Bluehost Malaysia Review: Ulasan Syarikat Web hosting Bluehost (Terkini 2024)

Pada masa kini, terdapat permintaan yang tinggi terhadap pembinaan laman web dan sekaligus terjadinya peningkatan dalam penawaran web hosting. Pelbagai jenis web hosting dari syarikat berbeza telah ditawarkan. Salah satu syarikat web hosting terbesar dan terawal di dunia adalah Bluehost. 

Dalam dunia web hosting, nama Bluehost telahpun dikenali ramai sebagai salah satu syarikat web hosting yang sangat mementingkan kualiti penyediaan servis web hosting. Mereka juga sering menambahbaik prestasi dan ciri-ciri web hosting supaya pelanggan mereka berpuas hati dengan servis yang disediakan. 

Sebelum anda meneruskan pembacaan tentang kualiti dan servis yang disediakan Bluehost, adalah lebih baik anda mengenali latar belakang ringkas syarikat gergasi ini terlebih dahulu.

Latar Belakang Ringkas Bluehost Malaysia

Tak ramai yang tahu bahawa Bluehost telah diasaskan pada tahun 1996 sebagai syarikat pembekal web hosting percuma. Dahulunya mereka dipanggil sebagai 0catch.com dan ditukarkan nama kepada Bluehost pada tahun 2003. 

Sejak penubuhannya, mereka memiliki lebih 750 pekerja serta menguruskan lebih 2 juta laman web seluruh dunia. Walaupun Bluehost telah ditubuhkan lebih 15 tahun, namun kualiti servis sentiasa dijaga bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Syarikat gergasi ini menyediakan servis dan ciri-ciri web hosting yang sangat sesuai untuk semua jenis perniagaan. Oleh kerana telah lama beroperasi sebagai penyedia web hosting seluruh dunia, kestabilan prestasi dan kualiti servisnya memang tak dinafikan lagi. Ianya adalah salah satu pembekal web hosting terbaik di dunia.

Bluehost Malaysia Review

Terdapat pelbagai kriteria web hosting yang kita boleh lihat untuk menentukan keseluruhan kualiti penyedia web hosting. Antaranya adalah kelajuan laman web, perlindungan data, prestasi keseluruhan, kemudahan penggunaan melalui control panel dan uptime.

Jenis web hosting yang paling popular adalah shared hosting. Akan tetapi, Bluehost juga menawarkan pelbagai jenis web hosting lain untuk pilihan anda. Jenis-jenis hosting yang ditawarkan oleh Bluehost adalah:-

  • Shared Hosting
  • WordPress hosting
  • Managed WordPress Hosting
  • VPS hosting
  • Dedicated Hosting
  • Email Hosting

Kelebihan dan Kekurangan Bluehost Malaysia

Bagi membantu anda dapatkan gambaran awal tentang Bluehost, berikut adalah maklumat ringkas tentang kelebihan dan kekurangan penggunaan Bluehost: 

Kelebihan Bluehost 

  • Jaminan 99.9% Uptime
  • Kelajuan server yang sangat kilat
  • Sandaran data harian bagi setiap pelan hosting
  • Sangat mudah digunakan – Mesra pengguna
  • Web hosting yang fleksibel dan mudah dikembangkan
  • Pemberian domain dan SSL percuma
  • Lokasi pusat data yang hampir dengan Malaysia
  • Khidmat bantuan pelanggan yang responsif
  • Jaminan pulangan wang selama 30 hari
  • Pemberian website builder percuma 
  • Integrasi aplikasi yang banyak

Kekurangan Bluehost

  • Kenaikan harga ketika pembaharuan langganan
  • Hosting tanpa had mempunyai had
  • Naik taraf dan penambahan ciri yang mahal
  • Tiada Hosting Windows / ASP.net
  • Tiada pemindahan laman web percuma
  • Tiada penumpuan terhadap jenis hosting yang khusus

Adakah anda perlukan apa-apa kemahiran khusus sebelum anda dapat menggunakan Bluehost?

Bagi setiap pelan web hosting yang ditawarkan, Bluehost menyediakan sistem control panel yang sangat mudah digunakan iaitu CPanel.

 Walaupun anda tiada pengalaman dalam pembinaan website atau tak berapa tahu tentang nama-nama komponen dalam server, CPanel yang disediakan ni memang sangat mudah untuk digunakan. 

Cpanel yang diberikan membolehkan anda sama ada untuk membina website melalui WordPress, menciptakan satu kedai online melalui WooCommerce, muat naik blog biasa dan banyak lagi.

Bukan itu saja, sekiranya anda berhadapan dengan sebarang masalah berkenaan website, anda juga boleh menghubungi khidmat bantuan pelanggan yang disediakan untuk segera dapatkan penyelesaian.

Harga/Pelan Hosting

Terdapat banyak pelan hosting yang terdiri dari pelbagai fungsi web hosting berbeza yang ditawarkan oleh Bluehost. Berikut adalah jadual ringkas harga dan ciri-ciri utama bagi setiap web hosting yang ditawarkan di Bluehost.

Seperti yang terdapat dalam jadual di atas, jenis-jenis hosting yang ditawarkan mempunyai harga dan kos yang berbeza. Ini kerana ia bergantung kepada tujuan website anda dan jumlah kuasa yang anda perlukan untuk membina dan menguruskan operasi website anda.

Bukan itu saja, kesemua pelan yang ditawarkan adalah termasuk dengan khidmat bantuan pelanggan 24 jam bagi menyelesaikan apa-apa masalah yang anda mungkin hadapi.

Shared Hosting

Shared hosting merupakan pelan hosting yang paling popular dan paling murah bagi setiap pelanggan. 

Bluehost Malaysia menawarkan 4 pelan shared hosting untuk anda pilih.

Basic Web hosting

Pelan basic web hosting adalah pelan yang paling murah dan memiliki ciri-ciri paling sedikit yang ditawarkan Bluehost. Pelan ini mengehadkan pembinaan dan pengurusan website hanya kepada 1 website sahaja. 

Walaupun ianya ditawarkan pada harga yang paling murah, pelan basic ini juga memberikan nama domain, pendaftaran SSL dan web builder percuma semasa pendaftaran. 

Pelan ini sebenarnya sesuai untuk yang baru nak berjinak dalam pembinaan website dan memudahkan anda untuk menguruskan hanya satu website tersebut. 

Ia juga memberikan had simpanan sebanyak 50GB dan simpanan emel sebanyak 100MB bagi setiap akaun. Bagi pendaftaran baru, harga promosi yang ditawarkan adalah pada $2.95 sebulan untuk langganan selama 3 tahun. Harganya akan meningkat ke $8.99 sebulan selepas tamat 3 tahun langganan pertama.

Bluehost hanya menawarkan pembayaran secara tahunan bagi kesemua pelan shared hosting mereka. Ini bermaksud anda hanya boleh melanggan web hosting mereka sekurang-kurangnya setahun. 

Akan tetapi, ianya amat disyorkan supaya anda memilih untuk melanggan selama 3 tahun kerana ianya lebih menjimatkan berbanding jika anda hanya ingin melanggan untuk setahun saja.

Untuk memberikan gambaran secara jelas tentang harga pelan basic yang ditawarkan mengikut tahun, anda boleh lihat jadual di bawah.

12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$7.95 / bulan$5.95 / bulan$2.95 / bulan

Plus Web Hosting

Plus web hosting ini sesuai untuk mereka yang memiliki banyak website kerana tiada had website yang boleh anda bina dengan pelan web hosting ini. 

Selain itu, pelan ini juga menawarkan kelajuan pemindahan data, had simpanan, akaun emel tanpa had, dan simpanan emel tanpa had. Jadi sekiranya anda sedang menguruskan dan mempunyai lebih daripada 1 website, pelan ini sesuai untuk anda. 

Pelan ini juga memberikan nama domain, pendaftaran SSL serta web builder percuma semasa pendaftaran. Ciri halangan Spam iaitu SpamExperts juga termasuk dalam pelan ini.

Harga yang ditawarkan dalam pelan plus web hosting adalah pada $8.95  sebulan untuk langganan setahun, $7.95 sebulan untuk langganan 2 tahun dan $6.95 sebulan jika anda memilih untuk melanggan selama 3 tahun. 

Harga promosi yang diberikan ini akan meningkat ke $11.99 sebulan selepas tamat tempoh langganan awal anda. 

Jadual di bawah menunjukkan harga pelan plus web hosting yang ditawarkan mengikut tahun.

12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$8.95 / bulan$7.95 / bulan$6.95 / bulan

Choice Plus Web hosting

Pelan Choice Plus ini sebenarnya lebih kurang sama dengan pelan plus sebelum ini iaitu kelajuan pemindahan data, had simpanan, akaun emel tanpa had, dan simpanan emel tanpa had. Mereka hanya menambah 2 lagi ciri aplikasi website yang berguna untuk anda iaitu Domain Privacy dan 1 SiteBackup Pro. Domain privacy membantu melindungi maklumat data peribadi yang dijana oleh website anda.

Manakala SiteBackup Pro pula membantu memberikan sandaran lengkap kepada kandungan website anda sekiranya terjadi kehilangan data website anda. Ciri sandaran ini sangat berguna supaya anda tak kehilangan segala kerja yang anda telah buat dalam pembinaan website tersebut.

Harga yang ditawarkan dalam pelan choice plus web hosting adalah pada $12.95   sebulan untuk langganan setahun, $10.95 sebulan untuk langganan 2 tahun dan $8.95 sebulan jika anda memilih untuk melanggan selama 3 tahun. 

Harga promosi yang diberikan ini akan meningkat ke $16.99 sebulan selepas tamat tempoh langganan awal anda.

Di bawah merupakan jadual harga ringkas bagi setiap tahun langganan berbeza.

12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$12.95 / bulan$10.95 / bulan$8.95 / bulan

Pro Web hosting

Pro web hosting merupakan pelan shared hosting yang tertinggi ditawarkan oleh Bluehost. Seperti pelan plus dan choice plus, mereka juga menawarkan ciri simpanan data, emel dan kelajuan pemindahan tanpa had. 

Mereka juga menambah lagi 1 ciri menarik khusus buat pelanggan pro web hosting iaitu dedicated IP. Dedicated IP ini penting untuk memberikan identiti khas kepada website anda melalui penggunaan IP tersendiri. 

Walaupun pada asalnya pelan ini dikongsi dengan beberapa pengguna yang lain, tetapi jumlah perkongsiannya adalah terhad kepada sesuatu jumlah sahaja. Sebagai contoh, hanya 15 orang pengguna sahaja yang menggunakan setiap hosting dan ini mengelakkan daripada penggunaan padat sepertimana ditawarkan oleh pelan basic, plus dan choice plus. 

Had penggunaan bagi setiap hosting ini memberi jaminan kelajuan paparan dan pemprosesan data website anda walaupun dikongsi dengan beberapa pengguna lain.

Bagi anda yang mempunyai website yang banyak dan sering menerima jumlah trafik yang tinggi setiap bulan, pelan pro web hosting ini sangatlah sesuai untuk memenuhi permintaan penggunaan website anda. Anda tak perlu risau lagi tentang kelajuan dan pemprosesan data serta kandungan website yang lambat. 

Bagi harganya pula, pelan pro web hosting menawarkan $18.95 sebulan untuk langganan setahun, $17.95 sebulan untuk langganan 2 tahun dan $14.95 sebulan jika anda memilih untuk melanggan selama 3 tahun. 

Harga promosi yang diberikan ini akan meningkat ke $26.99 sebulan selepas tamat tempoh langganan awal anda.

Jadual di bawah menunjukkan harga pelan plus web hosting yang ditawarkan mengikut tahun.

12 Bulan24 Bulan36 Bulan
$18.95/ bulan$17.95 / bulan$14.95 / bulan

Ciri Utama dan Harga Ditawarkan Bagi Kesemua Pelan Shared Hosting Bluehost Malaysia Bagi Langganan 3 Tahun

Antara ciri penting yang ditawarkan dalam shared hosting Bluehost:-

  • Website builder percuma – sangat mudah digunakan khususnya untuk sesiapa yang tiada pengalaman dalam pengekodan website.
  • Nama domain percuma Domain percuma selama setahun ditawarkan kepada semua pelan
  • SpamExperts – Ciri paling penting sekiranya anda memiliki blog dan ingin mengelakkan spam berlebihan dari pengguna. (Hanya tersedia bagi pelan Plus, Choice Plus dan Pro)
  • Domain Privacy – Melindungi data peribadi anda yang tersedia dalam maklumat domain dan mengelakkan daripada penggodam berpotensi. (hanya ditawarkan secara percuma bagi pelan Choice Plus dan Pro)
  • Jaminan 99.9% Uptime – website anda akan sentiasa tersedia tanpa sebarang gangguan.
  • SSL Percuma – melindungi kepada website anda dan memberikan keyakinan kepada pelawat dan pengguna website anda bahawa setiap transaksi dan lawatan dilindungi daripada penggodam berpotensi.
  • SiteBackup Pro – Antara ciri penting dalam membuat sandaran terhadap data dan kandungan website anda supaya disimpan sebagai ganti sekiranya berlaku kejadian yang memberi kesan kepada data anda. (hanya ditawarkan secara percuma bagi pelan Choice Plus dan Pro)
  • Dedicated IP – Penyediaan IP khas untuk website anda. Sesuai untuk menjaga reputasi emel daripada disenarai hitam dan keperluan skrip bagi sesetengah aplikasi website. (hanya ditawarkan secara percuma bagi pelan Pro)

Pelan Shared Hosting Terbaik Bluehost Malaysia

Kesemua pelan shared hosting yang ditawarkan oleh Bluehost tidaklah begitu berbeza dari segi jaminan uptime, SSL dan domain percuma, kelajuan pemindahan data dan lain-lain. Ciri-ciri tambahan yang ditawarkan secara percuma bagi pelan berbeza tersebut juga bergantung kepada tujuan dan sasaran website anda ketika pembinaannya

Sekiranya anda baru hendak mula menceburi dalam pembinaan website dan tidak mahu berbelanja terlalu banyak, pelan basic sudah mencukupi untuk anda. 

Walaupun ia hanya menawarkan sebahagian ciri yang terhad, ia sudah memadai untuk anda belajar menguruskan website kecil terlebih dahulu.

Akan tetapi, sekiranya anda sudah mempunyai pelbagai jenis website lain atau sudah memiliki idea dalam pembinaan website-website lain, anda bolehlah pilih pelan sama ada Plus, Choice Plus atau Pro yang sesuai dengan bajet anda.

Anda juga perlu ingat bahawa setiap pelan menawarkan harga yang berbeza. Pastikan anda memilih mengikut tujuan dan matlamat pembinaan website anda mengikut bajet yang anda miliki.

WordPress Hosting

Bagi anda yang sudah biasa membina dan menguruskan website menggunakan WordPress, Bluehost juga menyediakan pelan hosting khusus untuk WordPress. 

Bagi mereka yang dah biasa, WordPress sangat mudah digunakan dan 35% daripada jumlah website seluruh dunia terdiri daripada wordpress. 

Sekiranya anda hanya akan gunakan wordpress sebagai platform pembinaan website anda, ianya lebih baik sekiranya anda memilih pelan wordpress hosting ni. 

Harganya untuk pelan WordPress hosting ini bermula dari $4.95 sebulan bagi pelan basic dan meningkat ke $6.95 bagi pelan plus dan $8.95 bagi pelan choice plus iaitu pelan tertinggi. 

Antara ciri istimewa yang ditawarkan di bawah pelan WordPress hosting ini adalah simpanan data menggunakan SSD (pemindahan dan pemprosesan berkali ganda lebih pantas), pemberian SSL, CDN dan nama domain percuma. 

Sekiranya anda memilih pelan Plus, anda juga dapat menerima office word percuma selama setahun. Pelan choice plus pula menawarkan tambahan sandaran data automatik selama 1 tahun dan domain privacy.

Anda boleh jadual di bawah bagi mengetahui setiap ciri dan harga yang ditawarkan dalam pelan-pelan yang berbeza.

Managed WordPress Hosting

Sekiranya anda rasa WordPress hosting biasa masih lagi tak cukup untuk menampung penggunaan website, anda boleh memilih untuk menggunakan Managed WordPress hosting. 

Pelan Managed WordPress hosting ini dikhususkan untuk meningkatkan prestasi WordPress dengan lebih tinggi dan laju. 

Ia menawarkan penambahbaikan dari segi kelajuan website, perlindungan data, keselamatan pengguna dan website, prestasi keseluruhan dan pengalaman penggunaan terbaik ketika menguruskan website WordPress anda. 

Jika anda dapat lihat jadual di bawah, harga yang ditawarkan bagi pelan biasa adalah pada $14.95 bagi sebulan dan meningkat ke $29.95 bagi pelan kedua dan $49.95 bagi pelan tertinggi. 

Harga yang ditawarkan adalah lebih mahal selaras dengan pelbagai ciri tambahan yang ditawarkan bagi setiap pelan dan menjadikannya berbaloi bagi setiap wang yang anda belanjakan.

VPS Hosting

Apa itu VPS? Virtual Private Server (VPS) adalah server eksklusif yang disediakan khusus untuk penggunaan anda. Ini bermaksud anda tak berkongsi server dengan orang lain sepertimana yang dibuat oleh shared hosting biasa. Kuasa CPU, RAM atau size simpanan; kesemuanya hanya untuk kegunaan anda sahaja. 

Bluehost Malaysia menawarkan 3 pelan VPS mengikut ciri dan harga yang berbeza. Pelan termurah bermula dari $18.99 sebulan dan ditawarkan pada $59.99 bagi pelan VPS tertinggi. 

Salah satu jaminan penting oleh Bluehost Malaysia adalah tiadanya downtime. Ini bermaksud website akan tersedia 100% setiap masa tanpa sebarang gangguan teknikal.

VPS Hosting ini amatlah sesuai untuk anda yang mempunyai pengetahuan teknikal mencukupi dan juga sekiranya shared hosting sudah tak sesuai digunakan untuk website anda yang semakin berkembang. 

Dedicated Hosting

Dedicated Hosting adalah pelan hosting termahal yang ditawarkan oleh mana-mana pembekal hosting terkenal. Ini kerana anda akan menyewa seluruh server fizikal tanpa berkongsi dengan sesiapa pun. Semua kos dalam menguruskan server tersebut akan dibayar oleh anda. 

Pelan hosting ini selalunya dipilih oleh mereka yang mempunyai website yang besar dengan jumlah trafik yang mencecah puluhan ribu setiap hari. Harga pelan ini bermula dari $79.99 sehinggalah $119.99 sebulan. Perbezaan harga tersebut hanyalah pada saiz simpanan data, saiz RAM, kelajuan pemindahan data dan jumlah alamat IP yang disediakan.

Bagi anda yang mampu dan inginkan hosting yang boleh menampung keperluan website anda, Dedicated Hosting sesuai untuk kegunaan website anda. 

Kelebihan utama menggunakan Dedicated Hosting ini adalah anda dapat membina website anda mengikut kehendak dan matlamat anda yang digabung dengan kelajuan prestasi, simpanan data yang tinggi dan keselamatan website yang terjamin.  

Jadual di bawah menunjukkan harga setiap pelan Dedicated Hosting yang ditawarkan mengikut ciri dan harga yang berbeza.

Online Stores (Ecommerce)

Sekiranya anda ingin membina website yang bercirikan kedai online seperti Lazada, Shopee dan lain-lain, Bluehost juga menawarkan pelan hosting khas untuk pembinaan kedai online anda. 

Terdapat 2 jenis pelan yang ditawarkan iaitu pelan Standard dan Premium. Anda juga mempunyai pilihan untuk memilih sama anda ingin melanggan secara bulanan atau tahunan. 

Sekiranya anda ingin melanggan secara bulanan, harga bagi pelan standard ditawarkan pada $29.95 manakala pelan premium menawarkan harga pada $49.95 sebulan. 

Namun begitu, ianya akan menjadi lebih murah sekiranya anda ingin melanggan secara tahunan. Sebagai contoh, harga pelan standard akan jatuh pada $12.95 sebulan dan harga premium pada $24.95 sebulan bagi langganan selama 3 tahun.

Anda boleh lihat di bawah harga dan ciri-ciri yang ditawarkan daripada kedua-dua pelan kedai online ini.

Emel Hosting

Selain dari web hosting biasa, Bluehost juga menyediakan servis emel hosting bagi anda yang inginkan alamat emel anda nampak lebih profesional dan dipercayai oleh kesemua pelawat dan pengguna website anda. 

Anda boleh uruskan website dan emel hanya dalam satu platform. Harga emel hosting ini bermula dari $2.99 sebulan untuk pelan biasa sehinggalah $9.99 sebulan bagi pelan tertinggi sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Bluehost Blue Sky Professional Service

Servis ini ditawarkan khusus oleh Bluehost untuk anda yang memerlukan bantuan langkah demi langkah dalam membina website WordPress. Bluehost akan meletakkan pakar WordPress mereka untuk membantu anda membangunkan website. 

Harga bantuan pelanggan ini bermula dari $29.00 sebulan sehinggalah pelan tertinggi iaitu Blue Sky Pro pada $149.00 sebulan sepertimana yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Kriteria yang Anda Perlu Nilai Sebelum Memilih Pembekal Hosting yang Sesuai

Lokasi Pusat Data Bluehost 

Lokasi pusat data web hosting Bluehost ada di 4 buah negara di dunia. Antaranya di negara:-

  • Provo, Utah, USA
  • Orem, Utah, USA
  • Mumbai, India
  • London, UK/Europe
  • Hong Kong, China
  • Shanghai, Mainland China

Bagi memastikan kelajuan pemindahan data website anda berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan, anda seeloknya memilih pusat data yang paling hampir dengan lokasi sasaran pelanggan anda. 

Sebagai sekiranya sasaran pelanggan anda adalah di USA, maka pilihan pusat data di USA adalah yang terdekat dengan pelawat website anda. 

Tempoh Loading Website

Loading website merujuk kepada berapa lama kandungan website anda akan muncul dan dipaparkan kesemuanya pada skrin anda. Tempoh paparan yang lambat selalunya menyebabkan pengguna meninggalkan website anda dan mengabaikan kandungan yang anda nak sampaikan.

Sesebuah website yang baik akan memiliki tempoh loading yang rendah bagi memenuhi kepuasan pelanggan secara keseluruhan.

Purata load masa Bluehost adalah 1.48ms dan purata response time adalah 1.26ms. Ini menunjukkan web hosting Bluehost adalah sangat pantas dan responsif.

 Uptime 

Uptime merupakan salah satu kriteria yang dinilai sebelum sesebuah web hosting dipilih. Walaupun terdapat jaminan uptime yang tinggi dari pelbagai pembekal hosting, hanya segelintir sahaja yang dapat memberi apa yang dijamin sebelum ini. 

Uptime memberi kesan kepada ketersediaan website anda kepada umum tanpa sebarang gangguan teknikal. Seperti yang anda lihat dalam jadual di atas, Bluehost masih lagi mengekalkan kadar uptime melebihi 99%. 

Control Panel Yang Mesra Pengguna

Kebanyakan platform web hosting menyediakan control panel jenis CPanel bagi memudahkan pengguna menjalankan tetapan pada website mereka. Sama juga dengan Bluehost. 

Cpanel ini mempunyai pelbagai jenis aplikasi yang dipasangkan serta ketersediaan ciri-ciri lain menjadikannya mudah digunakan dalam platform yang sama sahaja. 

Anda tak perlu risau kerana CPanel yang disediakan Bluehost ini tidak memerlukan sebarang kemahiran teknikal tinggi untuk anda menguruskannya. 

Sijil Secure Socket Layer (SSL) 

SSL adalah ciri perlindungan yang berguna bagi melindungi data peribadi anda dan pelawat anda, serta melindungi dan memberi keyakinan kepada semua pelawat bahawa transaksi yang bakal dijalankan terlindung daripada serangan penggodam.

Sebelum membuat keputusan untuk memilih platform web hosting, pastikan anda kaji terlebih dahulu sama ada SSL ditawarkan secara percuma atau tidak sebelum anda mendaftar.

Bluehost menawarkan SSL percuma untuk pelanggan mereka. 

Khidmat pelanggan

Selain daripada ciri-ciri penggunaan website yang terdiri daripada aplikasi, kelajuan website, had simpanan dan lain-lain, kualiti bantuan pelanggan juga memainkan peranan bagi menentukan web hosting mana yang terbaik.

Bluehost menyediakan bantuan pelanggan melalui telefon dan live chat. Anda juga boleh mencari solusi sendiri masalah anda melalui knowledge base yang disediakan Bluehost. 

Pemberian Ciri Percuma

Selain daripada tawaran harga yang murah, Bluehost Malaysia juga memberikan ciri-ciri website tambahan seperti SSL, emel dan nama domain bagi mereka yang berdaftar dengan pelan-pelan Bluehost yang disebutkan di atas. 

Website builder yang diberikan sangat mudah digunakan khususnya untuk sesiapa yang tiada pengalaman dalam pengekodan website. 

Akan tetapi, sekiranya anda memilih pelan tertinggi dalam shared hosting tersebut, anda akan menerima lebih banyak ciri tambahan percuma. Kesemua ciri tambahan yang disediakan ini mempunyai kepentingan tersendiri untuk memajukan dan meningkatkan prestasi website anda.

Jaminan Pulangan Wang

Bluehost memberikan tempoh 30 hari jaminan pulangan wang sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kualiti servis hosting yang diberikan. 

Jaminan pulangan wang ini diberikan bagi memastikan setiap pengguna berpuas hati dan selesa dengan setiap ciri web hosting yang ditawarkan oleh Bluehost. 

Kaedah Pembayaran Bluehost Malaysia

Bluehost menyediakan pelbagai kaedah pembayaran untuk kemudahan pengguna. Kaedah pembayaran tersebut termasuklah kad kredit, paypal, cek atau wang pos, dan pembelian pesanan. 

Walaupun begitu, penggunaan FPX atau online banking tempatan masih lagi tidak ditawarkan dan hanya menumpukan kepada kaedah pembayaran biasa. 

Nama Domain 

Bluehost turut memberikan nama domain percuma bagi setiap pendaftar baru. Sekiranya anda ingin membeli nama domain khusus, anda bolehlah pilih mengikut kepada citarasa anda dalam membuat website anda. 

Berikut adalah jadual harga bagi setiap jenis nama domain sebagai rujukan kepada anda.

Perbandingan antara Bluehost dan Pembekal Hosting lain

Bluehost vs. Hostinger

Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sekiranya anda hanya melihat pada harga yang murah, web hosting Bluehost Malaysia adalah pilihan terbaik. Bluehost juga menyediakan pelbagai ciri tambahan website secara percuma khususnya bagi pemilihan pelan berbeza. 

Walaupun kedua-dua web hosting ini memberikan jaminan yang hampir sama, Bluehost menawarkan platform yang lebih berkualiti dan mudah digunakan berbanding dengan web hosting lain.

Namun jika sasaran pelanggan anda adalah dari Malaysia atau negara yang berdekatan dengannya, Hostinger adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana, Hostinger mempunyai pusat data yang berdekatan dengan Malaysia iaitu di Singapura. 

Bluehost vs. Godaddy

Web hosting Godaddy dan Bluehost memberikan kadar bandwidth tanpa had bagi semua pelan. 

Selain itu, Godaddy menawarkan khidmat pelanggan 24/7 melalui panggilan telefon. Berbeza dengan Bluehost yang hanya menawarkan live chat dan juga emel.  

Namun begitu, Bluehost menawarkan pelan bulanan yang sangat murah, nama domain dan SSL percuma serta pakej pelan yang lebih berpatutan.

Bluehost vs. Siteground

Siteground menawarkan harga yang lebih murah daripada Bluehost. Akan tetapi, kualiti web hosting Bluehost tidak dapat ditandingi oleh Siteground.   

Bluehost vs. Hostgator

Syarikat web hosting Hostgator adalah pesaing lama dengan Bluehost. Walaupun Hostgator menawarkan harga yang berpatutan bagi kesemua pelan mereka tetapi ciri-ciri tambahan Bluehost adalah lebih berkualiti berbanding dengan ciri website oleh Hostgator.  

Jadi, walaupun Hostgator menawarkan harga yang lebih murah, Bluehost jauh ke hadapan dari segi kualiti yang ditawarkan. 

Kesimpulan

Patutkah Anda Gunakan Web hosting Bluehost Malaysia?

Bluehost Malaysia telah lama beroperasi sejak tahun 1996 dan reputasinya dalam memberikan servis hosting terbaik memang tak dinafikan lagi. 

Bluehost sendiri telah menguruskan lebih 2 juta website seluruh dunia dan kesemua jaminan yang diberikan telah terbukti melalui data prestasi setiap website. 

Anda juga tak perlu risau untuk mencuba Bluehost kerana diberikan jaminan pulangan wang sekiranya anda tidak berpuas hati dengan kualiti platform web hosting ini dalam tempoh 30 hari.

Klik di sini jika anda berminat nak tahu tentang bagaimana SEO boleh membantu website anda untuk mendapatkan pelawat yang lebih ramai.