6 Cara Buat Duit Dengan Tiktok Yang Anda Boleh Cuba

TikTok, platform media sosial yang popular dengan video pendek, telah menjadi salah satu platform media sosial terkini yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan. Dengan lebih daripada satu bilion pengguna aktif setiap bulan di seluruh dunia, TikTok kini menjadi salah satu platform media sosial yang sangat terkenal berbanding dengan media sosial yang lain.

Anda berminat nak travel ke Sabah? Dapatkan pakej percutian ke Sabah di sini.

TikTok kini bukan sahaja menjadi tempat hiburan semata-mata, malah kini ramai yang mampu menjana pendapatan melalui. Dalam artikel ini, kita akan melihat beberapa cara buat duit dengan Tiktok yang anda boleh lakukan.

Apa Itu Tiktok?

TikTok ialah platform media sosial dan aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna membuat dan berkongsi klip video pendek. Ia dibangunkan oleh syarikat China ByteDance dan telah dilancarkan pada September 2016. TikTok cepat mendapat populariti di seluruh dunia, terutamanya dalam kalangan pengguna yang lebih muda.

Sumber: Unsplash.com oleh Solen Feyissa

Pengguna di TikTok boleh membuat video yang biasanya berdurasi 15 saat hingga 10 minit dan boleh memasukkan pelbagai bentuk kandungan, seperti muzik, lipsync, tarian, komedi, cabaran, kandungan pendidikan dan banyak lagi.

Pada 27 April 2022, TikTok memperkenalkan Kedai TikTok atau TikTok Shop yang membolehkan pengguna untuk menjual dan membeli barang melalui aplikasi ini. Sebelum ini, pengguna TikTok hanya dapat menghasilkan pendapatan melalui hadiah atau gift yang diberikan oleh penonton. Kini, pengguna TikTok juga dapat menghasilkan pendapatan dengan menjual barang.

Cara Buat Duit Dengan Tiktok

Terdapat beberapa cara buat duit dengan Tiktok. Saya akan kongsikan beberapa cara buat duit dengan Tiktok yang anda boleh cuba.

1. Melalui Siaran Live Di Tiktok

Cara buat duit dengan tiktok yang pertama adalah melalui siaran langsung atau live streaming. Untuk buat duit dengan TikTok Live, anda boleh menggunakan beberapa strategi.

Pertama, anda mestilah mencapai pengikut sebanyak 1000 orang untuk membolehkan anda membuat live. Untuk mencapai pengikut 1000, anda mestilah mencipta content dan muat naik video yang menarik minat ramai orang.

Sumber: Unsplash Oleh Obed Hernández

Selain itu, interaksi anda dan penonton juga sangat penting

Penonton yang berminat dengan kandungan live Tiktok anda pula mungkin akan memberikan anda hadiah maya seperti syiling semasa siaran langsung, yang kemudiannya boleh ditukar dengan duit.

2. Produk Atau Perkhidmatan Melalui TikTok

Antara salah satu cara buat duit di TikTok adalah dengan menjual produk menerusi akaun masing-masing. Jika anda mempunyai produk atau perkhidmatan yang boleh dijual, anda boleh membuka TikTok Shop atau kedai Tiktok.

Terdapat dua cara untuk memasarkan produk dan perkhidmatan anda menggunakan aplikasi TikTok iaitu melalui siaran langsung atau secara langsung dan dengan menghasilkan video kreatif dengan menambah “beg kuning” pada video yang anda siarkan.

Sumber: Canva

Pastikan anda mencipta kandungan atau konten yang menarik untuk menarik lebih banyak penonton, yang kemudiannya mungkin membeli produk dan perkhidmatan anda.

3. Paid Review

Paid review atau ulasan berbayar merupakan satu bentuk aktiviti di mana individu atau syarikat dibayar untuk menilai atau memberikan pandangan terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan. Anda pula akan mendapat bayaran sebagai balasan terhadap ulasan produk yang anda lakukan.

Sumber: Unsplash oleh Collabstr

Contohnya, seorang pemilik kedai makan meminta anda untuk membuat ulasan mengenai hidangan yang disajikan di kedainya.

Tugas anda adalah memberikan ulasan serta komen positif mengenai kedai makan tersebut dengan tujuan menarik perhatian pelanggan untuk berkunjung. Selepas itu, anda akan menerima bayaran sebagai ganjaran atau gaji daripada pemilik kedai tersebut.

Jika anda mempunyai jumlah pengikut yang besar di TikTok, paid review adalah salah satu kaedah yang boleh anda pertimbangkan untuk menghasilkan pendapatan. Sama ada anda percaya atau tidak, bayaran untuk paid review oleh pempengaruh TikTok boleh mencapai ribuan ringgit.

