinger bukan saja memberikan SSL percuma, malah Cloudflare Protection untuk memastikan website WordPress anda sentiasa dalam keadaan selamat. 

Khidmat Pelanggan

Hostinger menyediakan pakar mereka yang sedia membantu anda 24 jam. Anda boleh menghubungi mereka melalui sembang langsung, emel ataupun tiket.

Hostinger juga menyediakan tutorial yang boleh anda pelajari pada bila-bila masa. 

Jika anda mempunyai website sekarang dan ingin bertukar ke Hostinger, anda tidak perlu bimbang mereka akan bantu anda membuat website migration secara percuma.  

4# HostGator

HostGator ditubuhkan pada tahun 2002 di Huston Texas Amerika Syarikat. Mereka menawarkan perkhidmatan seperti email hosting, managed WordPress hosting dan banyak lagi.

Kelebihan

  • Control panel yang ringkas
  • Migrasi website percuma
  • 45-day guarantee
  • 99.9% uptime
  • 1 click pemasangan WordPress
  • Akses kepada beberapa tema WordPress daripada MOJO
  • Auto backup
  • Shared Secure Sockets Layer (SSL) certificates percuma

Kekurangan

  • Bukan pilihan yang paling menjimatkan untuk pengehosan perniagaan.

Pelan dan Harga

HostGator menawarkan tiga pelan untuk WordPress hosting iaitu Starter Plan, Standard Plan dan Business Plan yang berharga mula dari $5.95 sehingga $9.95. Untuk pengetahuan anda, harga yang dipaparkan di bawah ini merupakan harga untuk langganan pada bulan yang pertama sahaja.

Ia akan kembali ke harga asal untuk langganan bulan seterusnya.

Kelajuan dan Uptime

HostGator memberi jaminan bahawa uptime mereka adalah 99.9%.

Sekuriti

HostGator menyediakan SiteLock Fix yang melindungi website anda daripada virus dan serangan-serangan lain. Mereka juga menyediakan CodeGuard yang memberikan backup file website dan keselamatan database anda secara automatik. Akhir sekali, HostGator juga menyediakan sijil SSL secara pecuma kepada pelanggan mereka.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi wakil sokongan pelanggan mereka dalam tempoh 24 jam 7 hari seminggu melalui panggilan telefon, sembang langsung dan email. Mereka juga menyediakan ruang FAQ di laman web rasmi mereka.

5# InMotions

InMotion Hosting ditubuhkan pada tahu 2001 dan mempunyai pejabat di Los Angeles. Mereka mempunyai beribu-ribu server di pusat data yang terletak Los Angeles, CA dan Ashburn, VA. Mereka menyediakan hosting services seperti managed WordPress hosting.

Kelebihan

  • Menyediakan perlindungan sekuriti yang bagus
  • Perkhidmatan pelanggan tersedia 24/7
  • Domain name percuma
  • Unlimited email address (email accounts)

Kekuarangan

  • Tidak ada backup percuma

Harga dan Pelan

InMotion hosting menyediakan empat pelan WordPress hosting dengan tiga pilihan tempoh langganan iaitu 2 tahun, 1 tahun dan 1 bulan.

Harga bagi pelan WordPress hosting mereka juga berbeza mengikut jenis pelan dan tempoh langganan.

Kelajuan dan Uptime

InMotion memberi jaminan bahawa masa operasi atau uptime mereka adalah 99% untuk WordPress hosting. Kelajuan atau loading speed pula adalah sekitar 2 saat.

Security

InMotion menggunakan Custom Advanced Policy Firewalls untuk membenarkan atau menolak sambungan yang perlu sahaja,protokol suPHP untuk kebenaran dan Mod Security untuk serangan pelayan umum. Mereka juga boleh melakukan imbasan perisian atas permintaan anda dan menunjukkan kepada anda hasilnya.

Khidmat Pelanggan

Seperti penyedia hosting yang lain, InMotion juga berusha untuk memberikan perkhidmatan yang bagus kepada pelanggan mereka. Oleh itu, bantuan khidmat pelanggan InMotion tersedia 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

Mereka boleh dihubungi melalui sembang langsung, email dan panggilan telefon.

6# iPage

iPage ditubukan pada tahun 1998 dan menyediakan penyelesaian dan teknologi pengehosan web (hosting solution) kepada individu, usahawan dan perniagaan bersaiz kecil dan sederhana di seluruh dunia.

Kelebihan

  • Search engine friendly
  • Pendaftaran domain PERCUMA selama setahun
  • Pemasangan dan kemas kini WordPress automatik
  • Sokongan WordPress 24/7

Kekurangan

  • Harga pelan agak mahal

Pelan dan harga

iPage menyediakan dua pelan kepada pelanggan mereka iaitu WP Starter dan WP Essential. Yang berula daripada $3.75 sebulan.

Kelajuan dan Uptime

Menurut maklumat di webiste rasmi iPage, mereka menyatakan bahawa loading time atau kelajuan website mereka ada sekitar 2.5 saat dan 99% uptime.

Sekuriti

iPage bekerjasama dengan SiteLock untuk memberikan keselamatan yang bagus dan juga custmon Firewall.

Antara fungsi Sitelock adalah, imbasan (scan) keselamatan website anda, mencari apa-apa yang tidak sepatutnya ada di website anda (malware, harmful code dan sebagainya).

Apabila imbasan menemukan sesuatu yang kelihatan tidak betul, anda dimaklumkan melalui email accounts dan panel kawalan anda.

Khidmat Pelanggan

Mereka menyediakan sokongan khidmat pelanggan WordPress 24/7. Anda boleh menghubungi mereka melalui sembang langsung dan panggilan telefon.

#7 Fastcomet

Fastcomet merupakan syarikat hosting yang diasaskan pada tahun 2013 di San Francisco, California, USA. 

Salah satu syarikat web hosting antarabangsa yang diyakini dan stabil.

Fastcomet masih menggunakan Cpanel sebagai control panel. Ia memudahkan mereka yang telah biasa menggunakan Cpanel. 

Kelebihan

  • 11 pusat data di pelbagai negara di dunia (pusat data terdekat dengan Malaysia adalah di Singapura)
  • 99.9% Uptime
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Backup harian dan mingguan
  • Free SSL
  • Free domain transfer
  • Cloudflare CDN percuma
  • Website migration percuma
  • 45 hari jaminan pulangan wang
  • Percuma website builder

Kekurangan

  • Harga naik ketika perbaharui langganan

Pelan dan harga 

Pelan pengehosan WordPress Fastcomet bermula dari serendah $2.95 sebulan. Harga yang rendah ini hanya untuk invois pertama sahaja. Ketika anda perbaharui langganan, harga kembali kepada harga normal, $9.95 sebulan. 

Anda tidak terikat dengan kontrak sekiranya melanggan pelan pengehosan WordPress dengan Fastcomet dan anda juga boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap langganan yang anda buat perlu membuat pembayaran terlebih dahulu. 

Tempoh jaminan pulangan wang adalah selama 45 hari. Selepas tempoh itu sekiranya anda hendak batalkan langganan, duit anda tidak akan dipulangkan. 

Pelan FastCloud Plus dan FastCloud Extra membolehkan anda host website tanpa had. 

Kelajuan dan Uptime

Fastcomet memberi jaminan 99.9% hosting server (web server) uptime. Menggunakan SSD cloud hosting, anda boleh akses ke data dan fail anda dengan lebih pantas berbanding bukan SSD hosting. 

Sekuriti

Pengehosan WordPress Fastcomet memberikan percuma SSL dan juga BitNinja Server Security. BitNinja mampu melindungi website anda dari serangan Malware, DDOS, XSS dan lain-lain serangan. 

Khidmat Pelanggan

Fastcomet pengehosan WordPress memberikan bantuan khidmat pelanggan 24 jam. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk berhubung dengan profesional yang disediakan Fastcomet. Antaranya:-

  • Panggilan telefon
  • Emel
  • Tiket
  • Sembang langsung

Selain itu, Fastcomet ada menyediakan tutorial dan knowledge base untuk anda belajar sendiri. 

8# Chemicloud 

Syarikat web hosting yang berpengkalan di US ini telah beroperasi lebih 10 tahun. Jika anda mempunyai website sebelum ini dan ingin berpindah ke Chemicloud, semuanya boleh dilakukan dengan mudah dengan bantuan pakar dari Chemicloud. 

Chemicloud juga menggunakan paparan control panel Cpanel dan Softaculous yang sering digunakan syarikat hosting.

Kelebihan

  • 99.99% Uptime
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • 45 hari jaminan pulangan wang
  • Free SSL
  • Domain name percuma (free domain) seumur hidup (sepanjang langganan)
  • 7 pusat data di pelbagai negara (pusat data terdekat dengan Malaysia adalah di Singapura)
  • Control panel yang mesra pengguna
  • Percuma website migration
  • Daily backup percuma
  • Bandwidth tanpa had
  • Unlimited email accounts

Kekurangan

  • Harga naik semasa perbaharui langganan

Pelan dan harga

Chemicloud menawarkan 3 pelan WordPress hosting. Pelan dari serendah $3.95 sebulan. Dengan pelan WordPress Starter ini anda boleh host 1 website sahaja. 

Berbanding 2 pelan lain yang ditawarkan Chemicloud, anda boleh host seberapa banyak website yang anda inginkan. 

Pelan dengan diskaun 50% ini hanya terpakai untuk kali pertama anda melanggan. Ketika anda perbaharui langganan, harga pelan jadi lebih mahal.

Kelajuan dan Uptime

Pengehosan WordPress Chemicloud menggunakan teknologi terkini seperti Litespeed Caching HTTP/2, PHP 7 and CDN percuma untuk memastikan kelajuan website anda di tahap optimum. 

Chemicloud juga memberi jaminan 99.99% server uptime. Ini sangat baik untuk memastikan website anda sentiasa aktif dan dapat diakses setiap masa. 

Penggunaan solid-state drive (SSD) juga membantu mempercepatkan akses ke data dan fail anda.

Sekuriti

Sekuriti website anda merupakan sesuatu yang sangat penting. Untuk itu, Chemicloud memberikan percuma Let’s Encrypt SSL kepada pelanggan mereka. 

Khidmat Pelanggan

Chemicloud memberikan bantuan khidmat pelanggan 24 jam. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk berhubung dengan profesional yang disediakan Chemicloud. Antaranya:-

  • Panggilan telefon
  • Emel
  • Tiket
  • Sembang langsung

9# Kinsta

Kinsta menyediakan Pengehosan WordPress Terurus yang ditubuhkan pada 2013. Walaupun baru 7 tahun berada di pasaran hosting, Kinsta sudah mempunyai 24 pusat data di seluruh dunia. 

Pengehosan WordPress Terurus adalah web hosting yang menguruskan semua aspek teknikal berkaitan WordPress seperti kemas kini WordPress, kelajuan, website uptime. 

Syarikat yang semakin berkembang ini menyediakan bantuan khidmat pelanggan dengan 7 bahasa. Bagi dikenali di pelbagai negara, Kinsta meletakkan bantuan khidmat pelanggan setempat mengikut zon masa yang berbeza. 

Kelebihan 
  • 24 pusat data dari Google Cloud Platform (pusat data terdekat dengan Malaysia adalah di Singapura) 
  • Daily backups percuma
  • 100% uptime
  • Website migration percuma
  • 30 hari jaminan pulangan wang
  • SSL & CDN percuma
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
Kekurangan 
  • Tiada emel hosting
  • Harga yang agak mahal
Pelan dan harga 

Harga yang ditawarkan oleh Kinsta bermula dari serendah $30 sebulan. Ada beberapa pelan yang disediakan Kinsta mengikut keperluan anda. 

Anda boleh memilih untuk membuat bayaran secara bulanan atau tahunan. Jika anda membuat bayaran secara tahunan, anda akan mendapat 2 bulan percuma. 

Kelajuan dan Uptime

Nginx, LXD containers, PHP 8.0, dan MariaDB yang digunakan di Google Cloud Platform sememangnya melajukan website anda. Kinsta juga menyediakan CDN secara percuma untuk mempercepatkan lagi loading website anda. 

Kinsta uptime adalah 100%. Ini menjadi jawapan kenapa nama besar seperti Tripadvisor, Flippa, Freshbook dan Buffer memilih Kinsta sebagai hosting mereka. 

Sekuriti

Kinsta menyediakan SSL percuma untuk kesemua pelan pengehosan WordPress mereka.

Khidmat Pelanggan

Khidmat pelanggan Kinsta boleh dihubungi melalui sembang langsung ataupun emel.

10# Cloudways 

Cloudways juga menyediakan managed WordPress hosting. Syarikat hosting ini telah mula beroperasi sejak tahun 2011. 

WordPress hosting Cloudways mempunyai 62 pusat data di 15 buah negara. Pusat data mereka yang terdekat dengan Malaysia adalah di Singapura. 

Kelebihan
  • SSL percuma
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Website migration percuma 
  • Backup automatik
Kekurangan 
  • Tiada emel hosting
  • Tidak ada email accounts percuma
Pelan dan harga 

Pelan  yang disediakan oleh Cloudways bermula dari $10 sebulan.

Anda boleh membuat pilihan dari beberapa pelan yang disediakan Cloudways. 

Kelajuan dan Uptime

Web server yang disediakan Cloudways tentunya laju kerana anda mempunyai dedicated resource seperti kuasa processor dan RAM.

Uptime Cloudways pula adalah 99.99%. 

Sekuriti

Cloudways memberikan SSL percuma kesemua pelan yang mereka tawarkan.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi bantuan khidmat pelanggan melalui sembang langsung. Mereka sedia membantu anda pada bila-bila masa saja. 

Bantuan khidmat pelanggan melalui telefon hanya diberikan untuk mereka yang mengambil advanced dan premium support program.  

11# Exabytes 

Exabytes merupakan syarikat web hosting yang berasal dari Malaysia. Dengan hampir 2 dekad di pasaran web hosting Asia Tenggara, Exabytes sebuah nama yang sudah diyakini ramai.

Kelebihan 
  • Pusat data di Malaysia
  • Bantuan khidmat pelanggan 24/7/365
  • 100 hari jaminan pulangan wang (100 days money back guarantee)
  • Free Domain name
  • Akaun emel percuma
  • Prestasi uptime dan kelajuan yang terbaik (high performance)
Kekurangan
  • Pilihan pusat data terhad kepada 4 negara saja (Malaysia, Singapura, Indonesia dan US)
  • Website migration berbayar
Pelan dan harga 

Exabytes menawarkan harga dari serendah RM9.99 sebulan untuk pelan WordPress hosting. Pelan termurah ini dengan anggaran 30,000 trafik ke website setiap bulan. 

Dengan melanggan pelan WordPress hosting dari Exabytes, anda mendapat akaun emel percuma atas nama domain anda. 

Exabytes memberikan domain percuma (free domain) untuk kesemua pelan yang tersedia kecuali pelan WP 12 Beginner. 

100 days money back guarantee dan free domain tidak terpakai untuk pelan WP 12 Beginner. Pelan WP 12 Beginner juga hanya mendapat backup secara mingguan. Berbanding pelan lain yang mendapat backup setiap hari (daily backups)

Kelajuan dan Uptime

Exabytes memberikan jaminan 99.9% jaminan website WordPress uptime dengan Litespeed server yang laju. 

Sekuriti

Exabytes bukan saja memberikan SSL percuma, malah menyokong Cloudflare untuk memastikan website WordPress anda sentiasa dalam keadaan selamat. 

Bantuan Khidmat Pelanggan

Exabytes menyediakan bantuan profesional yang sedia membantu anda 24 jam. Anda boleh menghubungi mereka melalui panggilan telefon,sembang langsung, emel ataupun tiket. 

Selain itu, anda boleh berkunjung terus ke ibu pejabat mereka di Penang atau cawangan di Kuala Lumpur.

Exabytes turut menyediakan tutorial yang boleh anda pelajari pada bila-bila masa.

Kesimpulan: WordPress Hosting Malaysia Mana Yang Perlu Dipilih?

Anda boleh membuat WordPress hosting mengikut sasaran pelawat ke website. Jika sasaran pelawat adalah di US, maka Bluehost paling sesuai. 

Jika sasaran pelawat di Malaysia, anda boleh memilih mana-mana WordPress hosting di atas yang sesuai dengan keperluan dan bajet.