Anda nak buat duit sampingan tapi tahu nak buat apa? Jika ya, mungkin anda boleh mencuba program affiliate TikTok.
Seiring dengan kemajuan era digital, peluang untuk menjana pendapatan sampingan juga turut berkembang. Bagi anda yang ingin memanfaatkan peluang ini, anda mungkin boleh cuba affiliate Tiktok.
Program ini membolehkan anda memperoleh komisen dengan mempromosikan produk atau perkhidmatan orang lain melalui platform media sosial Tiktok. Dalam artikel ini, kita akan meneroka lebih lanjut tentang cara menjana duit sampingan melalui affiliate TikTok.
Apa Itu Affiliate Marketing?
Bagi anda yang tidak tahu apa itu affiliate marketing, jangan risau. Saya akan terangkan di sini apa sebenarnya affiliate marketing ini.
Affiliate adalah satu bentuk pemasaran di mana individu atau pihak yang dipanggil “affiliate” bekerjasama dengan penjual untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan. Apabila affiliate berhasil membawa pelanggan atau membuat jualan melalui pautan affiliate mereka, mereka akan menerima komisen atau ganjaran dari penjual.
Ini bermakna affiliate marketing membolehkan individu untuk jana pendapatan dengan mempromosikan produk orang lain tanpa perlu memiliki produk tersebut.
Kenapa Anda Perlu Pilih TikTok?
Aplikasi TikTok telah menjadi platform media sosial yang sangat popular, terutamanya di kalangan generasi muda. Dengan jumlah pengguna yang meningkat setiap hari, aplikasi ini menjadi tempat yang strategik untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan.
Program affiliate TikTok memberi peluang kepada pengguna untuk menghasilkan pendapatan membuat kandungan yang kreatif dan menarik.
Berapa Kiraan Komisen Tiktok Affiliate Marketing
Sebelum saya menerangkan mengenai komisen affiliate TikTok, saya akan menerangkan terlebih dahulu pihak yang terlibat dalam affiliate TikTok ini. Dalam affiliate TikTok ini terdapat tiga pihak yang terlibat iaitu penjual atau pemilik TikTok shop, rakan kongsi (affiliate) dan pembeli.
Komisen TikTok affiliate bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh penjual. Biasanya, komisen ini boleh berubah-ubah bergantung kepada jenis produk atau perkhidmatan yang anda dan perbincangan yang dibuat antara penjual dan affiliate.
Komisen ini boleh jadi 15 peratus, 40 peratus atau 80 peratus dari harga barang atau perkhidmatan yang terjual.
Contohnya, jika TikTok Shop menjual barang dengan harga RM50 seunit dan komisen untuk affiliate pula adalah 40 peratus. Jika anda berjaya menjual 1 unit barang tersebut dengan harga RM50, maka komisen yang anda akan dapat ialah RM20.
Cara Nak Daftar Tiktok Affiliate
Syarat untuk mendaftar sebagai TikTok affiliate adalah akaun TikTok anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 1000 pengikut dan berumur 18 tahun ke atas. Jika anda memenuhi syarat ini, anda boleh terus daftar affiliate melalui aplikasi TikTok.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu klik butang Apply untuk mendaftar sebagai Tiktok affiliate.
Bagaimana pula untuk anda yang mempunyai follower 1000 ke bawah? Apakah anda boleh daftar Tiktok affiliate?
Jawabanya, ya boleh. Tapi caranya sedikit berbeza. Saya akan terangkan di bawah bagaimana cara daftar Tiktok affiliate tanpa 1000 follower.
Cara Buat Affiliate TikTok Tanpa 1000 Followers
Bagi anda yang tidak mempunyai follower sebanyak 1000, anda perlu mendaftar melalui laman web shop.tiktok.com.
Cara daftar TikTok affiliate dengan TikTok mudah sahaja, pergi ke shop.tiktok.com, kemudian isi borang pendaftaran sebagai affiliate.
Berikut merupakan cara untuk daftar Tiktok affiliate:
Klik di sini untuk daftar affiliate. Kemudian, sila pilih Asia Seller Malaysia.
Selepas itu, sila masukkan nombor telefon dan kata laluan anda.
Kemudian, sila pilih jenis perniagaan – Individual atau Corporate. Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh menukar maklumat akaun Tiktok anda selepas maklumat dihantar.
Selepas itu, sila muat naik dokumen yang diperlukan iaitu salinan kad pengenalan atau pasport anda.
Selepas anda muat naik salinan kad pengenalan, sila klik pada butang “Submit” untuk ke langkah seterusnya.
Sila ambil perhatian bahawa akaun anda akan disahkan dalam tempoh 24 jam oleh pihak Tiktok.
Setelah selesai, anda perlu connect seller akaun dengan Seller Tiktok dengan akaun Tiktok anda. Caranya mudah sahaja. Dalam Tiktok shop atau seller akaun, sila klik “My Account” kemudian tekan “Linked Tiktok Accounts”.
Selepas itu, klik butang “Link New Tiktok Account” untuk menyambungkan akaun seller anda dengan akaun Tiktok.
Selepas semuanya selesai, anda sudah boleh mula menjual dan memasarkan pilih produk yang anda ingin jual.
Selain itu, anda juga boleh menjual produk anda sendiri dengan masukkan produk yang anda ingin jual di dalam akaun seller ini. Anda bebas untuk tambah produk yang anda ingin jual di platform ini.
Cara Dapatkan Link Tiktok Affiliate Program
Sebenarnya, untuk aplikasi Tiktok, anda tidak memerlukan link affiliate. Anda hanya perlu pilih produk yang anda ingin jual, kemudian tambah produk tersebut dalam “kedai” anda. Anda akan mendapat komisen setiap kali orang membeli produk dari kedai anda.
Cara Masukan Produk Affiliate
Cara untuk masukkan produk affiliate mudah sahaja. Anda boleh muat naik produk yang anda ingin jual melalui aplikasi Tiktok. Caranya adalah seperti berikut:
Pertama sekali, masuk ke Tiktok anda, kemudian tekan Tiktok shop.
Selepas itu, klik butang “Enter”.
Kemudian, klik “Product Market Place”.
Selepas itu, anda akan melihat pelbagai jenis produk yang boleh anda pilih. Sila pilih mana-mana produk yang anda ingin jual dan tekan butang “Add” untuk menambah produk tersebut ke dalam kedai anda.
Cara Bayaran Tiktok Affiliate
Komisen affiliate akan dibayar setiap kali pembelian selesai. Maksudnya, anda hanya akan menerima komisen apabila pembeli menerima barang yang mereka pesan dengan Tiktok.
Selepas anda menerima komisen affiliate, anda boleh mengeluarkan atau withdrawal komisen tersebut ke dalam akaun bank anda.
5 Sebab Anda Perlu Buat Affiliate Marketing di TikTok
Terdapat beberapa sebab kenapa anda perlu buat affiliate marketing dengan Tiktok.
- Affiliate Tiktok tidak perlu mengeluarkan modal.
- Promosi produk adalah bergantung dengan kreativiti anda sendiri untuk menarik penonton untuk membeli produk yang anda jual dengan cara buat video yang menarik.
- Tiktok mempunya jumlah pengguna aktif yang tinggi setiap hari. Kebarangkalian produk anda terjual adalah sangat tinggi.
- TikTok terkenal dengan konten yang kreatif dan inovatif. Anda boleh menggunakan keunikan ini untuk mencipta video promosi yang menarik dan menarik perhatian penonton.
- Anda bebas memilih produk yang anda nak jual.
Tips Nak Berjaya Affiliate Tiktok
Sebenarnya, anda banyak cara yang anda boleh lakukan kalau anda nak berjaya dalam sebagai seorang affiliate Tiktok. Saya akan kongsikan beberapa tips yang mungkin anda boleh guna di sini.
Pilih produk yang tepat
Pilih produk atau perkhidmatan yang relevan dengan follower TikTok anda. Pastikan produk tersebut sesuai dengan minat dan keperluan pengikut anda.
Cipta kandungan yang menarik
TikTok dikenali dengan kandungan kreatif dan bersifat santai. Cipta video yang menarik, kreatif, dan berkualiti tinggi untuk memikat perhatian pengikut anda. Salah satu contoh adalah dengan mengikuti trend semasa Tiktok.
Call-to-Action
Sertakan call to action yang jelas dalam video anda. Beri tahu pengikut untuk mengklik pautan affiliate anda, membuat pembelian, atau melakukan tindakan lain.
Berinteraksi dengan Pengikut
Berinteraksi dengan pengikut anda melalui komen dan mesej. Jawab soalan, berikan maklum balas, dan bina hubungan dengan mereka. Ini dapat meningkatkan kepercayaan dan kesetiaan pengikut.
Kesimpulan
Kesimpulannya, jika anda ingin menjana pendapatan sampingan, anda boleh cuba TikTok affiliate. Dengan memanfaatkan keunikan platform ini, anda berpeluang untuk menjana pendapatan yang lumayan. Tetapi anda perlu ingat bahawa anda mestilah sentiasa mencipta kandungan yang kreatif, memilih produk yang tepat, dan berinteraksi dengan pengikut untuk mencapai kejayaan yang lebih besar dalam dunia pemasaran affiliate di TikTok.