Memiliki laman web merupakan perkara penting yang perlu ada pada masa kini bagi setiap perniagaan. Namun begitu untuk membina website tanpa pengetahuan teknikal coding bukanlah suatu perkara yang mudah. Tapi, anda tidak perlu risau kerana ada website builder atau pembangun website yang boleh digunakan untuk membina laman web.
Jika anda ingin mencari tahu tentang website builder atau web design Malaysia yang terbaik, anda datang ke tempat yang tepat. Sila baca artikel ini sehingga habis kerana kami akan kongsikan tentang web design Malaysia yang terbaik untuk anda.
Artikel ini dibawakan khas oleh Clarini Online Marketing, sebuah syarikat pemasaran digital di Malaysia yang menawarkan 100% servis SEO.
Kepentingan Website Dalam Perniagaan
Dalam era digital marketing, website adalah perkara asas yang perlu ada bagi sesebuah perniagaan jika ingin berkembang maju. Terdapat pelbagai kelebihan jika anda miliki website.
Antara kepentingan website dalam perniagaan adalah:-
- Mengumpul database pelanggan
- Meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap bisnes
- Membuatkan jenama dikenali
- Melakukan jualan 24 jam di website
- Memudahkan orang menemukan bisnes anda jika melakukan carian di internet
Jadi, sekiranya anda tidak memiliki pengetahuan teknikal untuk membina website, ini adalah pembangun website terbaik yang boleh membantu membina website dengan mudah dan cepat.
Website Builder Malaysia Terbaik
- Wix
- Gator
- Zyro
- Constant Contact
- Weebly
- Jimdo
- 1&1 IONOS Mywebsite
- Squarespace
- Godaddy
- Network Solutions
1. WIX
Ciri Penting | Fungsi e-CommercePercuma nama domain untuk 1 tahunBandwidth tanpa had24 hours bantuan khidmat pelangganSenarai produk tanpa hadAbandoned Cart Recovery14 hari jaminan pulangan wangMobil responsif |
Harga | Bermula dari serendah $17 setiap bulan |
Wix yang diasaskan pada tahun 2006, antara penyedia website builder yang terawal. Mereka menyediakan lebih 500 template menarik yang boleh dipilih untuk membina website.
Fungsi pembinaan website dengan drag and drop sangat memudahkan anda yang baru bermula. Wix menyediakan platform untuk membina website yang berkualiti sama ada anda nak buat blog, mempromosikan bisnes, menunjukkan hasil kerja ataupun membuka kedai online. Semua itu boleh dilakukan dengan Wix.
Wix turut memberikan 100 template percuma serta hosting percuma. Anda boleh dapatkan lebih template dengan melanggan pelan premium.
Pelan premium beserta kedai e-commerce (pelan business) bermula dari harga serendah $17 setiap bulan. Dengan pelan business, anda boleh menerima bayaran online dan menguruskan semua transaksi dalam paparan Wix.
24 jam bantuan pelanggan diberikan kepada semua pelanggan pelan premium Wix. Untuk pelan Business VIP, Wix memberikan keutamaan jika menghadapi masalah teknikal atau perlukan bantuan khidmat pelanggan.
Kelebihan pelan business, anda boleh menyenaraikan produk seberapa banyak yang anda mahu. Wix juga menyediakan abandoned cart recovery bagi pelanggan yang belum membuat pembayaran setelah masukkan produk ke dalam troli.
Anda juga boleh menyediakan pelan langganan serta menerima bayaran secara bulanan di website dengan pelan business kecuali pelan Business Basic.
Wix turut menyediakan fungsi untuk memaparkan harga produk dalam mata wang tempatan pelanggan. Pelbagai jenis cara pembayaran turut disediakan untuk kemudahan pelanggan anda kelak.
Semua maklumat pembayaran dilindungi oleh SSL encryption.
Anda juga boleh memasukkan produk dropship di Wix tanpa perlu risau soal inventori kecuali untuk pelan Business Basic.
Andainya selepas 14 hari anda rasa Wix tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pembangun website perniagaan anda, Wix bersedia untuk memulangkan wang anda dalam tempoh 14 hari.
