8 Cara Buat Duit Online Tanpa Modal (Terkini 2024)

Di saat dunia dilanda Covid-19, ramai yang mula mencari jalan alternatif untuk menjana pendapatan. Memandangkan keluar bekerja di luar merisikokan diri dengan Covid, orang ramai mula mencari cara untuk buat duit online.

Anda terdesak perlu duit segera? Maybank Personal Loan menawarkan kemudahan pinjaman peribadi sehingga RM100,000. Klik di sini untuk mohon secara online.

Untuk itu, dalam artikel ini saya akan terangkan apa yang boleh dilakukan untuk mula buat duit online tanpa modal dan jana pendapatan dari rumah. 

Cara Buat Duit Online Dari Rumah

Untuk pengetahuan anda, ada cara untuk buat duit tanpa modal dan juga ada yang memerlukan sedikit modal. Pilihan di tangan anda untuk memilih yang mana bersesuaian dengan keadaan ekonomi anda sekarang. 

Perlu diingatkan buat duit tanpa modal memerlukan masa dan tenaga untuk dikorbankan sebagai ganti wang ringgit. 

Cara buat duit online yang dikongsi dalam artikel ini bukan sahaja untuk membantu anda buat duit sampingan, malah mampu menjadi sumber kewangan utama jika dibuat dengan bersungguh-sungguh.

Hari ini, set dalam minda anda untuk mula menjana pendapatan atas talian dari rumah sahaja seperti yang dikongsikan dalam artikel ini.

Jom kita mulakan!

1. Buat Duit Online Melalui Affiliate

Affiliate merupakan ejen yang mempromosikan produk atau servis pihak lain dengan berkongsi link yang diberikan vendor produk. Anda akan dapat duit atau komisen dari setiap jualan yang terhasil dari link terbabit.

Apa yang menarik tentang affiliate, kebiasaannya anda tidak perlu membayar yuran untuk menjadi ejen affiliate. Ini bermakna anda boleh mula buat duit online tanpa modal dengan affiliate. 

Tapi, ada sesetengah vendor menetapkan anda perlu membeli produk mereka terlebih dahulu sebelum layak menjadi affiliate mereka. 

Ini disebabkan mereka mahu memastikan anda benar-benar faham tentang produk dengan merasai pengalaman menggunakan produk itu sendiri sebelum membuat promosi. 

Baca dahulu syarat yang ditetapkan sebelum anda sertai mana-mana program affiliate

Untuk buat duit dengan affiliate, anda perlu mempromosi link yang diberikan. Pembeli akan membuat pembelian dari link yang anda kongsikan. Segala butiran berkenaan pembelian akan dikemaskini di sistem yang disediakan vendor. 

Anda tidak perlu fikir tentang pembungkusan atau penghantaran produk. Semua urusan itu diuruskan pihak vendor. 

Komisen yang diberikan adalah berbeza mengikut produk. Produk digital seperti eBook atau video course biasanya memberikan komisen yang tinggi sehingga 50-75% setiap jualan.

Terdapat pelbagai program affiliate yang boleh anda sertai, sama ada di Malaysia atau luar negara.

Program Affiliate Malaysia Yang Popular

  1. Klikjer (Produk Digital)
  2. Accesstrade (Shopee, Lazada, PgMall dan pelbagai syarikat besar yang lain)
  3. Involve Asia (Shopee, Lazada, dan beberapa syarikat lain)

Program affiliate seperti ini biasanya anda hanya akan dapat duit atau komisen apabila pembelian berjaya dilakukan.

Untuk dapatkan link affiliate, anda perlu daftar di setiap program affiliate yang anda ingin sertai. 

Anda juga perlu memastikan program affiliate yang anda ingin sertai membayar komisen kepada affiliate mereka. 

Jika tidak sia-sia segala usaha anda mempromosi tapi langsung tak dapat buat duit. 

Program Affiliate Luar Negara (Peluang buat duit USD)

  1. Shareasale
  2. Awin
  3. Commision Junction
  4. Clickbank
  5. Warrior Plus
  6. Amazon

Sebenarnya banyak lagi program affiliate luar negara yang boleh anda sertai untuk buat duit. 

Kebiasaannya, setiap syarikat memaparkan di laman web mereka jika ada menyediakan program affiliate. 

Yang seronoknya bila anda sertai program affiliate luar negara anda dapat duit dalam USD. 

Bagaimana Cara Mempromosikan Link Affiliate

Ada banyak program affiliate di luar sana. Anda tidak akan buat duit jika anda tidak tahu cara untuk mempromosi link affiliate. 

Ada banyak cara untuk anda mempromosi link affiliate. Antaranya adalah:-

1# Berkongsi link di media sosial (Facebook, Instagram, Tiktok, Youtube)

Gambar di atas menunjukkan link affiliate Shopee yang dipromosi melalui Facebook

Cara yang terbaik untuk berkongsi link di media sosial adalah dengan menyediakan konten yang menarik dan berkongsi manfaat menggunakan produk yang anda jual. 

Lebih ramai melihat konten anda, lebih tinggi peluang untuk mereka tekan link affiliate anda dan seterusnya membuat pembelian. 

Elakkan spam link affiliate di post orang lain, contohnya, meletakkan affiliate link sports toto di merata tempat atau menghantar mesej peribadi hanya untuk buat promosi. 

2# Berkongsi link melalui artikel di blog

Gambar di atas menunjukkan affiliate link yang dipromosi melalui blog

Tulis artikel yang berkaitan dengan produk yang anda promosi. Kemudian, selitkan link affiliate anda dalam artikel tersebut.

Dengan ini pembaca blog yang berminat akan klik link affiliate itu.

3# Berkongsi link di emel

Gambar di atas menunjukkan affiliate link yang dipromosi melalui email

Database emel adalah salah satu cara pemasaran terbaik kerana duit boleh dibuat berkali-kali dengan modal yang rendah.

Modal yang perlu anda keluarkan adalah untuk memiliki software emel marketing seperti Getresponse. 

Software ini membolehkan anda hantar emel secara pukal dalam satu klik.

Dalam emel yang anda hantar, kongsikan sesuatu yang bermanfaat serta selitkan link affiliate. 

Sebaiknya usah nampak terlalu menjual tanpa memberi sebarang manfaat. Jika tidak, ramai subscriber anda akan bosan dan berhenti melanggan emel anda. 

4# Gunakan Iklan Berbayar/Influencer

Gambar di atas menunjukkan affiliate link yang dipromosi melalui Insta Story daripada Fizo Omar, seorang artis Malaysia.

Jika anda mempunyai bajet, iklan berbayar seperti Facebook Ads atau Google Ads adalah kaedah yang amat efektif untuk mempromosikan link affiliate.

Namun perlu anda ketahui 2 platform ini tidak menyukai link affiliate. 

Jadi, anda perlu membawa trafik iklan berbayar tersebut ke halaman lain (blog atau website anda) sebelum ke halaman affiliate. 

Selain itu, anda boleh mengambil servis influencer yang berkaitan dengan niche produk anda untuk membuat promosi link affiliate kepada pengikut mereka. 

Setiap influencer mengenakan caj yang berlainan bergantung kepada jumlah pengikut mereka. 

2. Buat Duit Online Dengan Dropship

Program dropship disediakan pemilik atau ejen produk. 

Selalunya sedikit bayaran dikenakan oleh vendor untuk anda menyertai program dropship. Bayaran ini dikenakan supaya anda memberikan komitmen untuk mempromosi produk mereka.

Berbeza dengan affiliate, untuk mempromosi anda tidak perlu berkongsi link. Semua urusan belian dilakukan oleh anda di sistem yang disediakan vendor. 

Anda mengambil tempahan pelanggan pada harga penuh dan membayar vendor pada harga dropship. Baki wang tersebut adalah milik anda. 

Contohnya, anda menjual kepada A pada harga RM100. Harga dropship adalah RM80. Jadi anda untung RM20 (RM100 – RM80).

Sebagai dropshipper, segala urusan pembungkusan serta penghantaran produk diuruskan vendor. 

3. Buat Duit Online Dengan Shopee

Shopee adalah salah satu platform terbaik e-commerce di Malaysia. Anda tak perlu mengeluarkan sebarang modal untuk berniaga di Shopee.

Buka akaun kedai anda di Shopee dan masukkan produk yang anda ingin senaraikan.

Untuk pelajari cara berniaga di Shopee dengan lebih mendalam, eBook Bisnes Seller bagus untuk orang baru.

4. Buat Duit Online Dengan Youtube

Anda mungkin pernah dengar Youtuber yang jadi kaya raya dengan buat duit di Youtube. Tapi siapa yang buat bayaran kepada mereka?

Untuk pengetahuan anda, Youtube melalui program Youtube Partner memberikan bayaran untuk video di channel anda.

Namun begitu, untuk anda layak sertai Youtube Partner Program, ada syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. 

Syarat untuk dapat duit dari Youtube adalah:-

  • Minimum 4000 jam masa tontonan dalam tempoh 12 bulan
  • Memiliki lebih 1000 subscriber di channel
  • Tinggal di negara yang mempunyai Youtube Partner Program (syarat ini automatik anda penuhi jika tinggal di Malaysia)

Jika semua syarat di atas telah anda penuhi, sila memohon untuk sertai Youtube Partner dan mula buat duit.

Selain itu, anda boleh buat duit dengan Youtube melalui affiliate, produk reviu, serta buat jualan produk atau perkhidmatan sendiri. Anda tak perlu bergantung kepada Youtube Partner Program untuk mula buat duit online dari video pertama anda.

Anda boleh memulakan channel sendiri di Youtube dengan percuma. Apa saja topik boleh anda kongsikan. Yang penting anda perlu kreatif dalam menyampaikan konten agar menarik untuk ditonton.

Buat Duit Online Dengan Youtube Tanpa Tunjuk Muka

Andai anda seorang pemalu untuk berdepan dengan kamera, anda masih boleh buat duit dengan Youtube. 

Anda gunakan video free copyright sebagai latar belakang dan masukkan apa konten yang berkaitan. 

Sila lihat contoh channel Youtube Alux.

5. Buat Duit Dengan Menjual Produk Digital

Bisnes produk digital merupakan salah satu cara untuk buat duit online yang memberikan pulangan lumayan. Anda hanya perlu buat sekali dan boleh menjualnya berkali-kali. 

Contoh produk digital adalah seperti eBook, video, audio, template. 

Anda boleh kongsikan apa saja pengalaman, kepakaran, pengetahuan yang boleh membantu orang lain mengubah hidup mereka. Perkongsian ini boleh anda buat dalam bentuk video, audio dan bertulis. 

Pilih topik yang bukan sahaja anda minat, tapi ramai orang berminat nak tahu tentang topik tersebut. 

Harga produk digital berbentuk video biasanya lebih tinggi dari eBook. 

Anda juga boleh mengaut keuntungan 100% dari jualan produk digital kerana tidak perlu membayar kepada pembekal. 

Jika anda tidak mahu menulis sendiri anda boleh mengupah penulis upahan. Masa dan tenaga anda jimat jika mengupah orang. Anda hanya perlu sunting hasil penulisan penulis upahan sebelum menjual produk digital anda. 

Bagaimana Nak Dapat Idea Produk Digital Apa Untuk Dijual?

Jika anda tidak tahu nak tulis topik apa, sila rujuk produk bestseller di pasaran. 

Selain itu, buat rujukan di Clickbank, Amazon ataupun Klikjer. 

Untuk Amazon, anda rujuk jualan buku mereka. Di Clickbank dan Klikjer, mereka memang jual produk digital, jadi anda pilih saja topik apa yang menarik minat. 

Apabila dah siap penulisan eBook atau video, tiba masanya untuk anda buat cover (muka depan). Cover ini akan digunakan sebagai bahan pemasaran untuk menarik minat pembeli online untuk berhenti skrol dan melihat produk anda. 

Anda boleh bina sendiri cover dengan menggunakan Canva. Canva sangat mudah untuk digunakan walaupun anda orang baru. Ia juga menyediakan pelbagai design template yang menarik.

Tiada masa nak buat sendiri cover? 

Usah risau, upah saja kepada yang pakar. Anda boleh cari mereka yang pandai buat cover di Fiverr ataupun Upwork. Harga yang dikenakan untuk satu cover juga tidaklah mahal.

Setelah siap cover anda, kini tiba masanya untuk anda membuat promosi produk. 

Anda boleh juga membuat promosi awal sebelum produk siap dengan mengambil pre-order. Kebiasaannya, pembeli awal ini akan mendapat harga early bird

Jika anda bercadang untuk buat promosi awal sebelum pelancaran produk, anda perlu menyiapkan cover terlebih dahulu untuk digunakan sebagai bahan pemasaran.

Untuk menjana pendapatan yang konsisten dari produk digital, anda perlu kerap membuat produk digital. Lagi banyak produk anda, lagi tinggi pendapatan anda.

6. Jadi Freelancer

Freelancer atau pekerja bebas merupakan salah satu cara untuk anda buat duit online. Banyak pekerjaan freelance yang boleh anda pilih mengikut pengalaman ataupun minat. 

Menjadi seorang freelancer boleh memberikan pendapatan yang lumayan. Namun, ia memerlukan masa anda. Untuk itu, jika anda masih bekerja, rancang dengan baik jadual anda sebelum menerima tugasan yang banyak. 

Jika tidak, nanti anda tidak mampu menyiapkan tugasan mengikut tempoh yang dikehendaki pelanggan. Ia akan meninggalkan kesan buruk kepada reputasi anda sebagai freelancer. 

Untuk menjadi freelancer yang sukses, maklum balas pelanggan adalah sangat penting buat anda. Pelanggan berpotensi untuk mengambil lagi servis anda jika mereka suka serta berpuas hati dengan hasil kerja anda. 

Sebagai contoh servis freelance yang boleh anda tawarkan adalah seperti berikut:-

  • Penulis
  • Graphic design
  • Virtual assistant (Pembantu Maya)
  • Penyimpan rekod
  • Web designer
  • Pembina Website atau Aplikasi Mobil
  • Penterjemah
  • Penyunting
  • Proofreader 
  • Pembuat video
  • Pembuat logo

Bagaimana Nak Cari Kerja Freelance

Sebagai freelancer, anda boleh menawarkan servis di Upwork, Freelancer ataupun Fiverr. Di platform ini pelbagai servis boleh anda tawarkan. Bukan sahaja kepada pelanggan di Malaysia, malah serata dunia. Bayaran yang anda terima dalam USD. 

Selain itu, anda boleh beriklan di media sosial tentang servis yang anda tawarkan. Lebih baik jika anda miliki laman web sendiri. Ia mampu menaikkan jenama anda serta meningkatkan kepercayaan pelanggan. Pelanggan juga mudah untuk melanggan servis anda terus di laman web yang nampak professional. 

7. Pengurus Media Sosial

Pada masa kini media sosial menjadi satu platform yang penting untuk para usahawan. Media sosial bukan sahaja mampu menaikkan kepercayaan pelanggan kepada sesuatu jenama, malah mampu meningkatkan jualan. 

Ramai peniaga yang tidak berkesempatan untuk selalu mengemas kini media sosial mereka. Ini adalah peluang anda untuk buat duit online dengan membantu mereka menguruskan media sosial. 

Sebagai permulaan, ambil 1 atau 2 pelanggan sahaja untuk anda uruskan. Lihat sejauh mana kemampuan anda menguruskan akaun media sosial tersebut. Jika anda boleh menguruskan dengan baik, anda boleh menambah lagi pelanggan. 

Pelanggan untuk servis pengurusan media sosial biasanya akan mengambil servis anda secara bulanan. Jadi, pastikan anda berikan yang terbaik supaya mereka terus melanggan servis anda. 

Apabila bisnes anda semakin maju, anda bolehlah mengambil pekerja untuk membantu menguruskan media sosial pelanggan. 

Bagaimana Nak Dapatkan Pelanggan?

Anda boleh maklumkan di akaun media sosial peribadi yang anda menjalankan servis sebagai Pengurus Media Sosial. Anda juga boleh beriklan di platform Upwork atau Fiverr.

Setelah yakin dengan bisnes ini anda boleh mulakan iklan berbayar seperti di Facebook Ads atau Google Ads. 

8. Buat Duit Online Melalui Blog

Blog merupakan salah satu cara untuk buat duit online yang anda boleh lakukan. Ia bukan sahaja memberikan anda wang sampingan, malah boleh dijadikan sebagai pendapatan tetap. 

Cara Untuk Mulakan Blog

Anda boleh mulakan blog di secara percuma ataupun berbayar. Platform percuma untuk anda mulakan blog seperti Blogger dan WordPress.com. 

Namun jika anda serius untuk buat duit online dengan blog, disarankan untuk mengeluarkan sedikit modal.

Modal diperlukan untuk anda dapatkan web hosting dan nama domain. Pilih nama domain yang bersesuaian dengan topik blog anda serta senang diingat.  

Sebagai contoh, jika anda ingin blog tentang web hosting, letakkan nama hostingexpert.com. 

Bagaimana Cara Buat Duit Dari Blog

Anda mungkin jarang dengar blogger dari Malaysia yang berjaya menjana pendapatan lumayan dari blog. Ini kerana mereka tidak mahu berkongsi jumlah pendapatan kepada umum. 

Namun ada saja blogger Malaysia yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama mereka. Sudah tentu pendapatan mereka lumayan hingga menjadi blogger sepenuh masa. 

Ini adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk buat duit dari blog. 

  1. Iklan  

Iklan antara sumber pendapatan utama kebanyakan blogger. Anda boleh buat duit dengan meletakkan iklan di konten anda dan pengiklan akan membuat bayaran kepada anda. 

Iklan tajaan boleh anda buat dalam bentuk ulasan produk atau perkhidmatan. Anda juga boleh meletakkan banner penaja di blog untuk dapat duit.

Selain itu, blogger biasanya akan meletakkan iklan tajaan dari Google Adsense, Ezoic, Mediavine ataupun Adthrive. 

Namun, mereka meletakkan syarat tertentu sebelum anda layak mengeluarkan iklan mereka di blog anda. Dan anda perlu membuat permohonan kepada mereka.

Jumlah pageview atau session bulanan menjadi antara syarat utama kebanyakan pengiklan.

Oleh itu, sebaiknya setelah anda capai jumlah trafik yang tinggi baru anda mula memohon.

  1. Affiliate

Affiliate atau pemasaran affiliate adalah salah satu cara blogger buat duit tanpa modal.

Anda boleh buat duit dengan pemasaran affiliate dengan meletakkan link affiliate dalam konten blog. Anda akan menerima komisen dari setiap jualan yang terhasil dari link affiliate itu. 

  1. Jualan produk/perkhidmatan 

Ini juga salah satu cara anda buat duit dengan blog. Sama ada anda pemilik produk atau ejen, anda boleh mempromosi produk di blog.

Pembaca blog akan lebih yakin untuk membeli produk anda setelah membaca konten dalam blog.

Anda boleh jual produk fizikal atau digital. 

Akhir Kata

Semoga anda boleh mula buat duit online selepas membaca artikel ini. Pilihlah cara untuk menjana pendapatan yang anda rasa mudah untuk mulakan sekarang. 

Semoga Berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *