Tujuh (7)‌ ‌WordPress‌ ‌Hosting‌ ‌Malaysia‌ ‌Terbaik‌ ‌Untuk‌ ‌Tahun‌ ‌2021‌

Anda sedang mencari WordPress Hosting Malaysia terbaik? Seperti yang anda tahu terdapat banyak syarikat web hosting di seluruh dunia.

Dalam artikel ini saya senaraikan 7 syarikat WordPress hosting yang boleh anda pilih. Syarikat web hosting yang dipilih ini merupakan WordPress hosting yang bersesuaian untuk sasaran pelawat anda di Malaysia. 

Apa itu WordPress Hosting?

WordPress adalah platform untuk Content Management System (CMS). WordPress hosting merupakan hosting yang digunakan untuk anda yang menggunakan WordPress. 

Dengan WordPress hosting, prestasi website WordPress anda akan lebih baik. Anda juga boleh memasang WordPress dengan 1 klik saja di WordPress hosting. 

Jadi, jika website anda menggunakan WordPress, seeloknya WordPress hosting menjadi pilihan anda.

7 WordPress Hosting Malaysia Terbaik 

  1. Fastcomet 
  2. Chemicloud 
  3. Kinsta 
  4. Cloudways 
  5. Hostinger 
  6. Exabytes 
  7. Bluehost 

Bagaimana Membuat Pilihan WordPress Hosting Malaysia Terbaik Untuk Anda?

Dalam membuat pilihan WordPress hosting, ramai yang memilih berdasarkan harga semata-mata tanpa melihat kepada faktor lain. 

Faktor lain yang saya maksudkan di sini adalah seperti ciri penting yang ditawarkan sesebuah syarikat web hosting (kelajuan, uptime, bantuan khidmat pelanggan, lokasi pusat data). 

Untuk itu, di bawah ini beberapa kriteria penting yang perlu anda pertimbangkan dalam memilih WordPress hosting.

Uptime

Uptime bahasa mudahnya adalah masa aktif website anda. Sekiranya uptime rendah, maka website anda selalu down (pelawat tidak dapat akses ke website). 

Anda tentu tahu jika pelawat tidak dapat akses ke website atau stor e-commerce anda maka tiada jualan yang dapat dibuat. 

Uptime yang terbaik adalah 99.99% atau 99.9%. Ada syarikat web hosting yang memberikan jaminan 99.95% – 99.99% uptime. 

Kelajuan/Speed

Selain uptime, loading speed server juga merupakan kriteria penting yang perlu anda lihat.

Pelawat tidak perlu menunggu lama untuk masuk ke sesebuah website. 

WordPress hosting yang baik boleh menyediakan website anda dengan loading yang pantas. 

Seperti yang diketahui, pelawat tidak suka website yang lambat loading. Laju saja mereka klik back. Dan ruginya kepada pemilik website kerana hilang bakal pelanggan. 

Pelan hosting 

Sebelum anda membuat pilihan WordPress hosting, anda perlu menilai juga jangkaan trafik atau pelawat yang akan masuk ke website anda. 

Ini kerana, anda perlu memilih pelan hosting yang bersesuaian dengan jumlah trafik. 

Sekiranya anda menjangkakan website anda bakal menerima trafik yang tinggi, anda perlu memilih pelan WordPress hosting yang memberikan storan dan bandwidth yang besar. 

Jika anda memilih pelan yang menyediakan storan yang kecil, kelak akan mengganggu aliran trafik ke website anda kerana pelan WordPress hosting yang anda pilih tidak mampu menampung trafik yang tinggi. 

Pelan hosting juga menentukan berapa bayaran bulanan yang perlu anda bayar kelak. 

Pelan shared WordPress hosting sesuai untuk website baru atau yang mempunyai trafik yang rendah setiap bulan. 

Jika web anda telah berkembang dengan ratusan ribu pelawat setiap bulan, anda mungkin memerlukan Virtual Private Server (VPS) atau dedicated WordPress hosting.

Lokasi pusat data

Lokasi pusat data penting dalam pilihan anda kerana lokasi pusat data terbaik adalah yang berdekatan dengan sasaran pelawat ke website. 

Jika sasaran pelanggan anda dari Malaysia, pilihan lokasi pusat data terbaik adalah dari Malaysia atau negara yang berdekatan. 

Lagi dekat lokasi pusat data dengan sasaran pelanggan, maka website anda akan lagi responsif

Ada web hosting yang mempunyai pusat data di Malaysia seperti Exabytes.  Ada juga yang hanya mempunyai pusat data di negara jiran kita di Singapura dan Indonesia.

Bantuan khidmat pelanggan

Bantuan khidmat pelanggan penting sekiranya anda ada sebarang masalah atau isu dengan website anda. Anda mungkin melihat bantuan khidmat pelanggan bukanlah sesuatu yang penting. 

Namun, percayalah pasti ada saja perkara yang timbul semasa anda membina website atau menguruskan website yang memerlukan bantuan pihak web hosting. 

Jika anda sekarang mempunyai website dan ingin bertukar ke WordPress hosting lain, pastikan anda memilih web hosting yang memberikan bantuan untuk site migration

Ada web hosting yang memberi bantuan untuk site migration dengan bayaran tambahan. Ada juga yang memberikan bantuan secara percuma. Apa yang perlu anda lakukan, anda baca dengan teliti tawaran yang diberikan syarikat web hosting sebelum melanggan. 

WordPress hosting yang terbaik boleh menyediakan khidmat pelanggan untuk membantu anda tidak kira masa sama ada melalui panggilan telefon, live chat, atau emel

Jaminan pulangan wang

Jaminan pulangan wang juga penting sekiranya anda berasa tidak sesuai atau ada masalah dengan sesebuah syarikat WordPress hosting. 

Ini kerana, kebiasaannya anda melanggan WordPress hosting untuk suatu tempoh yang lama seperti 12 bulan, 24 bulan atau 36 bulan dengan membuat bayaran terlebih dahulu

Andai syarikat web hosting tidak memberikan jaminan pulangan wang, maka anda terpaksa teruskan langganan walau bermasalah dengan syarikat web hosting. 

Ada WordPress hosting yang berikan jaminan pulangan wang selama 14 hari, 30 hari, 45 hari dan juga 100 hari. 

Backup

Backup amat penting memastikan data anda tidak hilang sekiranya terjadi hal yang tidak diingini kepada website anda. 

Ada WordPress hosting Malaysia yang menyediakan backup harian dan mingguan. 

Ada juga yang memberikan backup dengan caj tambahan. Semak dahulu kriteria ini sebelum melanggan. 

Keselamatan

Pilihan WordPress hosting Malaysia terbaik adalah hosting yang memberikan sijil SSL percuma untuk web anda. 

SSL penting bagi memastikan data pelanggan yang diterima website anda selamat dari digunakan pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. 

Dengan adanya SSL pelanggan lebih yakin untuk melakukan sebarang transaksi kewangan mahupun meninggalkan data peribadi di website anda. 

Tidak semua WordPress hosting memberikan SSL secara percuma kepada pelanggan mereka. Ada yang hanya memberikan SSL pada sesetengah pelan langganan. 

Ada juga WordPress hosting yang memberikan SSL percuma untuk tahun pertama langganan sahaja. Pada tahun berikutnya anda perlu membeli SSL untuk website anda. 

WordPress Hosting Malaysia Terbaik 2021

Sekarang kita lihat dengan lebih mendalam 7 WordPress hosting Malaysia. 

Fastcomet

Fastcomet merupakan syarikat WordPress hosting yang diasaskan pada tahun 2013 di San Francisco, California, USA. 

Salah satu syarikat web hosting antarabangsa yang diyakini dan stabil.

Fastcomet masih menggunakan Cpanel sebagai control panel. Ia memudahkan mereka yang telah biasa menggunakan Cpanel. 

Kelebihan

  • 11 pusat data di pelbagai negara di dunia (pusat data terdekat dengan Malaysia adalah di Singapura)
  • 99.9% Uptime
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Backup harian dan mingguan
  • SSL percuma
  • Domain transfer percuma
  • Cloudflare CDN percuma
  • Website migration percuma
  • 45 hari jaminan pulangan wang
  • Percuma website builder

Kekurangan

  • Harga naik ketika perbaharui langganan

Pelan dan harga 

Pelan WordPress hosting Fastcomet bermula dari serendah $2.95 sebulan. Harga yang rendah ini hanya untuk invois pertama sahaja. Ketika anda perbaharui langganan, harga kembali kepada harga normal, $9.95 sebulan. 

Anda tidak terikat dengan kontrak sekiranya melanggan pelan WordPress hosting Fastcomet dan boleh batalkan langganan pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap langganan yang anda buat perlu membuat pembayaran terlebih dahulu. 

Tempoh jaminan pulangan wang adalah selama 45 hari. Selepas tempoh itu sekiranya anda hendak batalkan langganan, duit anda tidak akan dipulangkan. 

Pelan FastCloud Plus dan FastCloud Extra membolehkan anda host website tanpa had

Kelajuan dan Uptime

Fastcomet memberi jaminan 99.9% server uptime. Menggunakan SSD cloud hosting, anda boleh akses ke data dan fail anda dengan lebih pantas berbanding bukan SSD hosting. 

Sekuriti

WordPress hosting Fastcomet memberikan percuma SSL dan juga BitNinja Server Security. BitNinja mampu melindungi website anda dari serangan Malware, DDOS, XSS dan lain-lain serangan. 

Bantuan Khidmat Pelanggan

Fastcomet WordPress hosting memberikan bantuan khidmat pelanggan 24 jam. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk berhubung dengan profesional yang disediakan Fastcomet. Antaranya:-

  • Panggilan telefon
  • Emel
  • Tiket
  • Live chat

Selain itu, Fastcomet ada menyediakan tutorial dan knowledge base untuk anda belajar sendiri. 

Chemicloud 

Syarikat web hosting yang berpengkalan di US ini telah beroperasi lebih 10 tahun. Jika anda mempunyai website sebelum ini dan ingin berpindah ke WordPress hosting Chemicloud, semuanya boleh dilakukan dengan mudah dengan bantuan pakar dari Chemicloud. 

Chemicloud juga menggunakan paparan control panel Cpanel dan Softaculous yang sering digunakan syarikat hosting.

Kelebihan

  • 99.99% Uptime
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • 45 hari jaminan pulangan wang
  • SSL percuma 
  • Domain name percuma seumur hidup (sepanjang langganan)
  • 7 pusat data di pelbagai negara (pusat data terdekat dengan Malaysia adalah di Singapura)
  • Control panel yang mesra pengguna
  • Percuma website migration
  • Backup harian percuma
  • Bandwidth tanpa had

Kekurangan

  • Harga naik semasa perbaharui langganan

Pelan dan harga

Chemicloud menawarkan 3 pelan WordPress hosting. Pelan dari serendah $3.95 sebulan. Dengan pelan WordPress Starter ini anda boleh host 1 website sahaja. 

Berbanding 2 pelan lain yang ditawarkan Chemicloud, anda boleh host seberapa banyak website yang anda inginkan. 

Pelan dengan diskaun 50% ini hanya terpakai untuk kali pertama anda melanggan. Ketika anda perbaharui langganan, harga pelan jadi lebih mahal.

Kelajuan dan Uptime

WordPress hosting Chemicloud menggunakan teknologi terkini seperti Litespeed Caching HTTP/2, PHP 7 and CDN percuma untuk memastikan kelajuan website anda di tahap optimum. 

Chemicloud juga memberi jaminan 99.99% server uptime. Ini sangat baik untuk memastikan website anda sentiasa aktif dan dapat diakses setiap masa. 

Penggunaan solid-state drive (SSD) juga membantu mempercepatkan akses ke data dan fail anda.

Sekuriti

Sekuriti website anda merupakan sesuatu yang sangat penting. Untuk itu, Chemicloud memberikan percuma Let’s Encrypt SSL kepada pelanggan WordPress hosting mereka. 

Bantuan Khidmat Pelanggan

Chemicloud WordPress hosting memberikan bantuan khidmat pelanggan 24 jam. Ada beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk berhubung dengan profesional yang disediakan Chemicloud. Antaranya:-

  • Panggilan telefon
  • Emel
  • Tiket
  • Live chat

Kinsta

Kinsta menyediakan managed WordPress hosting yang ditubuhkan pada 2013. Walaupun baru 7 tahun berada di pasaran hosting, Kinsta sudah mempunyai 24 pusat data di seluruh dunia. 

Managed WordPress hosting adalah web hosting yang menguruskan semua aspek teknikal berkaitan WordPress seperti kemas kini WordPress, kelajuan, website uptime. 

Syarikat WordPress hosting yang semakin berkembang ini menyediakan bantuan khidmat pelanggan dengan 7 bahasa. Bagi dikenali di pelbagai negara, Kinsta meletakkan bantuan khidmat pelanggan setempat mengikut zon masa yang berbeza. 

Kelebihan 

  • 24 pusat data dari Google Cloud Platform (pusat data terdekat dengan Malaysia adalah di Singapura) 
  • Backup harian percuma
  • 100% uptime
  • Website migration percuma
  • 30 hari jaminan pulangan wang
  • SSL & CDN percuma
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan

Kekurangan 

  • Tiada emel hosting
  • Harga yang agak mahal

Pelan dan harga 

Harga yang ditawarkan WordPress hosting Kinsta bermula dari serendah $30 sebulan. Ada beberapa pelan yang disediakan Kinsta mengikut keperluan anda. 

Anda boleh memilih untuk membuat bayaran secara bulanan atau tahunan. Jika anda membuat bayaran secara tahunan, anda akan mendapat 2 bulan percuma. 

Kelajuan dan Uptime

Nginx, LXD containers, PHP 8.0, dan MariaDB yang digunakan di Google Cloud Platform sememangnya melajukan website anda. Kinsta juga menyediakan CDN secara percuma untuk mempercepatkan lagi loading website anda. 

Kinsta uptime adalah 100%. Ini menjadi jawapan kenapa nama besar seperti Tripadvisor, Flippa, Freshbook dan Buffer memilih Kinsta sebagai hosting mereka. 

Sekuriti

Kinsta menyediakan SSL percuma untuk kesemua pelan WordPress hosting mereka.

Bantuan Khidmat Pelanggan

Khidmat pelanggan Kinsta boleh dihubungi melalui live chat ataupun emel.

Cloudways 

Cloudways juga menyediakan managed WordPress hosting. Syarikat hosting ini telah mula beroperasi sejak tahun 2011. 

WordPress hosting Cloudways mempunyai 62 pusat data di 15 buah negara. Pusat data mereka yang terdekat dengan Malaysia adalah di Singapura. 

Kelebihan

  • SSL percuma
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Website migration percuma 
  • Backup automatik

Kekurangan 

  • Tiada emel hosting

Pelan dan harga 

Pelan WordPress hosting  yang disediakan Cloudways bermula dari $10 sebulan.

Anda boleh membuat pilihan dari beberapa pelan yang disediakan Cloudways. 

Kelajuan dan Uptime

Server yang disediakan Cloudways tentunya laju kerana anda mempunyai dedicated resource seperti kuasa processor dan RAM.

Uptime Cloudways pula adalah 99.99%. 

Sekuriti

Cloudways memberikan percuma SSL untuk kesemua pelan di bawah WordPress hosting.

Bantuan Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi bantuan khidmat pelanggan melalui live chat. Mereka sedia membantu anda pada bila-bila masa saja. 

Bantuan khidmat pelanggan melalui telefon hanya diberikan untuk mereka yang mengambil advanced dan premium support program.  

Hostinger 

Hostinger merupakan syarikat WordPress hosting yang murah, diyakini dan telah berada di pasaran web hosting lebih 16 tahun. 

Kelebihan 

  • 30 hari jaminan pulangan wang
  • 99.99% Uptime dengan speed yang laju
  • 8 pusat data (terdekat di Singapura dan Indonesia)
  • SSL Percuma
  • Domain name percuma sepanjang melanggan 
  • Website migration percuma
  • Managed WordPress
  • Akaun emel percuma
  • Bandwidth tanpa had
  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • Harga murah untuk langganan kali pertama

Kekurangan

  • Harga naik ketika perbaharui langganan
  • Tiada bantuan khidmat pelanggan melalui panggilan telefon

Pelan dan harga 

Hostinger Malaysia menawarkan pelan WordPress hosting dari serendah RM8.05 sebulan untuk anggaran 25,000 pelawat website setiap bulan.

Turut memberikan akaun emel percuma atas nama domain anda sendiri. Akaun emel ini akan menampakkan bisnes anda lebih dipercayai di mata pelanggan.

Sememangnya Hostinger terkenal dengan pelan mampu milik dengan servis yang terbaik. 

Kelajuan dan Uptime

Hostinger menyediakan Litespeed WebServer yang sememangnya sangat pantas untuk website WordPress anda. Litespeed dengan LS Cache Plugin membantu memastikan kelajuan website anda berada di peringkat optimum. 

Hostinger uptime server adalah 99.99%. Sememangnya prestasi WordPress hosting yang dicari. 

Sekuriti

WordPress hosting yang disediakan Hostinger bukan saja memberikan SSL percuma, malah Cloudflare Protection untuk memastikan website WordPress anda sentiasa dalam keadaan selamat. 

Bantuan Khidmat Pelanggan

WordPress hosting Hostinger menyediakan pakar mereka yang sedia membantu anda 24 jam. Anda boleh menghubungi mereka melalui live chat, emel ataupun tiket.

Hostinger juga menyediakan tutorial yang boleh anda pelajari pada bila-bila masa. 

Jika anda mempunyai website sekarang dan ingin bertukar ke Hostinger, anda tidak perlu bimbang mereka akan bantu anda membuat website migration secara percuma.  

Exabytes 

Exabytes merupakan syarikat web hosting yang berasal dari Malaysia. Dengan hampir 2 dekad di pasaran web hosting Asia Tenggara, Exabytes sebuah nama yang sudah diyakini ramai.

Kelebihan 

  • Pusat data di Malaysia
  • Bantuan khidmat pelanggan 24/7/365
  • 100 hari jaminan pulangan wang
  • Domain name percuma
  • Akaun emel percuma
  • Prestasi uptime dan kelajuan yang terbaik

Kekurangan

  • Pilihan pusat data terhad kepada 4 negara saja (Malaysia, Singapura, Indonesia dan US)
  • Website migration berbayar

Pelan dan harga 

Exabytes menawarkan harga dari serendah RM9.99 sebulan untuk pelan WordPress hosting. Pelan termurah ini dengan anggaran 30,000 trafik ke website setiap bulan. 

Dengan melanggan pelan WordPress hosting dari Exabytes, anda mendapat akaun emel percuma atas nama domain anda. 

Exabytes memberikan domain percuma untuk pelan WordPress hosting kecuali pelan WP 12 Beginner. 

Jaminan 100 hari pulangan wang dan domain name percuma tidak terpakai untuk pelan WP 12 Beginner. Pelan WP 12 Beginner juga hanya mendapat backup secara mingguan. Berbanding pelan lain yang mendapat backup harian di bawah WordPress hosting.

Kelajuan dan Uptime

Exabytes memberikan jaminan 99.9% jaminan website WordPress uptime dengan Litespeed server yang laju. 

Sekuriti

WordPress hosting yang disediakan Exabytes bukan saja memberikan SSL percuma, malah menyokong Cloudflare untuk memastikan website WordPress anda sentiasa dalam keadaan selamat. 

Bantuan Khidmat Pelanggan

WordPress hosting Exabytes menyediakan bantuan profesional yang sedia membantu anda 24 jam. Anda boleh menghubungi mereka melalui panggilan telefon, live chat, emel ataupun tiket. 

Selain itu, anda boleh berkunjung terus ke ibu pejabat mereka di Penang atau cawangan di Kuala Lumpur.

Exabytes turut menyediakan tutorial yang boleh anda pelajari pada bila-bila masa.

Bluehost 

Bluehost bermula pada tahun 2003 di Provo, Utah. Pusat data Bluehost juga terletak di Utah, US.

Kelebihan

  • 24/7/365 bantuan khidmat pelanggan
  • SSL percuma
  • 99.9% uptime
  • Domain name percuma untuk tahun pertama langganan
  • Backup harian
  • Website migration percuma
  • 30 hari jaminan pulangan wang

Kekurangan 

  • Tiada email percuma
  • Harga pelan yang tinggi ketika perbaharui langganan
  • Pusat data di US saja

Pelan dan harga 

Managed WordPress hosting Bluehost bermula dari serendah $19.95 sebulan untuk langganan selama 36 bulan. Harga pelan kembali mahal apabila anda perbaharui langganan. 

Kelajuan dan Uptime

Bluehost WordPress hosting menyediakan hosting yang laju dengan storan SSD. Uptime kebiasaannya 99.9%. Namun begitu, Bluehost tidak memberikan jaminan uptime kepada para pelanggan. 

Sekuriti

Kesemua pelan di bawah WordPress hosting Bluehost memberikan anda percuma SSL. 

Bluehost juga menyediakan perlindungan dari Malware. Malware yang dikesan akan automatik dibuang dari website anda. 

Bluehost turut memastikan website anda sentiasa dilindungi dengan Web Application Firewall (WAF), DDoS, brute force attack protection dan bot blocking.

Bantuan Khidmat Pelanggan

Bluehost menyediakan khidmat pelanggan 24 jam melalui live chat dan panggilan telefon.

Selain itu, Bluehost menyediakan knowledge base untuk anda akses pada bila-bila masa

Kesimpulan: WordPress Hosting Malaysia Mana Yang Perlu Dipilih?

Anda boleh membuat WordPress hosting mengikut sasaran pelawat ke website. Jika sasaran pelawat adalah di US, maka Bluehost paling sesuai. 

Jika sasaran pelawat di Malaysia, anda boleh memilih mana-mana WordPress hosting di atas yang sesuai dengan keperluan dan bajet.