4. Jual dan Beli Akaun TikTok

Menjual akaun TikTok juga merupakan salah satu cara untuk menghasilkan pendapatan melalui platform TikTok. Namun, kaedah ini memerlukan anda untuk menarik pengguna TikTok yang sedia ada untuk mengikuti akaun TikTok yang anda cipta.

Sumber: Unsplash oleh Solen Feyissa

Untuk menarik minat pengguna TikTok agar mengikuti akaun anda, anda perlu mencipta kandungan yang menarik. Anda juga boleh mengikuti trend yang sedang popular di TikTok untuk menarik perhatian pengguna lain

Apabila akaun TikTok yang anda cipta mencapai jumlah pengikut tertentu, anda boleh menjual akaun tersebut kepada syarikat atau individu yang berminat membeli akaun TikTok dengan jumlah pengikut yang besar. Ini adalah salah satu cara yang paling mudah untuk buat duit Tiktok.

4. Sponsored Content Post

Sponsored Content Post dalam platform ini merupakan kandungan yang dibiayai atau disokong oleh pihak pengiklan. Dalam konteks ini, pengguna TikTok yang mempunyai jumlah pengikut yang besar mungkin mendapat tawaran dari syarikat atau pengiklan untuk mencipta dan berkongsi kandungan yang mempromosikan produk, perkhidmatan, atau acara tertentu. Biasanya, sponsored content post ini melibatkan influencer Tiktok dan jenama-jenama besar seperti Gucci, Celcom, Adidas dan sebagainya.

Sumber: megadigital.ai

Adakah sponsored content post sama dengan paid review? jawabanya, tidak sama. Sponsored content post dan paid review adalah dua bentuk kerjasama berbeza. Dalam sponsored content post, pengguna platform sosial seperti TikTok menerima bayaran untuk membuat dan berkongsi kandungan yang mempromosikan produk, perkhidmatan, atau acara syarikat atau pengiklan.

Sebaliknya, paid review lebih menitikberatkan pada ulasan atau pendapat yang diberikan oleh pengguna mengenai produk atau perkhidmatan tertentu. Dalam paid review, pengguna mungkin diberi bayaran untuk menyusun dan berkongsi pandangan positif mengenai produk atau perkhidmatan tersebut.

Walaupun kedua-dua strategi melibatkan bayaran kepada pengguna, namun sponsored content post memberi tumpuan kepada mencipta kandungan yang menarik, manakala paid review lebih menekankan kepada ulasan atau testimoni positif.

Oleh itu, jika anda seorang content creator yang mempunyai pengikut dan jumlah tontonan video yang ramai, anda mungkin boleh cuba cara ini untuk buat duit dengan Tiktok.

5. Menjadi Affiliate

Jika anda tidak mempunyai produk atau perkhidmatan untuk dijual, jangan risau. Ini kerana, Tiktok bukan sahaja membolehkan anda untuk menjual barang dan perkhidmatan sendiri, malah ia juga membolehkan anda untuk menjual produk atau perkhidmatan orang lain dengan menjadi affiliate.

Sumber: Canva

Dengan menjadi affiliate, anda boleh memanfaatkan peluang tersebut untuk mendapatkan komisyen dengan mempromosikan produk atau perkhidmatan pihak ketiga melalui platform Tiktok. Ini bermaksud, setiap kali seseorang membeli melalui pautan atau link affiliate anda, anda akan menerima komisyen atas usaha pemasaran anda.

Cara buat duit dengan Tiktok ini juga merupakan salah satu cara yang paling popular di Tiktok. Ini kerana, cara buat duit dengan Tiktok melalui affiliate merupakan cara yang paling mudah untuk dapat duit dari Tiktok.

6. Perkhidmatan Videographer

Jika anda seorang yang introvert atau tidak mempunyai bakat untuk bercakap di hadapan kamera, jangan risau. Anda masih boleh buat duit dari Tiktok dengan menawarkan perhidmatan videographer dan edit video kepada content creator atau influencer Tiktok.

Dengan menyediakan kemahiran videografi dan penyuntingan video, anda dapat membantu mereka mencipta content yang berkualiti dan menarik untuk menarik lebih banyak penonton.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, aplikasi TikTok bukan hanya sebuah platform yang menyediakan hiburan kepada orang ramai, tetapi juga menawarkan peluang yang baik kepada penggunanya untuk menjana pendapatan melalui aplikasi ini dengan pelbagai cara.

Pengguna dapat memanfaatkan fungsi-fungsi kreatif TikTok untuk memperluas jangkauan penonton mereka, kerjasama dengan jenama besar serta pengguna yang lain, dan banyak lagi. Oleh itu, platform ini bukan sahaja menjadi tempat untuk mengekspresikan bakat dan kreativiti tetapi juga memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *