Senarai 7 Pakar SEO Malaysia (2024)

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan info asas yang anda perlu tahu tentang SEO Malaysia, apa yang SEO boleh buat untuk anda, siapakah pakar SEO dan akhir sekali, saya akan menyenaraikan 7 pakar SEO Malaysia untuk tahun 2024. Teruskan membaca jika anda nak tahu dengan lebih lanjut.

SEO atau search engine optimization adalah bidang atau pengkhususan dalam pemasaran digital yang menyentuh tentang penambahbaikan (optimize) aset digital seperti laman web, Facebook page, akaun Twitter, video Youtube dan sebagainya berdasarkan kata kunci (keywords) yang digunakan oleh pengguna, supaya ianya mempunyai peluang cerah untuk disenaraikan secara organik di posisi teratas (biasanya 10 tempat teratas) di enjin carian seperti Google.

Jika laman web anda terletak di kedudukan 3 tempat teratas di Google, anda akan mendapat lebih banyak views dan trafik dan ini sekaligus akan meningkat “branding” atau penjenamaan untuk laman web atau perniagaan anda.

Seorang pakar SEO Malaysia boleh bantu website anda untuk berada di kedudukan teratas di enjin carian Google dan Yahoo.

SEO Malaysia Untuk Tahun 2024

Bidang SEO di Malaysia masih lagi baru. Tak ramai orang yang mempunyai kepakaran untuk menawarkan servis SEO kepada syarikat-syarikat di Malaysia.

Namun begitu, permintaan untuk servis SEO sangatlah tinggi!

Malaysia adalah salah satu negara utama di Asia Tenggara yang mempunyai kecelikan digital yang tinggi.

Warga Malaysia kerap menggunakan enjin carian Google untuk mendapatkan berita terkini, semak ulasan daripada pengguna sebenar dan mencari info tentang produk dan pekhidmatan.

Di sini, kuasa enjin carian Google amat jelas kerana Google mempunyai pengaruh untuk memaparkan hasil carian berdasarkan apa jua kriteria yang difikirkannya sesuai untuk dirinya sendiri.

Jika Google memutuskan bahawa laman anda adalah relevan dan boleh dipercayai untuk sesuatu kata kunci, maka, Google akan menempatkan website anda di kedudukan yang lebih tinggi di enjin carian mereka.

Siapakah Pakar SEO?

Seorang pakar SEO mempunyai kebolehan untuk memahami apa yang Google mahukan dan merangka pelan tindakan SEO kepada pemilik perniagaan atau website yang memerlukan servis SEO daripada mereka.

Salah satu kebolehan unik yang ada pada insan yang bergelar pakar SEO adalah, mereka boleh mendiagnose masalah-masalah tersembunyi yang ada pada website anda yang mungkin menghalang website anda untuk mencapai kedudukan tinggi di Google.

Bukan sahaja itu, berdasarkan maklumat yang mereka telah perolehi tentang website anda dan setelah mengkaji pesaing-pesaing dalam industri anda, pakar SEO boleh merangka strategi SEO yang boleh dilaksanakan untuk melonjakkan kedudukan laman web anda di Google berdasarkan kata kunci atau keyword yang berpotensi untuk membawa trafik yang banyak.

Senarai Pakar SEO Malaysia (2024): 7 Individu Berkaliber Tinggi

#1: Navendra Ganesha Pillai

Navendra G. Pillai adalah seorang pakar SEO dan kini beliau menetap di Klang, Selangor. Beliau kini bekerja sebagai perunding di Zoho APAC.

Beliau mempunyai sebuah SEO blog yang berpengaruh di Malaysia. Nama blog beliau adalah Listorify, Freelance Malaysia, dan Remotejobs.asia. Selain daripada menjadi sebagai seorang perunding bebas SEO, beliau juga bekerja di sebuah syarikat di India yang dikenali sebagai Zoho APAC.

Dengan berbekalkan pelangaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang SEO, tidak hairanlah mengapa beliau menjadi pakar SEO hari ini. Naven Pillai bermula sebagai penyelidik laman web yang membina niche laman web dan monetize website tersebut dengan Google AdSens.

Peranan pertama beliau sebagai SEO adalah ketika bekerja beliau mula bekerja di Exposureville, sebuah agensi pemasaran digital. Semasa bekerja, Naven juga membantu perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia agar perniagaan mereka kelihatan di search engine, terutamanya di Google.

#2: Clarentino Aduk

Clarentino Aduk adalah seorang pakar SEO di Malaysia yang menetap di Sabah. Beliau adalah pengarah urusan syarikat Clarini Online Marketing Sdn Bhd, sebuah syarikat pemasaran digital yang menawarkan servis SEO dan SEM.

Beliau pernah dinobatkan sebagai Top Digital Marketer untuk FXprimus dan pernah beberapa kali menjadi top affiliate untuk jenama seperti TFS Kaya Muda dan XM.

Strategi SEO yang beliau gemar adalah strategi exact-match domain dan juga 401-redirect untuk mendapatkan backlink yang banyak dalam jangka masa yang singkat.

#3: Robin Ooi

Robin Ooi merupakan pakar SEO di Malaysia yang kini menetap di Pulau Pinang. Robin Ooi mempunyai syarikat SEO iaitu Catapultz Group Sdn Bhd yang beroperasi di Malaysia. Beliau mengasaskan Kumpulan Catapultz di Australia yang mengkhusus dalam penyelesaian SEO untuk perniagaan.

Robin juga seorang jurulatih terkemuka dalam bidang SEO dan mempunyai lebih 60 pelajar di bawah bimbingannya. Selain itu, beliau juga aktif melakukan talk di acara korporat untuk mendidik pelanggannya tentang kemunculan strategi pemasaran digital baru khususnya dalam bidang SEO.

Belaiu juga aktif melaluikan bengkel yang mengajar tentang asas-asas pemasaran dalam talian dan SEO. Dengan lebih daripada 7 tahun pengalamam dalam bidang pemasaran digital dan SEO, ia cukup menjadikan Robin Ooi sebagai pakar SEO hari ini.

#4: Zeo Unic (Azrizam Mansor)

Zeo Unic atau nama sebenar belaiu Azrizam Mansor adalah seorang “underground” internet marketer. Beliau adalah pakar SEO yang menjadi tulang belakang kepada beberapa jenama gergasi seperti Infokerjaya.

Azrizam Mansor merupakan pemilik blog Inspired Magz Solution. Blog ini pada awalnya hanyalah sebuah blog biasa tetapi akhirnya ia menjalankan lebih daripada 15 laman web dari bidang yang berbeza.

#5: Rosman Al-Qadri

Rosman Al-Qadri merupakan pakar SEO Malaysia yang kini bekerja sebagai Pengurus di syarikat pemasaran digital yang dikenali sebagaiI Bomstart.

#6: Azmi Dzaki

Azmi Dzaki juga merukapan seoang pakar SEO Malaysia. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia.

Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai Ketua Pemasaran Digital di sebuah syarikat pelancongan yang dikenali sebagai Tripfez selama satu tahun. Kini beliau bekerja di syarikat SeoSpecialist.my sebagai pakar perunding SEO.

#7: Adam Yong

Adam Yong merupakan seorang pakar SEO di Malaysia. Beliau mula berkecimpung dalam bidang SEO pada tahun 2005. Dalam perjalanan selama 18 tahun dalam bidang SEO, Adam Yong telah banyak melalui dan melihat banyak kemas kini algoritma seperti Google Panda, Penguin, Penguin, Hummingbird, dan Pigeon.

Adam Yong merupakan pengasas www.ajaxworkspace.com yang merupakan perisian pengurusan projek dalam talian dan alat kerjasama yang menawarkan pengurusan tugas dan perkongsian fail untuk kerja berpasukan. Beliau juga merupakan pemilik syarikat Adam SEO yang terletak do Mont Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Adam SEO ini menawarkan perkhidmatan SEO seperti Content Writing, Local SEO dan eCommerce SEO.

Kesimpulan

Untuk menjadi seorang pakar SEO, ia tidak bukanlah mudah seperti yang anda sangkakan. Secara jujurnya, perkembangan SEO di Malaysia masih lagi sangat baru berbanding dengan negara-negara maju seperti Singapura, Amerika Syarikat, Australia dan UK.

Oleh itu, sebagai seorang pemilik perniagaan yang menumpukan perhatian untuk memasarkan produk dan perkhidmatan anda secara atas talian, anda boleh mendapatkan bantuan daripada pakar SEO untuk melonjakkan website anda di Google, sekaligus, meningkatkan branding dan potensi mendapatkan jualan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *