Senarai 8 Penyedia VPS Malaysia Hosting Terbaik Untuk Tahun 2021

VPS Malaysia hosting merupakan salah satu hosting yang semakin menjadi keperluan ramai. Untuk itu, dalam perkongsian kali ini, saya kongsikan 8 syarikat hosting yang menyediakan perkhidmatan VPS hosting bagi pengguna di Malaysia. 

Bertukar ke Virtual Private Server (VPS) boleh membantu meningkatkan prestasi website anda jika sekarang ini anda menggunakan shared hosting. 

8 Penyedia VPS Malaysia Hosting Terbaik

Ada banyak syarikat penyedia VPS hosting. Berikut adalah 8 syarikat hosting terbaik yang menyediakan VPS hosting untuk anda pilih:

  1. InMotion
  2. A2 Hosting
  3. Bluehost
  4. VPS Malaysia 
  5. Hostinger
  6. GreenGeeks
  7. Hostgator
  8. Namecheap

Di bawah ini ulasan dengan lebih mendalam tentang VPS Malaysia hosting.

InMotion

InMotion menawarkan pelan VPS hosting dengan ciri yang terbaik untuk laman web e-dagang. Pelan yang ditawarkan untuk VPS hosting terbahagi kepada dua iaitu Unmanaged Cloud VPS Hosting dan juga Managed VPS Hosting, yang mana kedua-duanya dikuasakan oleh server Linux SSD

Pelan untuk Managed VPS Hosting bermula daripada harga serendah $22.99 setiap bulan manakala Unmanaged Cloud VPS pula dari $5 setiap bulan. 

Kebanyakan manfaat pelan VPS Malaysia hosting dapat dinikmati melalui Managed VPS yang telah pun dioptimumkan sistemnya untuk laman web e-dagang. 

Didatangkan dalam semua pelan yang ditawarkan:

  • Pemindahan laman web percuma: Pemindahan website percuma dengan pantas menggunakan Launch Assist. 
  • Resource Monitoring Dashboard: Visual yang memaparkan RAM server, bandwidth disk  dan juga load usage.
  • Ketersediaan servers yang tinggi
  • Dioptimumkan untuk e-dagang: Terima perlindungan melalui server yang telah dioptimumkan untuk e-dagang kerana mematuhi PCI ataupun Payment Card Industry Data Security Standard. 
  • Perlindungan DDoS dan juga SSH.
  • Snapshot server
  • Dilindungi selama 24/7/365

Kelebihan VPS Hosting daripada InMotion

  • Sokongan pelanggan 24/7: Perkhidmatan layanan pelanggan yang diberikan adalah sepanjang masa melalui pelbagai jenis saluran seperti telefon, live chat, sistem tiket dan juga Skype chat.
  • Jaminan pulangan wang dalam tempoh 30 hari (untuk langganan bulanan) dan 90 hari (untuk langganan sekurang-kurangnya 6 bulan)
  • SSL peribadi dan juga snapshot berjadual secara percuma
  • Pengurusan server dan juga kemaskini keselamatan
  • Pemasangan software dengan pantas secara automatik 

Kekurangan VPS Hosting daripada InMotion

  • Kekurangan InMotion adalah dari segi kualiti khidmat layanan pelanggan yang diberikan untuk hampir kesemua saluran. Sekiranya anda memerlukan bantuan, cara yang terbaik adalah melalui live chat

A2 Hosting

A2 Hosting ialah salah satu VPS Malaysia hosting yang tidak begitu terkenal berbanding yang lain. Namun, itu tidak bermakna perkhidmatan yang ditawarkan tidak menarik. 

Kelajuan hosting mereka cukup memuaskan hati, layanan pelanggan yang mesra, dengan pelbagai fungsi keselamatan. Tak cukup dengan itu, mereka juga adalah salah sebuah syarikat hosting yang menitikberatkan alam sekitar. 

Mengenai pelan yang ditawarkan, sama seperti InMotion, A2 Hosting turut menawarkan dua jenis pakej VPS hosting iaitu Unmanaged VPS dan juga Managed VPS. 

Managed VPS dengan harga yang bermula daripada $33.99 setiap bulan adalah pakej VPS yang menjadi pilihan ramai. 

Segala infrastruktur server (hardware, core server software, network, konfigurasi keselamatan, kemaskini/patches, sokongan bagi troubleshooting) dijaga dengan rapi oleh A2 Hosting untuk pakej ini.

Manakala, Unmanaged VPS pula yang ditawarkan dalam harga bermula daripada $4.99 setiap bulan adalah pakej yang sempurna untuk pengguna dengan kepakaran tinggi yang ingin menguruskan server sendiri.

Kelebihan VPS Hosting daripada A2 Hosting

  • Jaminan pemulangan wang pada bila-bila masa: Anda boleh mendapatkan pemulangan wang sepenuhnya dalam 30 hari pertama selepas mendaftar akaun. Untuk masa lebih daripada 30 hari pula, jumlah wang dipulangkan akan dikira secara prorata.
  • Sokongan pelanggan yang responsif: Sokongan pelanggan mereka mendapat review yang baik daripada ramai pengguna.
  • Server dengan ciri keselamatan yang tinggi: Website anda selamat secara fizikal dan juga digital kerana A2 Hosting menitikberatkan ciri keselamatan server mereka. 

Kekurangan VPS Hosting daripada A2 Hosting

  • Proses pendaftaran yang agak sukar: Homepage A2 Hosting terlalu padat dan informasi tentang harga juga tidak dapat dicari dengan mudah. 
  • Uptime yang tidak setinggi beberapa hosting lain: Kalau dibandingkan dengan hosting lain seperti HostGator dan Bluehost, waktu uptime A2 Hosting adalah lebih rendah. 

Bluehost

Bluehost merupakan salah satu syarikat yang menawarkan VPS hosting dengan ciri yang paling lengkap. Yang menariknya, sekiranya anda masih belum ada nama domain, Bluehost adalah satu-satunya syarikat yang memberikan satu nama domain secara percuma, sepanjang anda melanggan dengan mereka.

Secara umumnya, Bluehost menawarkan tiga pelan berbeza untuk VPS hosting iaitu Standard yang bermula daripada $18.99 setiap bulan, Enhanced dari $29.99 setiap bulan dan Ultimate dari $59.99 setiap bulan. 

Masing-masing memiliki ciri-ciri seperti yang berikut:

  • Ketersediaan yang pantas
  • Solid-State Drives (SSDs) percuma
  • RAM dari 2-8 GB
  • Sistem Operasi berkuasa tinggi CentOS
  • Multi-Server dan juga File Management
  • Sumber yang terjamin dan dinamik
  • Pilihan 2-4 Core
  • 1-2 Alamat IP 
  • Akses cPanel dan Root
  • Sokongan 24/7

Kelebihan VPS Hosting daripada Bluehost

  • Uptime yang tinggi: Berdasarkan perkongsian yang dibuat oleh Website Builder Expert, tempoh uptime Bluehost adalah 99.98%. 
  • Domain percuma: Satu nama domain diberikan secara percuma sepajang anda melanggan dengan Bluehost. 

Kekurangan VPS Hosting daripada Bluehost

  • Harga pelan yang tinggi: Pelan yang ditawarkan agak mahal terutamanya untuk pelan dengan spesifikasi yang tinggi. 
  • Hanya satu IP address. 

VPS Malaysia

Ditubuhkan pada tahun 2012, VPS Malaysia adalah salah satu penyedia web hosting tempatan yang kian mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Walaupun dinamakan VPS Malaysia, sebenarnya ada banyak lagi produk lain yang ditawarkan mereka selain daripada VPS iaitu shared hosting dan juga dedicated server. 

Mengenai VPS Malaysia hosting, berikut adalah pakej yang ditawarkan VPS Malaysia:

Penyedia VPS Malaysia tempatan dengan pangkalan data yang terletak di CX2, Cyberjaya, ini menjanjikan tempoh uptime yang tinggi iaitu 99.9%. 

Server mereka dikuasakan oleh SSD yang 10 kali ganda lebih pantas daripada HDD. Pakej untuk pelan Windows VPS, Linux OpenVZ VPS dan juga cPanel VPS bermula dari serendah RM29 setiap bulan. 

Kelebihan VPS Hosting daripada VPS Malaysia

  • Sistem sokongan pelanggan 24/7 yang efisien (telefon, sistem tiket dan live chat)
  • Storan SSD yang pantas
  • One-click installer
  • Kepelbagaian pelan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian projek

Kekurangan VPS Hosting daripada VPS Malaysia

  • Tiada domain percuma

Hostinger

Untuk pelan yang boleh dikatakan paling murah kalau dilihat dari sudut spesifikasi yang ditawarkan, anda boleh pertimbangkan Hostinger. Pelan termurah iaitu dari harga serendah $9.95 setiap bulan lengkap dengan ciri yang menarik seperti backup percuma, alamat dedicated IP tanpa had dan juga sebuah nama domain secara percuma. 

Hostinger sebenarnya terkenal dengan pakej mereka yang murah namun dalam masa yang sama memiliki pelbagai ciri yang menarik. 

Pakej VPS hosting mereka adalah Semi-Managed Hosting, yang mana anda hanya perlu menguruskan perkara berkaitan sebalik tabir website, dan segalanya berkaitan server pula diuruskan oleh Hostinger. 

Kelebihan VPS Hosting daripada Hostinger

  • Jaminan pemulangan wang dalam masa 30 hari
  • Panel kawalan yang mesra pengguna
  • Akses root sepenuhnya
  • Pakej termurahnya iaitu VPS 1 memiliki pelbagai ciri penting bagi VPS hosting dalam harga yang rendah, namun terhad dari segi RAM dan juga storan

Kekurangan VPS Hosting daripada Hostinger

  • Peratusan uptime yang rendah atau tidak konsisten: Berdasarkan kajian yang dibuat oleh laman web Website Setup, tempoh uptime Hostinger dapat dikalahkan oleh banyak lagi penyedia hosting yang lain dengan peratusan uptime secara puratanya sebanyak 99.74% dan tempoh downtime mencecah 23 jam untuk tahun lalu. 
  • Tiada sokongan melalui saluran telefon: Mereka tidak menawarkan sistem sokongan melalui panggilan telefon.

GreenGeeks

GreenGeeks menawarkan tiga pilihan untuk pelan VPS hosting bermula daripada $39.95 setiap bulan hinggalah kepada $109.95 setiap bulan.

Ciri-ciri yang membezakan ketiga-tiga pelan ini adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

  • RAM (2 GB, 4 GB, 8 GB)
  • vCPU (4 untuk dua pelan termurah dan 6 untuk pelan tertinggi)
  • Saiz storan SSD (50 GB, 75 GB, 150 GB)

Kesemua pelan dilengkapi dengan kesemua ciri yang dinyatakan di bawah:

  • Pemindahan 10 TB
  • cPanel
  • SSL certificate percuma
  • Pemindahan laman web percuma
  • Lesen Softaculous percuma
  • Sokongan yang diuruskan oleh GreenGeeks
  • Dedicated IP

Kelebihan VPS Hosting daripada GreenGeeks

  • GreenGeeks menawarkan peratusan uptime yang tinggi iaitu 99.98% berdasarkan ujian yang telah dijalankan oleh Hosting Facts.
  • Mereka turut menawarkan bandwidth yang tinggi iaitu 10TB untuk kesemua pelan yang ada.
  • RAM setinggi 8GB disediakan bagi pelan dengan spesifikasi yang tertinggi. 
  • 300% hosting mesra alam: Dikuasakan menggunakan satu-satunya infrastruktur hosting dengan tenaga yang boleh diperbaharui. 

Kekurangan VPS Hosting daripada GreenGeeks

  • Tiada domain percuma: Walaupun tiada domain percuma, pelan yang bermula dari harga $39.95 setiap bulan masih berbaloi kerana ciri-ciri menarik yang ditawarkan. 
  • Tiada backup percuma: GreenGeek tidak menawarkan backup percuma. 
  • Tiada pusat data di Asia: Ini mungkin memberi kesan kepada uptime dan juga prestasi keseluruhan website. Semakin jauh pusat data daripada pengguna, semakin jauh data dan informasi perlu bergerak dari server. 

HostGator

Telah bertapak lebih kurang dua dekad dalam dunia teknologi, HostGator ialah antara penyedia hosting yang paling ‘otai’. Memberi kuasa kepada lebih daripada dua juta laman web termasuklah laman e-dagang dan juga gaming. 

Ini bermaksud sudah ramai yang meletakkan kepercayaan kepada hosting yang ditawarkan mereka, kenapa tidak anda? 

Untuk pengetahuan anda, HostGator menawarkan tiga pilihan pelan untuk VPS hosting iaitu Snappy 2000 (serendah $19.95 setiap bulan), Snappy 4000 (serendah $29.95 setiap bulan) dan Snappy 8000 (serendah $39.95 setiap bulan). 

Spesifikasi yang membezakan ketiga-tiga pelan ini adalah seperti yang disenaraikan di bawah (bermula daripada spesifikasi VPS hosting yang terendah hingga yang tertinggi):

  • RAM (2 GB, 4 GB, 8 GB)
  • CPU Core (2 untuk Snappy 2000 dan Snappy 4000, 4 untuk Snappy 8000)
  • Storan (120 GB, 165 GB, 240 GB)
  • Bandwidth (tidak bermeter)

Dalam masa yang sama, semua pelan didatangkan dengan kesemua ciri di bawah:

  • Off-site data backup untuk data server secara percuma setiap minggu
  • Template laman, script installers dan juga tool-tool untuk pembangunan laman
  • Domain tanpa had, pangkalan data, alamat emel dan juga akaun FTP
  • Kebolehan untuk mengubah bilangan CPU, saiz RAM dan juga storan

Kelebihan VPS Hosting daripada HostGator

  • Bandwidth tidak bermeter: Pengguna tidak dicaj berdasarkan penggunaan bandwidth tetapi anda perlulah mematuhi Syarat Perkhidmatan dan menggunakan bandwidth untuk operasi normal.
  • Storan yang besar: Saiz storan yang diberikan cukup besar walaupun bagi pelan yang termurah yang bermula daripada 120 GB. 
  • Sistem sokongan pelanggan yang memuaskan, 24/7/365
  • Jaminan pemulangan wang dalam tempoh 45 hari

Kekurangan VPS Hosting daripada HostGator

  • Tiada domain percuma

Namecheap

Namecheap menawarkan dua pilihan VPS hosting yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan. Pakej VPS Namecheap bermula daripada harga serendah $7.88 setiap bulan sekiranya anda melanggan secara tahunan untuk 2 CPU Core, dengan RAM 2 GB, storan sebesar 40 GB berserta kapasiti bandwidth sehingga 1000 GB. 

Namun sekiranya anda memerlukan spesifikasi hosting yang lebih tinggi, boleh pertimbangkan pelan yang bermula daripada harga serendah $13.88 setiap bulan. 

Pelan ini terdiri daripada 4 CPU Core, RAM 4 GB, storan 120 GB dan juga kapasiti bandwidth sebanyak 3000 GB. 

Sekadar informasi, sekiranya website anda masih baru, berkemungkinan anda tidak memerlukan bandwidth yang banyak kerana masih tidak mengandungi kandungan yang berat atau pelawat yang ramai. 

Tapi sekiranya website anda sudah pun memiliki banyak kandungan yang melibatkan penggunaan grafik, imej, video, audio, kandungan yang boleh dimuatturun, dan bilangan pengunjung yang ramai, anda memerlukan bandwidth yang besar. 

Spesifikasi penting yang ditawarkan dalam kedua-dua pelan adalah seperti berikut:

  • Akses root dan pemilihan Sistem Operasi
  • Server Management yang anda boleh pilih sendiri
  • Pemindahan website dan juga VPS lain kepada Namecheap secara percuma, tidak seperti pesaing yang lain.

Kelebihan VPS Hosting daripada Namecheap

  • Sistem sokongan pelanggan yang memuaskan, sangat responsif dan membantu. Dokumentasi sokongan juga kemas dan mudah diikuti.
  • Pemindahan website yang sudah wujud dan juga VPS lain kepada Namecheap secara percuma, tidak seperti pesaing yang lain.
  • Jaminan pemulangan wang dalam masa 30 hari.
  • Standard keselamatan yang tinggi.

Kekurangan VPS Hosting daripada Namecheap

  • Tidak menawarkan sokongan melalui panggilan telefon.
  • Pelan yang ditawarkan oleh penyedia VPS hosting lain dalam harga yang sama atau harga yang tidak begitu berbeza daripada yang ditawarkan Namecheap memiliki spesifikasi yang lebih tinggi atau lebih berkualiti.

Kesimpulan

Diharapkan artikel ini dapat membantu anda membuat pilihan VPS Malaysia yang terbaik. 

Kenalpasti ciri penting yang diperlukan, lihat penyedia mana yang menawarkan ciri tersebut. Sekiranya terdapat lebih daripada satu penyedia dengan ciri yang sama, bezakan harga atau lihat apakah ciri lain yang menjadi nilai tambah bagi VPS hosting tersebut.