Selain sebagai pembangun website, Wix turut menyediakan servis lain untuk membantu mengembangkan lagi bisnes anda seperti pemasaran email, Facebook Ads, pembuat video, serta mengumpul data pelanggan.
2. HostGator
Ciri Penting | Nama domain percumaSijil SSL percuma24 jam bantuan khidmat pelangganBandwidth tanpa hadFungsi e-Commerce45 hari jaminan pulangan wangMobil responsif |
Harga | Bermula dari $3.84 setiap bulan |
Gator Website Builder menggunakan teknologi canggih yang boleh membina website berdasarkan rekaan spesifik sesebuah industri.
Dengan teknologi ini, website anda boleh siap dalam beberapa minit sahaja dan boleh terus digunakan.
Pembangun website yang ditawarkan Gator termasuk ciri penting lain seperti e-dagang, pemasaran email serta aturan temujanji.
Anda juga boleh menyiapkan logo sendiri dengan menggunakan aplikasi membuat logo yang disediakan Gator.
Dengan menggunakan perkhidmatan mereka, anda tidak perlu lagi bimbang soal kos hosting kerana anda boleh menggunakan hosting yang telah disediakan mereka secara percuma.
Untuk layak mendapat nama domain percuma, anda perlu melanggan untuk tempoh 12, 24 atau 36 bulan.
Anda juga boleh menyediakan aturan temujanji di website kecuali untuk pelan Express Start. Jika anda ingin membina website siap dengan kedai e-dagang serta memiliki produk yang melebihi 10, pelan Express Store adalah terbaik untuk anda kerana pelan ini menawarkan produk tanpa had serta percuma yuran transaksi.
Bagi pelan Express Start dan Express Site, 3% dikenakan sebagai yuran transaksi. Gator turut menyediakan kaedah pembayaran secara online, pengurusan tempahan dan cukai, serta pengurusan inventori.
Bantuan khidmat pelanggan disediakan Gator 24 jam sehari melalui live chat, panggilan telefon ataupun emel. Keutamaan khidmat pelanggan diberikan khusus untuk pelan Express Site dan Express Store.
Harga yang ditawarkan Gator adalah dari serendah $3.84 setiap bulan selepas diskaun 50%. Harga diskaun ini hanya sah untuk langganan permulaan dengan langganan tahunan. Harga kembali kepada harga asal ketika anda perbaharui langganan.
Sekiranya langganan untuk tempoh seperti 12 bulan atau bayaran secara bulanan, harga lebih tinggi berbanding bayaran terus untuk langganan 2 tahun. Untuk itu, jika anda inginkan harga yang murah, anda perlu membuat bayaran sekaligus untuk 2 tahun.
Untuk memudahkan anda membuat analisis pelawat yang datang ke laman web, Gator menyediakan data analitik untuk anda memahami tingkah laku pelawat website.
3. Zyro
Ciri Penting | Nama domain percuma30 hari jaminan pulangan wang24 jam bantuan khidmat pelangganSSL percumaMobil responsif |
Harga | Bermula dari serendah $1.89 setiap bulan |
Website builder Malaysia seterusnya adalah Zyro. Dengan Zyro anda akan memiliki template yang dibuat oleh web designer. Dengan adanya template tersebut, anda boleh melakukan web design dengan mudah.
Harga permulaan serendah $1.89 setiap bulan selepas 87% diskaun. Harga ini hanya sah untuk langganan selama 4 tahun. Lagi singkat tempoh langganan anda, lagi mahal harga pelan yang perlu dibayar.
Harga diskaun yang ditawarkan Zyro hanya sah untuk langganan permulaan. Harga akan naik ketika anda perbaharui langganan.
Namun begitu, anda mempunyai tempoh 30 hari untuk membatalkan langganan jika tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang disedikan.
Pelan tanpa had untuk anda masukkan produk hanya diberikan kepada pelan e-Commerce Plus. Pelan ini termasuk abandoned cart recovery.
Jika produk anda 100 dan kebawah, anda boleh memilih pelan e-dagang. Pelan ini memberikan semua fungsi untuk e-dagang serta tiada yuran transaksi.
Sekiranya website anda bukan untuk membuka kedai e-dagang, cukup dengan memilih pelan Basic atau Unleashed. Untuk pelan Basic, tiada nama domain percuma diberikan. Bandwidth juga terhad kepada 3GB dengan storan 1GB.
Manakala, pelan Unleashed menawarkan bandwidth dan storan tanpa had, domain percuma untuk 1 tahun serta live chat di Messenger.
Zyro menyediakan drag and drop editor yang nampak professional untuk website. Fungsi ini sangat mudah walaupun anda tidak memiliki kemahiran coding. Anda juga tidak perlu memikirkan tentang web hosting jika melanggan pelan Zyro.
Website yang dibina di Zyro menjaminkan 99.9% uptime. Anda juga bebas untuk menamatkan langganan pada bila-bila masa.
Zyro menawarkan website dengan optimasi mobil, loading yang laju, dan automatik meta tags.
Sebarang persoalan atau masalah dengan website builder Zyro, anda boleh hubungi bantuan khidmat pelanggan Zyro melalui emel atau live chat.
Zyro turut menyediakan tool AI percuma seperti pembuat logo, website importer, content generator, photo resizer, image enhancer, serta background remover.
4. Constant Contact
Ciri Penting | Percuma SSLMobil responsif websiteMuat naik produk di website tanpa hadStoran tanpa hadMenerima pembayaran online |
Harga | Serendah $20 setiap bulan (berdasarkan jumlah contact emel) |
Constant Contact bukan hanya menyediakan pemasaran emel tetapi juga pembinaan kedai e-dagang, website dan pemasaran sosial seperti Facebook dan Instagram.
Pelan yang ditawarkan Constant Contact adalah Email dan Email Plus yang bermula dari serendah $20 setiap bulan. Harga ini berdasarkan jumlah contact emel yang anda miliki. Lagi banyak contact yang ada, lagi tinggi harga yang perlu dibayar.
Untuk menggunakan pembangun website dari Constant Contact, anda perlu melanggan mana-mana pelan pemasaran emel. Ini kerana website builder dan kedai e-dagang sudah termasuk dalam pelan emel Constant Contact.
Constant Contact menyediakan website yang mobil responsif. Anda juga mendapat percuma web hosting, SSL, website analisis serta storan tanpa had. Dengan pembangun website Constant Contact anda boleh membina blog.
Namun begitu, Constant Contact tidak memberikan nama domain percuma.
Sekiranya anda ingin membina kedai e-dagang, dengan Constant Contact anda boleh menjual seberapa banyak produk yang anda inginkan. Kedai e-dagang anda juga boleh menerima pembayaran online serta tiada yuran transaksi.
Jika anda masih ragu sama ada Constant Contact terbaik untuk anda ataupun tidak, anda boleh mencuba untuk bulan pertama dengan percuma. Sekiranya anda rasakan tidak sesuai dengan kehendak perniagaan, anda boleh membatalkan langganan pada bila-bila masa.
Constant Contact menyediakan bantuan khidmat pelanggan melalui panggilan telefon dan live chat dari hari Isnin sehingga Jumaat.
5. Weebly
Ciri Penting | SSL percumaOptimasi SEOBorang untuk mengumpul emel pelawat websiteBantuan pelanggan melalui telefon, chat dan emel |
Harga | Percuma untuk pelan basic bagi pembinaan website biasa Kedai e-dagang bermula dari serendah $12 setiap bulan |
Syarikat pembangun website Weebly yang diasaskan pada tahun 2007 ini berasal dari San Francisco. Anda boleh membina website di Weebly tanpa pengetahuan teknikal dengan menggunakan fungsi drag and drop.
Weebly menawarkan 2 pelan untuk pembangun website. Pelan untuk membina website biasa dan pelan untuk membina kedai e-dagang.
Bagi pelan kedai e-dagang, harga yang ditawarkan dari serendah $12 setiap bulan. Semua pelan e-dagang Weebly mendapat percuma SSL, storan tanpa had dan kredit untuk menjalankan iklan Google.
Weebly juga menyediakan fungsi shipping untuk mengira harga dan berat produk.
Selain itu, fungsi pengurusan inventori sangat membantu anda untuk import dan eksport secara pukal ke kedai online.
Dengan pelan e-dagang, anda boleh berhubung dengan pelanggan menggunakan template emel boleh ubah yang disediakan oleh Weebly.
Jika anda hanya nak membina website biasa tanpa kedai e-dagang, pelan website biasa bermula dari $5 setiap bulan. Anda juga boleh memilih pelan percuma dengan fungsi yang terhad.
Sekiranya anda inginkan pelan yang lengkap, pelan Pro atau Business sudah cukup untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.
Ini kerana kedua-dua pelan ini memberikan anda storan tanpa had, nama domain percuma, kredit untuk Google Ads, tanpa iklan Weebly, statistik website, notifikasi pop-up dan pelbagai fungsi penting lain.
Jika suatu hari nanti anda ingin membina kedai e-dagang pelan Pro dan Business sudah menyediakan fungsi ini untuk anda tanpa perlu membayar lebih.
Sekiranya anda berdepan dengan sebarang masalah semasa membina website di Weebly, anda boleh menghubungi bantuan pelanggan mereka melalui telefon, chat atau emel. Namun begitu, bantuan melalui telefon hanya untuk pelanggan pelan Pro dan Business.
Weebly juga menyediakan aplikasi mobil dan tablet untuk memudahkan anda membuat analisis ataupun menyunting website di mana saja anda berada.
6. Jimdo
Ciri Penting | Nama domain percumaSSL percumaOptimasi SEOBorang untuk mengumpul database pelawat websiteTiada iklanOptimasi mobil |
Harga | Harga bermula dari $9 |
Pembangun website Jimdo membolehkan anda membina website professional walaupun tidak memiliki kemahiran teknikal. Anda juga boleh membina website secara percuma di Jimdo. Akan tetapi fungsi yang diberikan adalah terhad.
Jika anda berhasrat untuk menukar ke pelan premium dari pelan percuma, anda boleh berbuat demikian. Dengan pelan premium anda boleh menggunakan domain sendiri, fungsi SEO yang lebih maju, bantuan pelanggan secara peribadi, dan banyak lagi.
Jimdo turut menawarkan 2 pelan pembangun website iaitu pelan website dan juga pelan kedai online.
Pelan kedai online bermula dari serendah $15 setiap bulan (Basic). Dengan pelan Basic anda menerima sebanyak 10GB bandwidth dan 10GB storan.
Bantuan khidmat pelanggan melalui emel untuk pelan Basic dan Business. Sekiranya anda perlukan bantuan pelanggan yang pantas kurang dari 1 jam, pelan VIP menawarkannya untuk anda.
Kesemua transaksi di kedai online anda tidak dikenakan sebarang yuran transaksi. Pelbagai cara pembayaran online juga disediakan oleh Jimdo. Semua website yang dibina dengan Jimdo adalah mobil responsif.
Namun, fungsi kod diskaun, pemasaran sosial, variasi produk tidak disediakan untuk pelan Basic.
Jika anda lebih fokus kepada pembinaan website biasa untuk perniagaan, anda boleh memilih mana-mana pelan website yang bermula dari serendah $9 setiap bulan.
Perlu anda ketahui, bantuan pelanggan Jimdo agak kurang responsif. Jika anda memilih pelan Basic, anda akan dilayan dalam tempoh 1-2 hari bekerja. Jika pelan Grow, anda akan dilayan dalam tempoh 4 jam. Untuk pelan Unlimited sahaja yang akan dilayan dalam masa 1 jam.
Tidak seperti kebanyakan penyedia pembangun website lain yang menyediakan bantuan khidmat pelanggan sepanjang 24 jam serta sangat responsif. Hal ini semestinya menyumbang kepada kelewatan dalam menyiapkan website sekiranya anda bermasalah ketika membina website.
Jika anda inginkan bandwidth serta storan tanpa had untuk website, hanya pelan Unlimited yang menawarkan fungsi ini. Harga untuk pelan Unlimited tidak dinyatakan dengan jelas oleh Jimdo.
Jimdo juga tidak menyediakan pemasaran emel untuk pelanggan mereka.
7. 1&1 IONOS Mywebsite
Ciri Penting | Nama domain percumaSSL percumaMobil responsif websiteOptimasi SEOFungsi analitik30 hari percumaJaminan 99.99% uptime24 jam bantuan khidmat pelanggan |
Harga | Harga serendah $7 setiap bulan |
Pembangun website Malaysia terbaik seterusnya adalah 1&1 IONOS. Syarikat web hosting dan cloud ini telah berada di pasaran lebih 30 tahun.
Dengan pengalaman yang luas, 1&1 Ionos menyediakan bantuan khidmat pelanggan terbaik sepanjang 24 jam melalui panggilan telefon, chat dan emel. Anda juga dibekalkan dengan konsultan khas untuk menjawab segala persoalan tentang website anda.
Setiap pelan dari 1&1 Ionos dibekalkan dengan 30 hari percuma. Anda boleh mencuba mana-mana pelan pembangun website dan boleh batalkan pelan jika rasa tidak sesuai dalam tempoh 30 hari.
3 pelan pembangun website yang ditawarkan 1&1 Ionos iaitu Now, Creator dan Online Store. Kesemua pelan ini menyediakan nama domain percuma, emel professional mengikut nama domain, serta website template yang menarik.
Harga pelan Now serendah $7 setiap bulan. Setiap pelan diberikan lebih 17,000 imej dengan royalti percuma. Keselamatan dan privasi website turut terjamin dengan adanya SSL percuma yang disediakan 1&1 Ionos.
Anda juga boleh membuat blog dengan 1&1 Ionos. Kedai online boleh ditambah ke website anda pada bila-bila masa dengan pelan Online Store. Pelan ini membolehkan anda menyenaraikan sehingga 5000 produk.
Selain itu, ia turut menyediakan kaedah bayaran yang pelbagai, kaedah penghantaran yang pelbagai, alat pemasaran serta fungsi pengurusan kedai.
Dengan 1&1 Ionos anda tidak perlu bimbang soal website down kerana mereka menjanjikan 99.99% uptime. Prestasi website anda boleh diukur dengan melihat kepada data analitik yang disediakan 1&1 Ionos.
8. Squarespace
Ciri Penting | Nama domain percuma untuk setahunPembuat logo percuma24 jam bantuan pelanggan 14 hari tempoh percubaan percuma |
Harga | Bermula dari serendah $12 dengan pelan bayaran tahunan |
Squarespace adalah pembangun website terbaik seterusnya. Bermula pada tahun 2003 dan sehingga kini jutaan website telah dibina di Squarespace.
Squarespace memberikan 2 pilihan bayaran, secara bulanan atau tahunan. Buat bayaran secara tahunan dan nikmati harga yang lebih murah dari kadar bayaran secara bulanan.
Squarespace menawarkan 4 pelan pembangun website dengan percuma nama domain, SSL, bandwidth serta storan tanpa had, optimasi SEO, mobil responsif, dan template yang bersesuaian dengan keperluan seperti blog, portfolio.
Harga yang ditawarkan Squarespace serendah $12 setiap bulan untuk pelan Personal. Namun, untuk pelan ini anda tidak boleh membina website e-dagang.
Web e-dagang hanya ditawarkan dalam pelan Business, Basic Commerce dan Advanced Commerce. Ketiga-tiga pelan ini membolehkan anda membuat pemasaran online dengan percuma $100 kredit untuk pengiklanan Google.
Advanced Commerce turut menyediakan fungsi abandoned cart recovery.
Sekiranya anda masih ragu-ragu untuk memilih pelan yang terbaik dalam Squarespace, anda boleh memilih pelan yang murah dahulu dan naik taraf kemudian.
Pelbagai kaedah pembayaran disediakan Squarespace untuk kedai online anda seperti Stripe, Paypal, kad kredit, dan Apple Pay.
24 jam bantuan pelanggan melalui emel, live chat dan juga webinar sekiranya anda menghadapi sebarang masalah tentang website.
Anda boleh mencuba Squarespace secara percuma selama 14 hari. Jika berpuas hati anda boleh meneruskan dengan langganan pelan. Jika tidak, anda boleh membatalkan akaun tanpa apa-apa bayaran.
9. Godaddy Website Builder
Ciri Penting | SSL percuma24 jam bantuan pelangganOptimasi SEOSuntingan website di telefon, tab atau computer30 hari jaminan pulangan wang |
Harga | Harga bermula dari RM25.99 setiap bulan |
Godaddy, nama yang tidak asing lagi dalam penyedia nama domain dan web hosting.
Godaddy menyediakan 3 pelan pembangun website utama, iaitu pelan Basic, Standard dan Premium.
Harga pelan Basic bermula dari RM25.99 setiap bulan. Untuk optimasi SEO, hanya pelan Standard dan Premium yang menawarkan SEO.
Kesemua pelan pembangun website Godaddy mendapat 1 bulan tempoh percubaan tanpa perlu maklumat kad kredit. Sekiranya anda telah melanggan dan membuat pembayaran, Godaddy memberikan tempoh 30 hari jaminan pulangan wang jika anda berubah fikiran.
Pelan pembangun website Godaddy ini turut menyediakan pemasaran emel dan juga media sosial. Template yang disediakan juga mudah untuk diubah dengan klik dan drag.
Untuk memastikan data website anda tidak hilang, Godaddy menyediakan automatic backup. Contact form turut disediakan supaya mudah untuk pelanggan menghubungi perniagaan anda.
Anda juga boleh membina blog dengan website builder Godaddy.
Jika ada sebarang persoalan atau masalah, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Godaddy melalui panggilan telefon atau live chat yang aktif 24 jam.
Untuk memastikan data pelanggan website anda selamat, Godaddy memberikan perlindungan SSL percuma kepada pengguna website builder mereka.
10. Network Solutions
Ciri Penting | Nama domain percumaRatusan imej percuma web design yang professionalMobil responsif |
Harga | Harga bermula dari $2.95 setiap bulan |
Network Solutions merupakan syarikat kejuruteraan yang diasaskan pada tahun 1979. Syarikat ini bukan sahaja menyediakan website builder dan e-commerce, tetapi juga domain, web hosting, sekuriti, emel hosting dan pemasaran online.
3 pelan ditawarkan untuk do-it-yourself (D.I.Y) website builder.
Pelan Website Builder bermula serendah $2.95 setiap bulan. Pelan Website Builder dan Pemasaran Online bermula dari $3.95 setiap bulan. Manakala, pelan Website Builder, Pemasaran Online serta kedai e-commerce bermula dari $4.95 setiap bulan.
Harga ini khas untuk pusingan bil yang pertama sahaja. Selepas itu, harga normal akan dikenakan. Sekiranya anda merasakan masih sukar untuk membina sendiri website dengan website builders, Network Solutions turut menawarkan servis design website (web design) dan kedai e-commerce.
Jika anda bercadang untuk membuka kedai online, pelan Website, Marketing and Store sesuai untuk dipilih. Pelan ini membolehkan anda menyenaraikan sehingga 500 produk serta menerima pembayaran dalam kad kredit.
Website builders Network Solution didatangkan dengan pelbagai template yang mobil responsif.
Network Solutions turut menyediakan stock imej yang boleh digunakan dalam membina laman web.
Bantuan teknikal dan khidmat pelanggan Network Solutions disediakan melalui panggilan telefon dan live chat.
Kesimpulan
Dalam membuat pemilihan website builders anda perlu tahu website apa yang bakal anda bina, e-commerce atau website biasa. Anda juga perlu lihat berapa bajet yang mampu disediakan setiap bulan. Setiap website builders menawarkan fungsi yang berbeza. Ada yang hanya memberikan website builders, ada yang memberikan website builders dan juga pemasaran online seperti emel dan media sosial.
Website builders dengan integrasi ke pemasaran online lebih diutamakan. Ini kerana, setelah website anda siap untuk mendapatkan trafik anda perlu menjalankan pemasaran online. Jika anda memilih untuk membina website e-commerce , keutamaan perlu diberikan juga untuk website builders yang menyediakan abandoned cart recovery supaya lebih banyak jualan dapat anda buat.
Akhir sekali, jika anda mempunyai website, anda juga mungkin memerlukan perkhidmatan SEO. Secara ringkasnya, perkhidmatan SEO ini membantu meningkatkan ranking atau keterlihatan website anda pada carian Google untuk membawa lebih ramai pelawat ke website anda. Kami juga telah senaraikan pakar SEO di Malaysia yang mungkin boleh membantu anda.