Top 10 Apps Edit Gambar Yang Terbaik (2024)

Semua orang pasti menginginkan gambar yang cantik sebelum mereka ingin berkongsi gambar mereka di media sosial atau untuk disimpan di dalam album kenangan. Memiliki sebuah kamera yang canggih saja tidak mencukupi untuk menghasilkan gambar yang benar-benar cantik, tetapi anda perlu mendapatkan bantuan daripada aplikasi edit gambar untuk menghasilkan gambar yang lebih menarik dan menonjol.

Kini, dengan kemajuan teknologi, anda boleh mengedit gambar anda dengan mudah menggunakan pelbagai aplikasi yang tersedia. Dalam artikel ini, saya akan memperkenalkan 10 aplikasi edit foto yang berkualiti tinggi untuk membantu anda mencipta karya seni visual yang memukau.

Berikut merupakan aplikasi edit gambar yang wajib anda cuba jika anda mahu gambar cantik.

1. Canva

Aplikasi Canva adalah satu aplikasi yang membolehkan anda mencipta rekaan grafik, poster, bunting, kad ucapan, dan banyak lagi dengan mudah tanpa perlu kemahiran reka bentuk.

Selain itu, anda juga boleh mengedit video pendek dengan menggunakan Canva. Canva menawarkan pelbagai alat dan templat yang boleh disesuaikan untuk membantu anda mencipta karya seni digital yang menarik dengan cepat.

Gambar di bawah ini adalah salah satu daripada templat poster promosi yang boleh didapati dalam aplikasi Canva. Cantik, bukan?

Aplikasi ini sangat terkenal dikalangan pempengaruh, pemilik perniagaan, dan organisasi yang ingin menghasilkan bahan-bahan visual berkualiti dengan mudah.

Anda boleh memuat turun aplikasi Canva secara percuma dari App Store atau Google Play. Selain daripada versi percuma, Canva juga menawarkan pelan berbayar yang menyediakan lebih banyak ciri dan sumber bahan.

2. PicsArt

Aplikasi PicsArt adalah aplikasi mudah alih yang popular digunakan untuk mengedit gambar dan video. Ia menawarkan pelbagai alat dan fungsi untuk memperbaiki, mengubah suai, dan menghias gambar-gambar tersebut.

Dengan PicsArt, anda boleh menambah filter, efek kreatif, teks, stiker, serta melakukan pelbagai jenis penyuntingan seperti pemotongan (crop), penyatuan (collage), dan penyesuaian warna.

Selain itu, PicsArt juga menawarkan alat-alat artificial intelligence (AI) yang membolehkan anda mengedit gambar anda agar kelihatan seperti karakter kartun, mengubah latar belakang gambar, membuang objek yang tidak diingini dari gambar, dan banyak lagi.

3. Adobe Photoshop Express

Adobe Photoshop Express adalah sebuah aplikasi edit foto yang dicipta oleh Adobe Systems. Aplikasi ini direka khas untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet.

Aplikasi ini membolehkan anda untuk melakukan penyuntingan gambar seperti penyesuaian warna, kontras, kecerahan, serta menggabungkan efek dan filter pada gambar sebelum berkongsi ke media sosial.

Ia juga membolehkan anda untuk meingkatkan kualiti gambar anda seperti memcerahkan gambar yang kabur, memotong atau crop, dan mengubah saiz gambar dengan mudah. Anda boleh explore lebih lanjut fungsi-fungsi yang disediakan oleh aplikasi ini bagi mendapatkan gambar yang lebih cantik.

Aplikasi Adobe Photoshop Express ini boleh digunakan untuk mengedit gambar secara percuma, tetapi untuk menikmati fungsi yang lebih menarik, anda boleh melanggan pelan prabayar yang disediakan. Aplikasi ini juga tersedia dan boleh di muat turun untuk pengguna android dan iOS.

4. Lightroom Photo & Video Editor

Lightroom Photo & Video Editor adalah sebuah aplikasi edit gambar dan video yang popular. Ia menyediakan pelbagai fungsi dan alat penyuntingan yang membolehkan anda untuk menyunting, memperbaiki, dan mempercantikkan gambar dan video.

Lightroom mempunyai pelbagai fungsi yang anda boleh gunakan seperti penyesuaian warna, peningkatan kontras, penyesuaian terhadap kecerahan dan kejelasan, serta membolehkan anda menerapkan pelbagai filter dan efek yang disebut sebagai preset untuk mencapai hasil yang diinginkan.

Yang paling best adalah, aplikasi ini membolehkan anda salin preset pengguna yang lain. Aplikasi ini sangat berguna kepada para fotografer dan pengguna biasa yang ingin memperbaiki atau mengedit gambar dan video dengan mudah dengan hasil yang bagus.

5. Pixlr

Pixlr juga merupakan salah satu aplikasi edit foto yang kita boleh gunakan untuk edit gambar dengan mudah. Antara ciri-ciri dan alat yang ada adalah seperti penyuntingan warna, penyesuaian kecerahan, kontras, filter yang menarik serta pelbagai efek visual.

Pixlr juga membolehkan anda untuk menambah teks pada gambar. Pixlr mempunyai versi percuma dan berbayar serta boleh digunakan secara dalam talian atau dimuat turun sebagai aplikasi mudah alih. Pixlr adalah sebuah aplikasi yang unik yang sesuai untuk menghasilkan foto yang artistik dan menarik.

6. VSCO

Aplikasi VSCO adalah sebuah aplikasi edit foto yang terbaik dan media sosial yang popular di kalangan mereka yang suka mengambil gambar. Aplikasi ini membolehkan anda untuk mengambil, mengedit, dan berkongsi gambar dan video dengan pelbagai alat penyuntingan yang tersedia.

VSCO menawarkan pelbagai filter dan fungsi-fungsi kreatif untuk meningkatkan kualiti gambar dan video anda sebelum berkongsi dengan komuniti VSCO atau platform media sosial lain.

Aplikasi ini juga mempunyai elemen sosial yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan pengguna lain, menyukai gambar, dan mengikuti profile pengguna-pengguna lain untuk melihat karya mereka.

VSCO sering digunakan untuk menghasilkan gambar dan video yang lebih menarik secara visual dengan gaya dan kesan yang tersendiri. Apps yang ini pula mempunyai versi percuma dan berbayar.

7. Snapseed

Aplikasi edit foto yang ketujuh adalah Snapseed. Fungsi dan ciri-ciri aplikasi Snapseed ini hampir sama dengan Photoshop. Antara fungsi yang ada dalam Snapseed ni ialah, ia ada healing brush yang mana ia boleh hilangkan jerawat dan parut jerawat, details, HDR-Scape dan banyak lagi.

Snapseed juga mempunya filter yang kita boleh gunakan untuk edit foto yang tidak cantik menjadi lebih cantik. App ini juga mudah digunakan untuk mengedit gambar yang menarik menggunakan telefon pintar atau tablet.

8. Pixtica

Aplikasi edit foto yang seterusnya adalah Pixtica. Walaupun ia mungkin kurang terkenal, Pixtica merupakan salah satu aplikasi yang boleh anda gunakan untuk mengedit gambar.

Pixtica menyediakan filter dan tetapan yang menarik untuk mencantikkan gambar anda. Selain itu, ia juga membolehkan anda menambah kesan yang menarik, meletakkan stiker, teks, dan lain-lain.

Tambahan pula, Pixtica juga membolehkan anda mengambil gambar dan video dengan pelbagai pilihan kamera yang menarik, serta mengedit dan memperbaiki gambar secara kreatif.

9. Prisma Photo Editor

Aplikasi Prisma Photo Editor adalah sebuah aplikasi yang digunakan untuk mengedit foto dengan gaya seni yang unik. Aplikasi ini mengubah foto-foto biasa menjadi karya seni yang mirip dengan lukisan terkenal atau gaya seni lainnya.

Gambar di bawah merupakan contoh gambar seekor kucing yang telah di edit menjadi sebuah gambar seperti lukisan.

Prisma menggunakan AI untuk mengubah foto anda menjadi karya seni atau lukisan dengan efek-efek khusus yang dapat membuat foto anda terlihat seperti lukisan, gambar karya seni modern atau gaya seni lainnya. Anda dapat memilih dari berbagai filter dan efek yang tersedia di dalam aplikasi ini untuk menghasilkan foto yang unik.

10. Remini

Aplikasi ini telah menjadi tular baru-baru ini kerana kebolehannya menghasilkan gambar AI yang cantik dan menarik. Ia mampu mencipta gambar anda dalam pelbagai situasi dengan hanya memuat naik gambar muka anda dan aplikasi Remini ini akan menghasilkan gambar anda dalam pelbagai keadaan seperti anda sedang mengandung, berpakaian perkahwinan, berpakaian sukan dan sebagainya.

Gambar di bawah adalah salah satu contoh gambar AI yang dicipta oleh aplikasi Remini yang menghasilkan gambar-gambar baru dengan pakaian pejabat.

Sumber: https://petapixel.com

Selain itu, aplikasi Remini juga boleh digunakan untuk membaiki atau menggilap foto lama atau kabur supaya kelihatan lebih jelas. Aplikasi ini juga terkenal di kalangan pengguna yang ingin menghidupkan semula gambar lama mereka dengan kualiti yang lebih baik.

Apps Terbaik Untuk Edit Gambar Bisnes

Jika anda seorang pemilik perniagaan, saya cadangkan anda untuk menggunakan aplikasi Canva untuk mengedit dan menghasilkan gambar-gambar promosi yang berkualiti tinggi. Canva juga menyediakan banyak templat yang menarik yang anda boleh gunakan. Dengan cara ini, anda boleh mencipta gambar dengan lebih mudah dalam masa yang singkat.

Kesimpulan

Itulah 10 senarai aplikasi edit foto yang anda boleh gunakan untuk mengedit gambar anda. Dengan menggunakan aplikasi-aplikasi ini, anda boleh menambah filter, efek, teks, stiker, dan banyak lagi untuk menghasilkan gambar yang lebih baik. Setiap aplikasi juga mempunyai ciri-ciri uniknya sendiri, seperti penggunaan AI untuk mengubah gambar menjadi lukisan, peningkatan kualiti gambar, dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *