Hostinger Malaysia Review: Ulasan Syarikat Web Hosting Hostinger untuk Tahun 2021

Jika anda sedang mencari web hosting, anda tentunya tahu terdapat banyak syarikat web hosting Malaysia. Untuk itu, artikel ini akan membuat ulasan tentang salah satu syarikat web hosting yang terkenal di peringkat global iaitu Hostinger Malaysia. 

Sebelum kita teruskan dengan Hostinger Malaysia review, jom kita kenali latar belakang Hostinger.

Kenali Hostinger Malaysia

Untuk pengetahuan anda, Hostinger mula bertapak dari tahun 2004 lagi. Diasaskan di Kaunas, Lithuania dengan nama Hosting Media. Pada 2017 dijenamakan semula dengan nama Hostinger. 

Kini, Hostinger adalah salah satu web hosting yang terbesar di dunia dan mempunyai lebih 29 juta pengguna di 178 negara

Dengan kehadiran Hostinger di peringkat global dan salah satu negara adalah Malaysia, tidak diragui lagi Hostinger merupakan syarikat web hosting yang kukuh.

Hostinger Malaysia Review

Web hosting yang terbaik boleh dilihat dari segi kelajuan site, ciri keselamatan, server uptime, khidmat pelanggan, dan juga control panel yang mudah untuk digunakan. 

Selain shared hosting, Hostinger Malaysia juga menyediakan hosting berikut:-

  • Cloud web hosting 
  • VPS hosting
  • WordPress hosting
  • Minecraft hosting

Kelebihan Dan Kekurangan Hostinger Malaysia

Sebelum kita review secara mendalam, ini dia ringkasan kelebihan dan kekurangan web hosting Hostinger. 

Kelebihan Hostinger 

  1. Jaminan 99.9% Uptime
  2. Loading website yang pantas
  3. Harga langganan bulanan yang mampu milik serendah RM2.99 sebulan
  4. Control panel yang mesra pengguna baru
  5. Harga murah dengan spesifikasi yang terbaik
  6. Domain percuma dan harga domain yang murah
  7. Lokasi pusat data berdekatan dengan Malaysia
  8. Khidmat pelanggan yang responsif
  9. Jaminan pulangan wang selama 30 hari
  10. Percuma website builder

Kekurangan Hostinger

  1. Tiada Cpanel. Untuk mereka yang biasa menggunakan Cpanel akan berasa kekok dengan paparan yang berbeza
  2. Bandwidth terhad untuk pelan single web hosting
  3. Kenaikan harga apabila memperbaharui langganan
  4. Tiada backup data secara harian
  5. Saiz storan disk yang terhad
  6. Channel khidmat pelanggan yang terhad

Adakah anda perlukan kemahiran teknikal untuk menggunakan Hostinger?

Hostinger Malaysia memberikan paparan control panel yang mudah untuk digunakan walau anda tiada pengalaman. Hostinger turut menyediakan tutorial untuk anda belajar membuat website menggunakan hosting mereka. 

Anda boleh belajar cara untuk buat website, buat kedai online menggunakan WooCommerce, buat blog dan pelbagai tutorial lain. 

Namun begitu, jika anda hadapi sebarang masalah, anda boleh terus hubungi khidmat pelanggan Hostinger melalui live chat. Mereka akan bantu dengan kadar yang segera. 

Harga/Pelan Hosting

Sekarang, jom kita tengok pelan hosting yang ditawarkan Hostinger Malaysia.

Apa yang menarik tentang Hostinger adalah pelan web hosting yang murah. Hostinger kini sedang menawarkan sehingga 90% diskaun untuk pelan web hosting disertakan dengan SSL. 

Anda boleh dapatkan web hosting serendah RM2.99 sebulan. Harga yang sangat mampu milik. 

Shared Hosting

Shared Hosting bermaksud anda berkongsi server dengan orang lain dan tentu ianya lebih murah berbanding hosting lain. 

Hostinger Malaysia menawarkan 3 pelan shared hosting untuk anda pilih. 

Single Web Hosting

Pelan single web hosting ini sesuai untuk mereka yang baru nak mula buat website. Anda boleh buat satu website dengan pelan hosting ini. SSL percuma turut diberikan. Namun domain name percuma tidak termasuk dalam pelan ini.

10GB storan SSD diberikan dengan anggaran pelawat ke website anda untuk pelan ini adalah sebanyak 10,000 sebulan. Anggaran pelawat hanya sebagai rujukan dan tertakluk juga kepada penggunaan sumber website. 

Harga yang ditawarkan serendah RM2.99 sebulan dan RM7.99 sebulan selepas anda memperbaharui pelan hosting. 

Tapi, harga RM2.99 ini hanya anda dapat jika melanggan Hostinger Malaysia selama 48 bulan ataupun 4 tahun. Dan selepas 48 bulan anda perlu bayar sebanyak RM7.99 sebulan. 

Jika anda tidak mahu komitmen yang panjang dengan Hostinger Malaysia, anda boleh memilih langganan sebulan dengan harga RM29.95 sebulan. Namun perlu diingat, anda jimat sebanyak 90% jika memilih langganan selama 48 bulan. 

Anda juga boleh memilih untuk melanggan selama 12 atau 24 bulan

Secara ringkas, ini harga yang ditawarkan mengikut bulan langganan.

1 Bulan12 Bulan 24 Bulan 48 Bulan
RM29.95 / bulanRM7.50 / bulanRM5.45 / bulanRM2.99 / bulan

Premium Web Hosting

Pelan hosting ini sesuai untuk mereka yang mempunyai website peribadi. Dengan kapasiti 20GB storan SSD, website anda boleh menerima sehingga 25,000 pelawat setiap bulan. 

Pelan web hosting ini turut memberikan 1 domain name percuma selama setahun jika anda memilih langgan hosting selama 12 bulan, 24 bulan atau 48 bulan. 

Selain itu, anda boleh membina sebanyak 100 website dengan pelan ini. Sesuai untuk anda yang bergelar web developer.

Harga yang ditawarkan pelan premium web hosting serendah RM8.05 sebulan dan RM13.99 sebulan apabila memperbaharui pelan hosting. Anda jimat sebanyak 82% jika memilih langganan selama 48 bulan berbanding langganan sebulan.

Secara ringkas, ini harga yang ditawarkan mengikut bulan langganan.

1 Bulan12 Bulan 24 Bulan 48 Bulan
RM44.79 / bulanRM14.05 / bulanRM11.05 / bulanRM8.05 / bulan

Business Web Hosting

Pelan web hosting ini direka khas oleh Hostinger Malaysia untuk perniagaan kecil dan sederhana. Dengan kapasiti 100GB storan SSD, website anda mampu menerima sehingga 100,000 pelawat setiap bulan. 

Turut memberikan SSL percuma dan juga 1 nama domain  percuma. 100 website boleh dibina dengan pelan hosting business

Harga yang ditawarkan serendah RM12.95 sebulan dan RM27.99 sebulan apabila memperbaharui pelan hosting. Anda jimat sebanyak 78% jika memilih langganan selama 48 bulan berbanding langganan sebulan.

Secara ringkas, ini harga yang ditawarkan mengikut bulan langganan.

1 Bulan12 Bulan 24 Bulan 48 Bulan
RM59.75 / bulanRM21.95 / bulanRM16.69 / bulanRM12.95 / bulan

Hostinger Malaysia memberikan sijil SSL percuma seumur hidup untuk ketiga-tiga pelan shared hosting di atas. 

Ciri Utama Dalam Pelan Shared Hosting Hostinger Malaysia

Antara ciri penting yang shared hosting Hostinger:-

  • Zyro Website builder – memudahkan pengguna membina website dengan template sedia ada dan drag and drop
  • WordPress Acceleration Hostinger menggunakan Litespeed Cache for WordPress untuk memastikan prestasi website di peringkat optimum
  • Cronjobs – memudahkan pengurusan serta automasi website. 2 Cronjobs untuk pelan single web hosting dan cronjobs tanpa had untuk pelan premium dan business.
  • Akses SSH – untuk sekuriti yang lebih baik dan memudahkan pengurusan website. Hanya disediakan untuk pelan premium dan business.
  • Jaminan 99.9% Uptime – website boleh diakses setiap masa
  • Percuma SSL – melindungi website dan meningkatkan kepercayaan pengguna dengan memastikan segala transaksi dan data yang diberikan adalah selamat.
  • Cloudflare Protected Nameservers – melindungi DNS infrastruktur anda dari serangan Distributed Denial of Service (DDOS). 
  • Domain percuma – nama website anda. Hanya diberikan percuma untuk pelan premium dan business

Pelan Shared Hosting Terbaik Hostinger Malaysia

Ketiga-tiga pelan shared hosting yang ditawarkan Hostinger Malaysia memang terbaik untuk anda membina website. Namun ia bergantung kepada apa yang anda perlukan sekarang. 

Jika anda rasa bajet menjadi kekangan, pelan single web hosting sudah cukup untuk anda mula membina satu website yang lengkap. Apabila perniagaan anda semakin berkembang,  anda boleh menaik taraf pelan hosting. 

Perlu diingat, tempoh langganan yang terlalu panjang mungkin menyukarkan untuk anda buat penukaran ke hosting lain di masa depan. 

Tapi, sekiranya anda inginkan syarikat web hosting yang diyakini , mempunyai reputasi tinggi dan harga yang murah, tanpa ragu Hostinger Malaysia adalah pilihan yang terbaik.

Cloud Web Hosting

Sekiranya anda memerlukan web hosting pada skala yang besar, Hostinger Malaysia turut menyediakan servis cloud web hosting. 

Anda boleh bina sehingga 300 website dengan cloud web hosting. Saiz storan SSD juga lebih besar berbanding shared hosting. Dan bandwidth tanpa had diberikan untuk kesemua pelan di bawah cloud web hosting.

Hostinger memberikan domain name percuma untuk kesemua pelan cloud hosting. 

Dengan cloud hosting, website loading anda 3 kali lebih pantas. Anda juga akan menerima control panel khas dan IP address khas untuk anda.

Pilihan pusat data boleh dibuat dari 7 lokasi berbeza yang disediakan Hostinger. Anda boleh memilih pusat data yang paling berdekatan dengan pelawat website. 

Jika anda memilih cloud web hosting yang disediakan Hostinger ini, anda tidak perlu risau soal teknikal atau kesukaran untuk memindahkan website anda dari mana-mana web hosting. Pihak Hostinger akan bantu anda pindahkan website ke hosting mereka secara percuma. 

Hostinger Malaysia juga melakukan backup untuk website anda setiap hari. 

Sama seperti pelan shared hosting, anda akan membayar harga yang lebih tinggi ketika pembaharuan langganan. 

WordPress Hosting

WordPress hosting adalah hosting yang dibina khusus untuk website WordPress. Hostinger Malaysia memberikan domain percuma dan SSL percuma untuk kesemua pelan WordPress Hosting. 

WordPress Hosting menawarkan size storan yang lebih besar untuk pelan premium dan enterprise berbanding shared hosting. Jika anda menggunakan WordPress dengan trafik ke website yang tinggi setiap bulan, WordPress Hosting adalah terbaik untuk anda miliki. 

Kesemua pelan WordPress Hosting memberikan bandwidth tanpa had, SSL percuma dan juga domain name percuma. 

Anda juga diberikan Jetpack percuma serta boleh membuat pilihan lokasi pusat data. 

Selain itu, anda diberikan alamat emel percuma mengikut domain name website anda. Alamat emel atas nama domain website ini boleh meningkatkan imej dan kredibiliti syarikat anda. Untuk emel percuma ini storan sebanyak 500MB diperuntukkan untuk setiap domain name

Harga bulanan untuk WordPress Hosting juga lebih tinggi apabila pembaharuan langganan. 

VPS Hosting

Apa itu VPS? Virtual Private Server (VPS) adalah server eksklusif khusus untuk anda. Kiranya anda tidak berkongsi server dengan orang lain. CPU Power, RAM atau size storan, semuanya untuk anda sahaja. 

Hostinger Malaysia menawarkan 6 pelan di bawah VPS. Bagi anda yang pentingkan kelajuan, pastinya suka dengan Hostinger Malaysia VPS Hosting yang 30x lebih pantas dari shared web hosting.

Aspek penting VPS Hosting yang diutamakan Hostinger Malaysia adalah tiada downtime.

Kesemua pelan VPS Hosting mendapat minima 40GB storan SSD setiap server, RAM minima 2GB, 100MB/S network conection line, IPv4 & IPv6 internet protocols.

VPS Hosting ini sesuai bagi anda yang mempunyai pengetahuan teknikal dan juga sekiranya shared hosting sudah tidak mencukupi untuk website anda yang semakin berkembang. 

Minecraft Hosting

Minecraft Hosting adalah server khas yang disediakan Hostinger untuk bermain Minecraft. Dengan ada server sendiri, anda boleh mengajak sesiapa saja untuk bermain bersama dan memiliki kawalan penuh dalam permainan. 

Hostinger Malaysia menyediakan 5 pelan Minecraft Hosting bermula dari serendah RM37.45 sebulan. 

5 lokasi pusat data untuk Minecraft Hosting terdiri dari Singapura, US, UK, Netherlands dan Lithuania. Adanya server Hostinger di Singapura sangat dekat untuk anda yang bermain Minecraft di Malaysia. 

Lokasi Pusat Data Hostinger 

Lokasi pusat data shared hosting Hostinger ada di 7 buah negara di dunia. Antaranya di negara:-

  1. Lithuania
  2. Brazil
  3. Indonesia
  4. Singapura
  5. United Kingdom
  6. United States
  7. Netherlands

Seeloknya, website anda perlu diletakkan (hosted) di lokasi yang paling berdekatan dengan sasaran pembaca. Ini kerana, lagi dekat pusat data, lagi cepat website anda nak loading. Sekaligus mengurangkan pelawat yang lari disebabkan web anda lambat nak loading

Jadi, Hostinger adalah salah satu pilihan web hosting Malaysia terbaik kerana mempunyai dua pusat data berdekatan anda iaitu di Singapura dan juga Indonesia. 

Namun begitu, untuk shared hosting, anda tidak diberi pilihan untuk memilih lokasi pusat data. Ia akan ditentukan oleh Hostinger Malaysia. 

Tempoh Loading Website

Ini merujuk kepada berapa lama tempoh masa yang diambil website anda untuk loading satu page. Seperti yang saya tulis di atas, web yang loading laju adalah amat penting supaya pelawat ke website anda terus kekal berada di web anda. 

Hostinger Malaysia bukan sahaja menawarkan harga yang rendah, tetapi juga memberikan website load time yang sangat laju. 

Secara purata, masa loading Hostinger Malaysia di bawah 400ms. Lebih baik dari purata industri 890ms. 

 Uptime 

Salah satu faktor yang perlu anda pertimbangkan bila memilih web hosting adalah uptime. Dalam bahasa mudahnya berapa kerap website anda boleh digunakan dan berfungsi. Jika kerap tak berfungsi, maka pelawat tak boleh nak akses website anda. 

Gambar di atas menunjukkan tempoh purata uptime Hostinger Malaysia adalah 99.9%. Sangat baik dan memuaskan walau tidak mencapai 100%. 

Sama seperti syarikat web hosting popular yang lain, Hostinger walaupun murah turut menjanjikan 99.9% uptime setiap bulan. 

Control Panel Yang Mesra Pengguna

Ini masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang baru nak buat website atau yang kurang berpengalaman. Control panel web hosting yang tidak mesra pengguna. 

Dengan Hostinger Malaysia anda tidak perlu lagi bimbang. Hostinger menyediakan control panel (hPanel) yang mudah untuk digunakan. 

Selain itu, pelbagai tools turut disediakan untuk memudahkan anda membina website. 

Sijil Secure Socket Layer (SSL) 

Ini satu lagi keperluan penting untuk memastikan website anda sentiasa dilindungi. Dengan adanya sijil SSL di website anda, maklumat peribadi pelawat seperti maklumat kad kredit, password dapat dilindungi dari digunakan pihak lain yang tidak berkenaan. 

SSL memastikan semua maklumat yang diberikan pelawat web anda hanya sampai kepada anda saja. Jika web anda tidak mempunyai SSL, sudah tentu pelawat berasa ragu untuk membuat pembelian di website e-commerce anda. Ini kerana mereka tidak mahu data peribadi dicuri pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Di Hostinger Malaysia, mereka memberikan SSL percuma sepanjang hayat selagi anda melanggan hosting mereka. Tiada bayaran tahunan. Sesetengah syarikat web hosting lain, SSL percuma hanya diberikan pada tahun pertama langganan. 

Banyak penjimatan yang anda dapat dengan Hostinger Malaysia. 

Khidmat Pelanggan

Ini juga aspek yang perlu anda ambil berat dalam memilih web hosting. Terutama untuk anda yang baru nak bina website. Tentu ada saja perkara yang anda perlukan penjelasan dari pihak web hosting. 

Dengan Hostinger anda tidak perlu risau jika ada masalah dengan web hosting. Hostinger Malaysia menyediakan khidmat pelanggan 24 jam melalui live chat, hantar tiket soalan atau melalui emel. 

Anda boleh hubungi mereka walau pukul 2 pagi. Support team mereka sentiasa bersedia untuk membantu anda. Untuk dapatkan maklum balas segera, anda perlu gunakan live chat

Hostinger telah menyediakan support team yang terlatih dan profesional untuk membantu anda dalam membina website.

Untuk makluman anda, live chat hanya boleh digunakan oleh pelanggan sedia ada Hostinger. Jika anda belum melanggan Hostinger Malaysia, dan ada sebarang persoalan, anda boleh kemukakan soalan anda dengan menghantar tiket atau emel. 

Percuma

Selain harga yang murah, Hostinger Malaysia ada lagi beberapa lagi tawaran menarik untuk anda. 

SSL percuma dan emel percuma berdasarkan domain name untuk semua pelan web hosting dan juga Zyro website builder percuma.  

Khusus untuk pelanggan business web hosting, anda juga dapat percuma Content Delivery Network (CDN), backup data harian, nama domain percuma untuk setahun, dan bandwidth tanpa had.

Bagi pelanggan pelan premium web hosting, anda juga menerima bandwidth tanpa had, nama domain percuma untuk setahun dan backup data mingguan.

Berbeza untuk pelan single web hosting, anda hanya dapat 100GB bandwidth dan backup data mingguan. Tiada domain percuma dan bandwidth tanpa had.

Jaminan Pulangan Wang

Macam mana jika anda tak suka dengan servis yang diberikan Hostinger Malaysia? 

Apa jua sebab anda nak minta pulangan wang, anda boleh memohon bayaran balik penuh dalam tempoh 30 hari selepas pembelian. Wang anda akan dikembalikan Hostinger Malaysia tanpa banyak soal.  

Andai Hostinger Malaysia bukan web hosting yang boleh dipercayai, tentu mereka tidak berani untuk mengambil risiko memberi 30 hari jaminan pulangan wang. 

Kaedah Pembayaran Hostinger Malaysia

Hostinger menyediakan pelbagai kaedah pembayaran untuk kemudahan pengguna. Untuk rakyat Malaysia, tentunya anda lebih selesa dengan FPX dan perbankan online. 

Anda juga boleh buat pembayaran menggunakan kad kredit atau Paypal. Bitcoin juga diterima.

Domain Name

Hostinger turut menyediakan domain name pada harga yang murah. Anda boleh mendapatkan domain name baru atau pindahkan domain sedia ada ke Hostinger.

Hostinger vs. Bluehost

Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jika anda pentingkan kelajuan website dengan harga yang murah, web hosting Hostinger Malaysia adalah pilihan terbaik. 

Namun, jika saiz storan, bandwidth dan support terbaik adalah kepentingan anda, web hosting Bluehost lebih sesuai untuk anda.

Hostinger vs. Godaddy

Web hosting Godaddy memberikan bandwidth tanpa had. Manakala, bandwidth Hostinger terhad mengikut pelan yang dipilih. 

Selain itu, Godaddy menawarkan khidmat pelanggan 24/7 melalui panggilan telefon. Berbeza dengan Hostinger yang hanya menawarkan live chat dan juga emel.  

Namun begitu, Hostinger menawarkan pelan bulanan yang sangat  murah, alamat emel atas nama domain percuma dan SSL percuma. 

Hostinger vs. Siteground

Siteground menawarkan spesifikasi yang hampir sama dengan Hostinger Malaysia tetapi dengan harga yang lebih mahal. Siteground juga menyediakan pelbagai channel untuk khidmat pelanggan. 

Hostinger vs. Hostgator

Syarikat web hosting Hostgator lebih besar dari Hostinger. Mereka menawarkan spesifikasi yang lebih banyak dengan pelbagai channel khidmat pelanggan. 

Jika dilihat dari segi harga, Hostinger menawarkan pelan web hosting yang lebih murah. 

Patutkah Anda Gunakan Web Hosting Hostinger Malaysia?

Hostinger Malaysia menyediakan spesifikasi penting yang diperlukan untuk bina website dengan harga yang mampu milik. Sangat sesuai untuk anda yang baru nak mula bina website dengan bajet yang rendah.
Jika anda inginkan harga yang rendah dengan prestasi website yang pantas tanpa pentingkan saiz storan dan juga bandwidth, terus langgan Hostinger Malaysia di sini.