Hostgator Malaysia Review: Ulasan Syarikat Web Hosting Hostgator (Terkini 2024)

hostgatormalaysia

Dalam dunia web hosting ini, salah satu platform penyedia hosting terkenal ialah Hostgator. Hostgator merupakan salah satu syarikat hosting terbesar dan paling terkenal di dunia. Ini kerana HostGator Malaysia telahpun berjaya menguruskan lebih daripada 10 juta domain di dalam industri web hosting ini. 

Asal Usul Hostgator 

Bagi anda yang ingin tahu, HostGator telah diasaskan pada tahun 2002 di Florida dan merupakan salah satu syarikat hosting terawal yang ditubuhkan. Walaupun begitu, kejayaan mereka mula terserlah pada tahun 2012 dalam kalangan syarikat web hosting yang lain. 

Ringkasan Kelebihan & Kekurangan Hostgator

Sepertimana syarikat web hosting yang lain, HostGator juga memiliki beberapa kelebihan dan juga kekurangan tersendiri. 

Kelebihan

  • Jaminan 99.99% Uptime: HostGator memberi jaminan tetap bagi kadar uptime sebanyak 99.99%. Jika anda mengalami downtime yang kurang daripada jaminan tersebut, anda akan terima kredit satu bulan dalam akaun anda.
  • Jaminan Pengembalian Wang: HostGator menawarkan jaminan pengembalian wang selama 45 hari. Ini berbeza dengan kebanyakan web hosting lain yang hanya menawarkan jaminan pengembalian wang selama 30 hari.
  • Tempoh bayaran yang fleksibel: Anda boleh pilih sama ada ingin lakukan pembayaran secara bulanan atau tahunan. Akan tetapi, pembayaran untuk jangka masa yang lebih lama adalah lebih murah.
  • Migrasi percuma: Migrasi percuma ditawarkan untuk semua akaun baru. Pasukan mereka bertanggungjawab untuk memindahkan laman web anda dari web hosting sebelumnya tanpa sebarang caj tambahan semasa pendaftaran 30 hari pertama.
  • Penawaran pelan menarik: Salah satu tarikan utama HostGator adalah jenis-jenis pelan yang ditawarkan. Sekiranya anda bernasib baik, anda boleh terima pelan terendah yang berharga $0.01 untuk sebulan dengan menggunakan kod diskaun yang disediakan. Ianya peluang yang baik jika anda ingin mencuba laman web anda terlebih dahulu.
  • Website Builder Mesra Pengguna: Bagi anda yang tiada kemahiran coding atau teknikal dalam pembinaan website, anda boleh cuba ciri website builder di dalam Hostgator. Mereka menyediakan website builder ini untuk memudahkan semua pengguna membina website dengan hanya tarik dan susun. Anda tak perlu lagi ada kemahiran coding dan teknikal untuk bina website.

Kekurangan

  • Tawaran ciri tambahan agresif: Anda perlu pastikan anda semak semula ciri tambahan yang ditawarkan semasa proses pendaftaran. Jika anda tak pasti anda perlukannya atau tidak, jangan tandakannya lagi. Anda boleh ambilnya semula sekiranya diperlukan kelak.
  • Harga bulanan yang tinggi: Ia tak dinafikan bahawa sekiranya anda nak langgan secara tahunan, harganya lebih murah. Akan tetapi, jika anda mengambil keputusan untuk melanggan secara bulanan, harganya akan menjadi sangat mahal. Namun, anda juga boleh dapatkan wang anda semula kerana jaminan pengembalian wang selama 45 hari yang mereka tawarkan.

Review Hostgator Malaysia

HostGator menawarkan pelbagai pelan hosting. Anda boleh pilih sama ada shared hosting, cloud hosting, VPS Hosting dan dedicated servers. Walaubagaimanapun, pelan utama yang ditawarkan adalah shared WordPress hosting dimana kebanyakan pengguna memulakan perjalanan pembinaan laman web mereka melalui platform WordPress. 

Setiap jenis hosting yang ditawarkan memiliki harga dan kos yang berbeza. Bagi yang baru ingin menceburi dalam pembinaan website anda, shared hosting adalah lebih sesuai bagi anda. 

Akan tetapi, sekiranya anda sudah ada website yang menjana trafik tinggi, dedicated hosting atau VPS hosting sangat sesuai untuk keperluan anda. 

Shared Hosting

Sama seperti syarikat web hosting yang lain, shared hosting merupakan pilihan utama pengguna oleh kerana harganya yang jauh lebih murah. Ini kerana shared hosting menggunakan konsep kongsi server dengan pengguna lain. Ianya seumpama anda membayar seorang sedikit supaya dapat menanggung kos pengurusan server yang tinggi. 

Shared hosting Hostgator terbahagi kepada 3 pelan popular. Antaranya ialah Pelan Hatchling, Pelan Baby, dan Pelan Business. Shared Hosting yang ditawarkan oleh HostGator adalah berbeza dari segi harga dan ciri tambahan yang diberikan. Ia bergantung kepada tempoh langganan dan jenis shared hosting yang anda pilih. 

Pelan terendah dan termurah dalam shared hosting HostGator adalah pelan hatchling manakala pelan Business merupakan pelan tertinggi dan lebih mahal.

Pelan Hatchling

Bagi pelan Hatchling ini, ianya ditawarkan pada harga $2.75 sebulan. Jumlah website yang boleh didaftarkan di bawah pelan ini hanyalah satu website. 

Setiap pendaftaran di bawah pelan ini anda berpeluang menerima nama domain percuma bagi tempoh setahun, sijil SSL percuma, pemindahan tanpa had, akaun emel percuma serta jaminan pengembalian wang selama 45 hari

Pelan ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak membina website tanpa ciri-ciri tambahan yang lain. 

Jadual di bawah menunjukkan tawaran harga yang berbeza mengikut tempoh langganan anda. 

1 Bulan12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$10.95$3.95 / bulan$3.45 / bulan$2.75 / bulan

Pelan Baby

Pelan kedua adalah pelan baby dimana ianya mempunyai tambahan ciri pengurusan website tanpa had berbanding dengan pelan hatchling yang hanya membenarkan 1 website. 

Kesemua ciri lain adalah hampir serupa dengan pelan biasa. Harga pengenalan bagi pelan ini ditawarkan pada $3.75 sebulan.

1 Bulan12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$11.95$5.00 / bulan$4.25 / bulan$3.75 / bulan

Pelan Business

Pelan shared hosting termahal pula adalah pelan Business. Pelan ini memiliki ciri yang sama dengan 2 pelan sebelum ini dan mempunyai 2 ciri tambahan lain iaitu Dedicated IP percuma dan naik taraf SSL Positif secara percuma

Penambahan ini menawarkan perlindungan maksimum terhadap pencerobohan data, kecurian maklumat pengguna, serta privasi data pengguna tersebut

Pelan ini bermula dari $5.25 sebulan. 

1 Bulan12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$16.95$7.25 / bulan$6.25 / bulan$5.25 / bulan

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan perbezaan ciri yang ditawarkan mengikut pelan tertentu, berikut saya kongsikan jadual ringkas harga bagi setiap pelan yang ditawarkan HostGator. 

WordPress Hosting

WordPress sekarang telah menjadi antara platform terbesar bagi blog dan website seluruh dunia. Oleh itu, HostGator juga menawarkan WordPress hosting yang khusus buat website yang menggunakan WordPress sebagai platform website mereka. 

Antara kelebihan utama wordpress hosting berbanding jenis hosting lain adalah mereka memberi tumpuan pada jumlah website yang kecil. Dengan cara ini, kelajuan website tersebut akan sentiasa terjamin dan dijaga. 

Bukan itu saja, pelan wordpress hosting memberi tumpuan pada jumlah pelawat dan trafik website anda. Ianya sesuai untuk mereka yang memiliki jumlah trafik yang tinggi ke website mereka dan inginkan pelan hosting yang boleh menampung jumlah trafik tersebut. 

WordPress Hosting menawarkan 3 pelan berbeza iaitu Starter, Standard dan Business. Ketiga-tiga pelan ini berbeza dari segi harga dan jumlah website yang mereka tampung. 

Harga yang ditawarkan adalah serendah $5.95 sebulan dan meningkat sehingga $27.95 sebulan mengikut tempoh langganan yang anda ambil. 

Pelan Starter

Pelan ini merupakan pelan termurah yang ditawarkan pada serendah $5.95 sebulan. Jumlah trafik dihadkan kepada 100k pengunjung sebulan dan hanya untuk satu website. 

Selain itu, mereka juga menawarkan ciri tambahan yang sama iaitu nama domain percuma, akaun emel percuma, SSL percuma, pemindahan tanpa had dan akaun emel percuma

Pelan Starter ini sesuai untuk mereka yang mempunyai 1 website WordPress dan jumlah trafik sehingga 100k sebulan.

1 Bulan12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$10.95$3.95 / bulan$3.45 / bulan$2.75 / bulan

Pelan Standard

Pelan Standard ini tidak mempunyai banyak perbezaan. Ia menawarkan jumlah trafik sehingga 200k dan pengurusan bagi 2 website. Lain-lain ciri tambahan adalah lebih kurang sama dengan pelan Starter. 

Pelan ini ditawarkan pada $7.95 sebulan.

1 Bulan12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$10.95$3.95 / bulan$3.45 / bulan$2.75 / bulan

Pelan Business

Bagi anda yang memiliki maksimum 3 website, anda boleh lah pilih pelan Business bagi memenuhi permintaan website anda. Pelan ini menawarkan sehingga 3 website dan jumlah trafik sebanyak 500k sebulan. 

Ianya sesuai untuk mereka yang menjana trafik yang tinggi setiap bulan. Harganya juga lebih mahal dari pelan biasa dimana ditawarkan pada $9.95 sebulan. 

Ciri-ciri yang disediakan adalah sama dengan Pelan Starter dan Standard. Berikut adalah harga pelan Business mengikut tempoh langganan anda.

1 Bulan12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$27.95$11.95 / bulan$10.95 / bulan$9.95 / bulan

Kesemua ciri dalam pelan WordPress Hosting adalah sama. Hanya harga dan had jumlah trafik sebulan yang membezakan antara ketiga-tiga hosting tersebut. 

Di bawah ini sebagai panduan untuk anda bagi melihat perbandingan setiap pelan WordPress hosting Hostgator.

Cloud Hosting

Cloud Hosting mempunyai kelebihannya yang tersendiri berbanding dengan shared hosting. Antara kelebihannya adalah struktur harga yang lebih fleksibel. 

Ini bermaksud anda hanya bayar apa yang anda gunakan. Website anda juga akan menjadi lebih pantas dari segi uptime, kelajuan dan prestasi keseluruhan. 

Cloud hosting sesuai untuk website yang memiliki jumlah trafik yang tidak sekata. Ini kerana dalam keadaan trafik meningkat secara mendadak, anda boleh mengubah skala trafik anda menjadi lebih besar tanpa perlu menaik taraf pelan anda. 

Hostgator menawarkan 3 jenis pelan cloud hosting. Antaranya adalah Hatchling cloud, baby cloud dan business cloud. 

Pelan terendah berharga $4.95 sebulan manakala pelan tertinggi ditawarkan pada $9.95 sebulan. Di bawah adalah jadual ringkas pelan cloud hosting yang ditawarkan.

VPS Hosting

Virtual Private Server (VPS) adalah server khusus yang disediakan untuk website anda. Ia bermakna setiap ciri dan alatan server anda hanya digunakan khas untuk website anda tanpa perkongsian sepertimana yang dilakukan oleh shared hosting. 

HostGator menawarkan 3 pelan VPS. Antaranya adalah Snappy 2000, Snappy 4000 dan Snappy 4000. 

Pelan termurah bermula dari $19.95 sebulan dan ditawarkan pada $39.95 sebulan bagi pelan VPS tertinggi. 

VPS Hosting ini amat sesuai untuk anda yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknikal mencukupi dan juga sekiranya shared hosting sudah tak sesuai digunakan untuk website anda yang semakin berkembang. 

Jadual di bawah menunjukkan perbandingan ringkas antara 3 jenis pelan VPS mengikut harga dan ciri yang ditawarkan.

Dedicated Hosting

Dedicated Hosting merupakan satu jenis hosting yang termahal ditawarkan oleh mana-mana penyedia hosting terkenal. Ini kerana anda akan menyewa seluruh server fizikal tanpa berkongsi dengan sesiapa pun. Semua kos pengurusan server tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh anda. 

Dedicated hosting ini selalunya dipilih oleh mereka yang mempunyai website yang besar dengan jumlah trafik yang mencecah ratusan ribu pengunjung setiap hari. 

Harga pelan dedicated hosting yang ditawarkan oleh HostGator bermula dari $89.98 sehinggalah $139.99 sebulan. Perbezaan harga tersebut hanyalah pada saiz simpanan data, jenis simpanan yang digunakan (HDD atau SSD), saiz RAM, dan kelajuan pemindahan data.

HostGator memberikan sehingga 3 dedicated alamat IP untuk kegunaan website anda. Walaupun anda yang kawalan sepenuhnya ke atas server dedicated hosting ini dari segi penggunaan teknikal, anda tak perlu risau akan keselamatan website anda. 

Ini kerana HostGator juga memberikan perlindungan daripada serangan penggodam melalui ciri Perlindungan DDoS mereka. 

Oleh itu, bagi anda yang memerlukan satu web hosting yang boleh menampung keperluan website anda, Dedicated Hosting sangatlah mencukupi untuk website anda. 

Kelebihan utama daripada Dedicated Hosting ini adalah anda dapat membina website anda mengikut kehendak dan matlamat anda yang digabung dengan kelajuan prestasi, simpanan data yang tinggi dan keselamatan website yang terjamin.  

Jadual di bawah menunjukkan harga setiap pelan Dedicated Hosting yang ditawarkan mengikut ciri dan harga yang berbeza.

Perkara Penting Yang Perlu Dilihat Dalam Memilih Web Hosting. 

Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih mana-mana pelan web hosting, anda perlu menilai beberapa ciri dan fungsi penting yang ditawarkan oleh syarikat hosting. 

Antaranya adalah jaminan uptime, kelajuan, jaminan pulangan wang, cara pembayaran yang diterima, percuma sijil SSL dan khidmat bantuan pelanggan yang disediakan. 

Kesemua ciri ini memainkan peranan penting dalam menentukan prestasi keseluruhan website anda. Website yang berprestasi tinggi dapat meningkatkan kepuasan pelanggan anda. 

Oleh itu, berikut adalah penjelasan bagi setiap ciri yang anda perlu lihat sebelum memilih web hosting pilihan anda.

1. Jaminan Uptime 99.99%

Uptime merupakan tempoh website anda dipaparkan tanpa sebarang gangguan. Kadar uptime kebiasaannya dinilai dalam tempoh setahun website tersebut dimuat naik dan dilancarkan untuk kunjungan umum. 

Sebagai contoh dalam masa setahun, server bagi website anda hanya akan ditutup selama sejam dalam masa setahun untuk tujuan servis atau gangguan berlaku dalam masa sejam berikut dalam setahun. Tempoh website anda tidak dipaparkan ini dipanggil sebagai downtime. 

Jadi, keseluruhan kadar Uptime website anda menjadi 99.99% dalam masa setahun terima kasih kepada kadar downtime yang rendah. Hostgator memberi jaminan uptime yang tinggi iaitu sebanyak 99.99%. 

Mereka juga mengatakan jika mereka akan mengembalikan wang anda dalam masa 45 hari jika kadar uptime tidak menepati apa yang telah dijanjikan. 

2. Kelajuan (Speed)

Kelajuan website bergantung kepada jenis pelan hosting yang anda ambil. Kelajuan hosting yang tinggi akan memerlukan masa yang lebih singkat untuk memaparkan keseluruhan kandungan website anda. 

Kajian telah menunjukkan bahawa kelajuan yang lambat walaupun satu saat memberi impak yang besar terhadap kepuasan pengunjung dan jualan tahunan anda. 

Hostgator memberi jaminan kelajuan yang pantas bagi semua pelan hosting mereka. Akan tetapi, anda juga perlu ingat bahawa pelan shared hosting iaitu pelan termurah berbanding pelan WordPress hosting, VPS dan dedicated hosting dikongsi bersama ramai pengguna. 

Kelajuan website anda mungkin akan terkesan daripada kesesakan trafik oleh pengguna yang lain. Cara untuk anda mengetahui kelajuan website anda adalah dengan melayari https://tools.pingdom.com/ dan masukkan pautan website anda untuk mulakan ujian. 

3. Jaminan Pulangan Wang

Apa yang menarik tentang HostGator adalah mereka menawarkan jaminan pulangan wang selama 45 hari. Ianya lebih lama berbanding dengan jaminan yang diberikan oleh syarikat penyedia hosting lain iaitu hanya jaminan 30 hari. 

Jaminan ini memberi peluang kepada pengguna baru terutamanya yang masih ingin menguji prestasi web hosting ini bagi website mereka. 

4. Cara Pembayaran

HostGator menawarkan kaedah pembayaran yang mudah iaitu sama ada menggunakan kad kredit, kad debit, paypal, dan pemindahan bank. 

Kepelbagaian kaedah pembayaran ini memudahkan pengguna untuk membayar mengikut keselesaan pembayaran masing-masing.

5. Sijil SSL 

Pernah tak anda terfikir apa yang membezakan antara http dan https? Https sebenarnya menggunakan SSL yang bertujuan untuk melindungi data privasi dan juga maklumat anda daripada digodam. 

Segala transaksi yang dilakukan oleh pengunjung di website anda juga dilindungi tanpa sebarang gangguan. Setiap pelan yang didaftarkan bersama HostGator akan diberikan SSL percuma. 

Tak kiralah sama ada pelan tersebut pelan paling murah atau paling mahal, HostGator mengambil berat akan penggunanya dengan memberikan SSL percuma untuk website anda.

6. Bantuan Pelanggan

Sekiranya anda berhadapan dengan masalah yang tidak diingini, HostGator juga menyediakan khidmat bantuan untuk membantu anda menyelesaikan segala permasalahan berkaitan web hosting anda. 

Bantuan yang disediakan adalah dari segi panggilan telefon, live chat, sosial media menerusi Twitter dan forum. Bantuan tersebut juga diberikan selama 24/7/365. 

Perbandingan penting antara HostGator dan web hosting terkenal lain

Walaupun HostGator menawarkan pelan hosting yang sudah cukup untuk keperluan website anda, anda juga dinasihatkan supaya membuat perbandingan dengan web hosting yang lain supaya web hosting yang anda pilih bersesuaian dengan keperluan website anda. 

Oleh itu, berikut saya senaraikan beberapa perbandingan penting antara HostGator dengan penyedia web hosting yang lain.

Hostgator vs Bluehost

Walaupun Bluehost merupakan web hosting terkenal, uptime dan kelajuan yang disediakan adalah lebih kurang sama dengan HostGator. 

Yang menjadi perbezaan utama antara HostGator dengan Bluehost adalah harganya yang lebih murah berbanding dengan Bluehost. 

Hostgator vs Exabytes

Perbezaan ketara antara Hostgator dengan Exabytes adalah lokasi pusat data. Pusat data utama bagi HostGator berada di Amerika Syarikat. Manakala salah satu daripada pusat data Exabytes terletak di Kuala Lumpur yang seterusnya mengelakkan daripada sebarang latency (kependaman) yang tak diingini yang memberi kesan kepada website anda. Exabytes sangat sesuai jika sasaran pelawat website anda dari Malaysia.

Akan tetapi, isu pusat data tersebut boleh diperbaiki sekiranya anda menggunakan Cloudflare (CDN) yang seterusnya menggunakan server dari Asia. 

Hostgator vs Hostinger

Kedua-dua HostGator dan Hostinger sebenarnya antara penyedia web hosting yang harga patut yang popular di seluruh dunia. 

HostGator menawarkan had simpanan dan had pemindahan tanpa had. Manakala Hostinger memiliki had tertentu bagi simpanan dan pemindahan mereka. 

Akan tetapi, harga Hostinger sebenarnya lebih murah berbanding dengan HostGator. 

Hostgator vs Shinjiru Malaysia

Sama seperti Exabytes, pusat data Shinjiru adalah di Malaysia. Jadi, sekiranya anda inginkan trafik dan pengunjung dari Malaysia sendiri, HostGator mungkin kurang sesuai untuk anda. 

Namun begitu, sekiranya anda menyasarkan pengunjung dari seluruh dunia, HostGator adalah pilihan yang lebih sesuai untuk website anda.

Kenapa HostGator Menjadi Pilihan Ramai?

Kesimpulannya, HostGator memberi jaminan prestasi yang tinggi dan sekiranya anda tak berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka sediakan, anda juga boleh ambil peluang ke atas jaminan pengembalian wang 45 hari mereka. 

Jika anda masih tidak pasti pelan mana yang sesuai untuk website anda, mulakan dengan pelan yang terendah dahulu. Anda boleh naik taraf pelan selepas website anda menerima jumlah trafik yang semakin tinggi. 

Semoga perkongsian kali ini membantu anda dalam memilih Hostgator sebagai web hosting.