Shinjiru Malaysia Review: Ulasan Syarikat Web Hosting Shinjiru (Terkini 2024)

Jika anda mencari web hosting dari Malaysia, Shinjiru adalah jawapannya. Shinjiru Malaysia merupakan syarikat web hosting yang berasal dari Malaysia. Syarikat ini memulakan operasi pada tahun 1998.  

Dengan lebih 20 tahun pengalaman, syarikat web hosting ini telah memberikan servis hosting kepada banyak syarikat besar di Malaysia seperti Pos Malaysia, Etiqa Takaful, Genting, Habib, UMW, Malaysia Airport, Maxis dan Universiti Malaya. 

Artikel ini dibawakan khas oleh Clarini Online Marketing, sebuah syarikat pemasaran digital di Malaysia yang menawarkan 100% servis SEO.

Apa itu Shinjiru?

Shinjiru bernaung di bawah syarikat bernama Shinjiru Technology Sdn Bhd. Ia merupakan syarikat berkenaan IT yang menyediakan web hosting, nama domain, platform cloud, dedicated server, Microsoft hosting dan juga web sekuriti. 

Kelebihan dan Kekurangan Shinjiru Malaysia

Sebelum saya ulas berkenaan Shinjiru Web Hosting dengan lebih mendalam, di bawah ini saya ringkaskan kelebihan dan kekurangan web hosting Shinjiru Malaysia. 

Kelebihan

  • 3 bulan jaminan pulangan wang
  • Bantuan pelanggan 24/7
  • SSL percuma
  • Akaun email percuma
  • Data backup percuma
  • 99.99% jaminan uptime
  • Pusat data di Kuala Lumpur & Cyberjaya (sesuai untuk target pelanggan anda di Malaysia)
  • Pindahan percuma dari hosting lama ke Shinjiru 

Kekurangan

  • Pusat data terhad di Malaysia. Tidak sesuai untuk target pelanggan selain Malaysia dan negara jiran.

Shinjiru Malaysia Review

Ulasan lanjut berkenaan syarikat webhosting Malaysia ini akan disentuh dari beberapa aspek penting yang perlu untuk prestasi optimum website anda. Antaranya uptime, pelan dan harga, bantuan pelanggan dan jaminan pulangan wang. 

Uptime

Dari segi uptime website, Shinjiru menjanjikan jaminan 99.99% uptime. Ini bermakna tempoh web anda tidak dapat diakses hanya 1%. Kadar in sangat boleh diterima dan setaraf dengan penyedia hosting yang ternama. 

Pelan dan Harga

Shinjiru Malaysia menyediakan Shared Hosting, Virtual Private Server (VPS) dan juga dedicated server hosting

Shared Hosting

Shinjiru shared hosting terbahagi kepada 3 jenis iaitu:-

  1. Eco Web Hosting
  2. Business Web Hosting 
  3. WordPress Hosting

Pelan Eco Web Hosting 

Berikut merupakan pelan web hosting di bawah Eco Web Hosting. 

Anda boleh memilih salah satu dari pelan mampu milik yang disediakan Shinjiru Malaysia. Pelan Eco Web Hosting Shinjiru ini menawarkan 40% diskaun sekiranya anda melanggan selama 2 tahun dan 30% diskaun sekiranya anda melanggan selama 1 tahun. 

Shinjiru memberikan ultra fast solid state drive (SSD), pindahan data tanpa had, email akaun tanpa had, pemasangan dengan 1 klik, control panel jenis CPanel, SSL percuma, 3 bulan jaminan pulangan wang  dan backup data percuma untuk kesemua pelan eco web hosting. 

Sekiranya anda hanya ingin membina 1 website, pelan eco startup sudah mencukupi. Simpanan data 10gb SSD sudah cukup untuk website anda yang masih baru. 

Jika anda seorang web developer, sudah semestinya memerlukan storan yang lebih besar dengan pembinaan website yang banyak. Pelan eco ultimate memperuntukkan 50 website untuk anda dengan storan 500gb. 

Pelan Business Web Hosting

Berikut merupakan pelan business web hosting yang disediakan Shinjiru. 

Di bawah pelan business web hosting anda akan menerima nama domain percuma, SSL percuma serta laporan SEO percuma. 

Shinjiru turut memberikan bandwidth tanpa had, akaun email tanpa had, teknologi Litespeed yang 20x lebih laju dari eco web hosting. Di samping itu, kesemua pelan di bawah business web hosting turut menerima perlindungan anti-spam serta anti-hacking.

Pelan WordPress Hosting

Shinjiru Malaysia menyediakan managed WordPress hosting dengan teknologi LSCache dan Litespeed. Teknologi ini membuatkan muat naik website anda sangat laju berbanding Apache ataupun Nginx. 

Di bawah ini merupakan pelan yang ditawarkan  bagi Shinjiru WordPress Hosting. 

Shinjiru Malaysia menawarkan SSL percuma, nama domain percuma, perlindungan anti-spam dan juga anti-hacking. Selain itu, anda akan dapat akaun email tanpa had dan bandwidth tanpa had kecuali untuk pelan WP Startup. 

Harga pelan yang murah anda akan dapat sekiranya melanggan untuk tempoh yang panjang seperti 36 bulan. Shinjiru turut memberi peluang untuk anda melanggan selama  1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, 12 bulan ataupun 24 bulan. 

Shinjiru juga memberikan automatik backup percuma. Jadi anda tak lagi bimbang dengan masalah kehilangan data. 

VPS

Untuk VPS hosting, Shinjiru menyediakan 4 VPS hosting dengan simpanan jenis solid state drive. Ini adalah VPS hosting yang disediakan Shinjiru Malaysia:-

  1. VPS SSD – Forex VPS
  2. VPS SSD – Linux KVM
  3. VPS SSD – Linux OpenVZ
  4. VPS SSD – Windows KVM

Pusat data VPS Shinjiru terletak di Cyberjaya dan juga Kuala Lumpur. 

Jika anda memerlukan server peribadi sendiri dan target pelanggan di Malaysia, anda boleh cuba VPS Shinjiru ini. 

Harga VPS bermula dari serendah RM19.53 sebulan selepas 30% diskaun untuk VPS SSD – Linux KVM. 

Dedicated Server 

Shinjiru menawarkan 2 jenis servis khusus atau dedicated server kepada pelanggan mereka. 

  1. Dedicated Server Linux
  2. Dedicated Server Windows

Dedicated server Shinjiru menjanjikan 99.9% uptime dengan bantuan pelanggan yang sentiasa bersedia 24 jam. 

Anda boleh memilih dari 9 pelan untuk dedicated server linux atau dedicated server Windows. Harga di bawah server Linux dan Windows ini bermula dari RM269.90 sebulan. 

Email Hosting

Bagi email hosting, Shinjiru menggunakan Dynamail dan juga Microsoft Exchange. Email hosting ini menjanjikan 99.99% email uptime. 

Dynamail 

Anda boleh menggunakan khidmat email hosting Shinjiru dengan pelan serendah RM2.90 setiap bulan bagi setiap pengguna. 

Terdapat 2 pelan email hosting Shinjiru. Pelan Dynamail Pro menawarkan 2GB simpanan untuk setiap pengguna. 

Pelan Dynamail Premium pula menawarkan 20GB simpanan untuk setiap pengguna. Selain itu, anda juga menerima pindahan data tanpa had, percuma SSL, anti-spam dan juga anti-virus. 

Dengan menggunakan khidmat email hosting Shinjiru anda boleh berkongsi kalendar, fail, tugasan dan juga senarai kontak.

Anda juga tidak perlu bimbang IP disenarai hitam kerana Dynamail menggunakan teknologi yang mampu mengelakkan alamat IP anda dari diblock.

Microsoft Exchange

Email hosting seterusnya yang ditawarkan Shinjiru Malaysia adalah Microsoft Exchange yang berasaskan cloud. Dengan menggunakan server Dell, ini adalah Microsoft Exchange pertama yang berpengkalan data di Malaysia.

Anda boleh memilih salah satu dari 3 pelan email hosting yang ditawarkan. Setiap pelan ini berasaskan cloud dan berbeza hosting. 

Antaranya hosting dalam pelan ini adalah G Cloud, Microsoft cloud dan juga Shinjiru cloud. Pelan paling murah adalah pelan Microsoft Basic Hosted Exchange di bawah Shinjiru cloud yang berharga RM7.12 sebulan. 

Microsoft Hosting

Bagi Microsoft hosting, terdapat 4 jenis yang ditawarkan Shinjiru. 

  1. Microsoft cloud
  2. Microsoft exchange (sama seperti pelan email hosting di atas)
  3. Microsoft Sharepoint
  4. Microsoft Skype

Microsoft Cloud

Bekerjasama dengan Microsoft Cloud, Shinjiru mampu menguruskan keseluruhan berkaitan Microsoft Cloud dan memberikan bantuan kepada pelanggan. 

Dengan menggunakan servis  Managed Microsoft Azure Cloud Hosting dari Shinjiru ini, anda boleh fokus dengan perniagaan dan pada masa yang sama mempunyai kawalan dengan hosting anda. 

4 jenis pelan untuk pilihan anda dari serendah RM1920 setahun. Semakin tinggi processor, storan dan RAM, maka harga semakin mahal. 

Microsoft Sharepoint

Microsoft Sharepoint sesuai untuk organisasi yang besar. Dengan storan yang besar, fail juga boleh dikongsi dengan selamat melalui sharepoint. Ianya memudahkan anda untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dalam sesebuah organisasi. 

Microsoft Skype

Shinjiru turut menyediakan platform untuk online meeting dengan menggunakan  Microsoft Skype. Ia memudahkan lagi perniagaan anda berinteraksi dengan lebih efisien dan efektif. 

Bantuan Pelanggan

Shinjiru menyediakan bantuan khidmat pelanggan setiap masa (24 jam). Jika anda ada sebarang masalah teknikal atau apa saja pertanyaan berkenaan web hosting, anda boleh menghubungi mereka melalui telefon, Telegram, online tiket ataupun email. Konsultan dan pakar teknikal mereka sedia untuk membantu anda.

Selain itu, anda boleh mencari solusi masalah anda dengan membaca knowledge base yang disediakan Shinjiru Malaysia. 

Anda juga boleh datang terus ke pejabat mereka di Taman Desa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Pusat Data 

2 lokasi pusat data Shinjiru Malaysia adalah di Menara AIMS, Kuala Lumpur dan CX2, Cyberjaya. 

Sekiranya perniagaan anda berteraskan pelanggan di Malaysia, web hosting Shinjiru amat sesuai untuk website anda dengan lokasi pusat datanya di Malaysia.

Jaminan Pulangan Wang

Dengan melanggan mana-mana pelan Shared Hosting Shinjiru anda akan dapat 3 bulan jaminan pulangan wang. 

Tempoh jaminan pulangan wang yang agak panjang ini membolehkan anda benar-benar merasai pengalaman menggunakan web hosting Shinjiru Malaysia. 

Sekiranya dalam tempoh ini anda merasa tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka, anda boleh menamatkan langganan dan mereka akan mengembalikan wang anda. 

Anda juga tidak tertakluk dengan apa-apa kontrak sekiranya melanggan Shared Hosting Shinjiru. 

Mudah Digunakan

Shinjiru menggunakan paparan control panel jenis CPanel yang tidak asing lagi di kalangan pembina website dan mudah untuk digunakan.

Bagi anda yang masih baru, anda tidak perlu bimbang kerana CPanel sangat mesra pengguna walaupun anda tidak mempunyai pengalaman membina website sebelum ini. 

Kesimpulan

Web hosting Shinjiru Malaysia sudah menyediakan fasiliti yang lengkap dan cukup untuk anda memulakan website. Dengan mengenakan harga dalam Ringgit Malaysia, caj yang dikenakan juga agak berpatutan. Anda boleh memilih pelan web hosting dengan harga yang rendah terlebih dahulu. Selepas website anda menerima trafik yang banyak, anda boleh naik taraf pelan anda.