Cara Buat Duit Dengan Shopee: Panduan & Tips (2024)

Hari ini, untuk memulakan sebuah perniagaan bukanlah satu perkara yang sangat susah, bukan seperti dahulu.

Sebelum adanya kemudahan Internet dan platform e-commerce seperti apa yang anda dapat di Shopee, anda perlu menghasilkan produk anda sendiri dan modal yang banyak untuk memulakan sebuah perniagaan.

Pada tahun-tahun yang lalu, anda perlu bersusah payah untuk memasarkan produk anda seperti mencetak beribu-ribu keping risalah untuk ditempel di perhentian bas.

Pada era teknologi masa kini, menjana pendapatan daripada perniagaan secara online adalah salah satu perkara yang yang mudah. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari. Dengan hanya bermodalkan sebuah telefon bimbit dan talian internet, anda sudah mampu melakukan perniagaan secara online dan menjana pendapatan sehingga 4 angka dalam sehari.

Tidak dinafikan, pandemik Covid-19 telah menjadikan perniagaan atas talian melonjak naik lantaran daripada ramai yang mula berniaga dari rumah.

Terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan secara atas talian. Contohnya, menjual produk anda di media sosial dan platform e-commerce seperti di Shopee dan di Lazada, melalui dropshipping, affiliate dan sebagainya.

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi cara buat duit atau cara berniaga di shopee. Anda akan dapat mengetahui cara buat duit dengan Shopee tanpa modal, atau, jika anda boleh mengeluarkan modal, anda akan dapat belajar cara untuk membangunkan kedai Shopee dengan modal yang kecil.

Apa Itu Shopee?

Umum mengetahui bahawa Shopee merupakan sebuah platform e-commerce atau e-dagang yang terkemuka, terutamanya di negara Asia. Shopee ini berfungsi seperti platform e-dagang yang lain seperti Lazada, Amazon, Lelong dan Ebay. Anda boleh download aplikasi Shopee ini di telefon pintar anda atau, anda juga boleh mengakses Shopee dengan menggunakan laptop.

Shopee ini ibarat “poket doraemon”, sebut sahaja apa barang yang anda nak beli, semua ada dijual di Shopee. Dari barangan seperti perabot, barangan elektronik, produk kecantikan, barang kemas dan banyak lagi.

Harga barangan yang dijual di Shopee juga jauh lebih murah berbanding di kedai biasa. Ia membuatkan shopee menjadi salah satu platform e-dagang yang paling disukai ramai. Ini terbukti kerana, menurut laporan statistik daripada website statista, Shopee merupakan platform e-dagang yang mempunyai pengguna paling ramai pada tahun 2021.

Selain itu, menurut laporan statistik similarweb.com seperti gambar di bawah, sejak bulan Januari sehingga Mac 2022, Shopee telah menerima pelawat seramai 56.4 juta dengan purata 18.8 juta pelawat setiap bulan. Jumlah pelawat ini meningkat hampir tiga kali ganda daripada tahun 2021 yang hanya mempunyai jumlah purata pelawat seramai 6.53 juta setiap bulan di Malaysia.

Statistik di atas membuktikan bahawa, rakyat Malaysia semakin gemar berbelanja secara online. Dengan peningkatan ini juga, ia membuktikan bahawa perniagaan atas talian ini adalah menguntungkan. Oleh itu, untuk tidak mensia-siakan peluang ini, saya akan kongsikan cara untuk membuat duit dengan shopee.

Cara Buat Duit Di Shopee

Ramai yang tak tahu sebenarnya banyak cara berniaga yang di Shopee yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan. Ramai penjual yang menjual produk mereka di dalam Shopee dan mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Sama ada mereka menjual produk mereka sendiri ataupun menjual secara dropship (tanpa stok barangan di tangan) atau sebagai Affiliate.

Terdapat tiga cara yang mudah untuk menjana pendapatan dengan Shopee, iaitu:

  1. Berniaga di Shopee dengan produk sendiri
  2. Dropship
  3. Affiliate

Berniaga di Shopee Dengan Produk Sendiri

Menjual produk dan perkhidmatan anda sendiri merupakan cara yang paling asas untuk membuat duit dengan Shopee di Malaysia. Anda boleh menjual pelbagai jenis produk seperti makanan, pakaian, barangan elektrik, produk kecantikan dan sebagainya. Anda juga boleh menjual perkhidmatan seperti perkhidmatan print gambar, perkhidmatan menulis, perkhidmatan mengedit gambar dan sebagainya.

Salah seorang contoh anak muda yang berjaya membuat duit di Shopee dengan produk sendiri iaitu Khairul Aming, seorang Influencer berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Beliau berjaya menjual produk makanan beliau sebanyak 10,000 botol dalam masa 3 minit sahaja.

Kelebihan Berniaga di Shopee

Kelebihan berniaga di Shopee adalah, Shopee mempunyai pengguna sedia ada yang ramai. Shopee merupakan tempat pembeli-pembeli yang memang bersedia untuk mengeluarkan duit dari poket sendiri. Mereka hanya perlu memilih produk yang mereka mahu kemudian membuat pembayaran.

Jika anda berniaga melalui kedai fizik, anda perlu mengeluarkan sejumlah kos perniagaan seperti kos sewa kedai, kos bil elektrik dan kos bayar gaji pekerja. Di Shopee, anda tidak perlu mengeluarkan kos sedemikian, anda boleh mendaftar secara percuma dengan Shopee dan mula menjual produk anda.

Akhir sekali, kepercayaan pelanggan membeli barangan di Shopee amat tinggi. Ini kerana, Shopee sendiri memberi jaminan kepada pembeli. Sebagai contoh, Shopee Guarantee. Dengan adanya Shopee Guarantee atau jaminan Shopee ini, pembeli hanya akan ‘release” pembayaran apabila barang yang dibeli telah diterima dalam keadaan yang baik.

Kelemahan Buat Duit Dengan Shopee

Walaupun Shopee mempunyai banyak kelebihan, namun ia juga mempunyai kelemahan terutamanya kepada peniaga. Antaranya adalah, persaingan yang sangat sengit. Oleh itu, jika anda ingin produk anda laris di dalam Shopee, anda boleh mula menjual produk yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

Dropship

Bagi anda yang ingin membuat duit dari Shopee tetapi tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual, jangan risau kerana anda boleh menjana pendapatan melalui Shopee dengan cara jual barang atau produk orang lain.

Dropship merupakan salah satu kaedah perniagaan yang paling mudah. Kaedah perniagaan ini dianggap mudah kerana ia tidak memerlukan anda untuk mengeluarkan modal dan menyimpan stok barang yang banyak.

Biasanya, pembekal akan menjual produk mereka dengan harga yang rendah kepada dropshipper. Kemudian, dropshipper ini pula mempunyai kebebasan untuk meletakkan harga produk tersebut.

Sebagai Contoh, Pembekal menjual produknya dengan harga RM10. Kemudian dropshipper menjual produk tersebut dengan harga RM20. Dengan itu, anda akan mendapatkan keuntungan sebanyak RM10 dari penjualan tersebut yang disebut sebagai komisen.

Tugas utama sebagai seorang dropshipper adalah, dropshipper hanya perlu mempromosikan atau menjual barang di kedai Shopee kemudian mengambil pesanan daripada pelanggan.

Selepas itu, dropshipper ini pula akan memberikan senarai pelanggan yang telah membuat pesanan kepada stokis atau pembekal. Stokis atau pembekal ini kemudian yang akan mengurus pesanan tersebut dari pembungkusan sehinggalah penghantaran kepada pelanggan.

Kaedah perniagaan seperti sangat popular terutamanya di kalangan suri rumah dan pelajar. Kaedah perniagaan seperti ini dapat membantu mereka untuk menjana pendapatan dengan mudah kerana ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Sila baca info lanjut tentang cara buat dropship di Shopee di sini.

Affiliate

Cara untuk buat duit dengan Shopee yang terakhir adalah melalui Affiliate. Bagi anda masih tidak tahu apa itu Affiliate, affiliate merupakan program buat duit secara atas talian dengan cara share link sahaja. Affiliate ini merupakan cara yang mudah untuk buat duit, yang tidak memerlukan anda untuk melakukan kerja yang banyak.

Affiliate ini memberi peluangan kepada anda untuk berniaga di shopee tanpa modal. Tugas anda sebagai Affiliate adalah, anda hanya perlu mempromosi apa sahaja barangan yang dijual di Shopee dengan menggunakan affiliate link khas anda.

Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mempromosi jualan anda. Anda boleh mempromosi barang tersebut di Website anda, Blog anda, Youtube anda dan sosial media anda seperti di Facebook, Twitter, Instagram dan Tiktok.

Penting sekali untuk anda memilih dan menjual barangan yang sedia ada di Shopee agar pembeli tertarik untuk membeli daripada anda.

Anda boleh buat promosi dalam bentuk bertulis dan video pendek. Screenshot di bawah merupakan salah satu contoh cara untuk mempromosikan barangan yang di jual di Shopee melalui affiliate link.

Bagaimana pula program affiliate ini boleh memberikan anda keuntungan? Konsep Affiliate ini mudah sahaja, anda akan menerima komisen apabila anda berjaya mempromosikan dan menjual produk atau perkhidmatan orang lain secara online melalui link affiliate anda.

Kadar komisen pula adalah berbeza-beza mengikut kategori barang dan juga perkhidmatan yang dijual. Untuk menyertai program affiliate Shopee ini, sila masuk ke halaman rasmi yang telah disediakan oleh pihak Shopee Malaysia untuk pendaftaran.

Gambar di atas menunjukkan komisen yang akan anda dapat bagi setiap pembelian yang berjaya.

Terdapat tiga cara untuk menyertai affiliate di Shopee iaitu, melalui Accesstrade Global, Involve Asia dan melalui Shopee Affiliate Program.

Kelebihan Menjadi Affiliate Di Shopee

1. Anda akan mendapat komisen setiap pembelian yang berjaya melalui link affiliate anda di Shopee.

2. Affiliate merupakan perniagaan yang boleh anda lakukan secara santai.

2. Anda tidak perlu menyimpan stok barang.

3. Anda tidak perlu melayan pertanyaan daripada pelanggan. Anda hanya perlu memberikan link affiliate anda sahaja.

4. Anda tidak perlu melakukan proses pembungkusan dan juga penghantaran barang kepada pelanggan. Ini akan memudahkan kerja anda.

5. Tidak memerlukan modal untuk mula menjual di Shopee. Anda boleh jual produk yang sedia ada di Shopee.

Modal Permulaan Untuk Mula Buat Duit Dengan Shopee

Sebenarnya, anda tidak memerlukan modal untuk mula buat duit dengan Shopee. Sebagai permulaan jika anda tidak mempunyai produk sendiri untuk dijual, anda boleh menjadi dropshipper atau affiliate terlebih dahulu.

Untuk menjadi dropshipper atau affiliate, anda perlu mempunyai telefon pintar dan talian internet sahaja. Dengan adanya telefon pintar dan talian internet ini, anda boleh mula menjual produk di Shopee. Ini akan membantu anda untuk mula buat duit di Shopee tanpa modal permulaan.

Kesimpulan

Terdapat banyak cara untuk menjana pendapatan hari ini yang tidak memerlukan anda melakukan kerja dan modal yang banyak. Salah satunya adalah melalui shopee. Seperti yang saya terangkan di atas, Shopee merupakan platform e-dagang yang sangat besar dan memberi banyak peluang untuk anda menjana pendapatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *