Exabytes Malaysia Review (Terkini 2024)

exabytesmalaysia

Exabytes adalah sebuah syarikat web hosting yang beroperasi di Malaysia.

Exabytes.my bukan sahaja menyediakan perkhidmatan web hosting tetapi juga turut menyediakan servis domain name, Virtual Private Server (VPS), WordPress hosting dan servis bina website. 

Artikel ini dibawakan khas oleh Clarini Online Marketing, sebuah syarikat pemasaran digital di Malaysia yang menawarkan 100% servis SEO.

Latar Belakang

Syarikat ini diasaskan pada tahun 2001. Sudah hampir 2 dekad beroperasi dengan lebih 140,000 pelanggan di 121 buah negara di dunia. 

Ibu pejabat syarikat ini terletak di Bayan Baru, Penang. Selain itu, mereka turut mempunyai cawangan di Selangor dan  Kuala Lumpur, dan di luar negara iaitu di Indonesia dan Singapura. 

Servis Yang Ditawarkan

  • Shared hosting
  • SSD hosting
  • WordPress hosting
  • Email hosting
  • Web design
  • Pemasaran digital
  • VPS Server
  • Domain name

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan 

  • 99.9% Jaminan Uptime
  • 100% jaminan pulangan wang untuk 100 hari
  • 24 jam khidmat pelanggan professional
  • Domain name percuma (.com/.com.my/.my)
  • Control panel yang simple dan mudah untuk digunakan
  • Daily backup percuma
  • Percuma SSL

Kekurangan

  • Tiada tempoh percubaan
  • Hanya 4 pusat data dan kebanyakan di Asia Tenggara
  • Caj untuk hosting migration

Review Terperinci

Penilaian syarikat ini akan dilihat dari beberapa aspek seperti speed, uptime, khidmat pelanggan dan semestinya harga.

Pelan / Harga 

Mereka menyediakan beberapa pelan langganan mengikut jenis hosting yang anda langgan. 

Harga yang ditawarkan serendah RM3.99 sebulan. Namun harga ini hanya sah jika anda melanggan selama 36 bulan atau 3 tahun. 

Jika anda hanya melanggan selama 12 bulan, harga yang perlu anda bayar setiap bulan adalah RM6.99.

Business Shared Hosting

Mereka menawarkan 4 pelan langganan untuk business shared hosting. 

Antara spesifikasi business shared hosting adalah seperti berikut:-

  • Paparan control panel Plesk
  • Backup harian kecuali pelan Ebiz 12 Mini
  • Storan SSD
  • Percuma SSL
  • Percuma domain name kecuali pelan Ebiz 12 Mini
  • Percuma emel atas nama domain
  • Ultrafast Litespeed Server
  • Website Security 360
  • Menyokong Cloudflare
  • Pengurus Akaun Khusus untuk pelan Ebiz 12 Pro & Ebiz 12 Max
  • 100 hari jaminan pulangan wang

Ebiz 12 Mini sesuai untuk anda yang baru nak mula bina website. Dengan anggaran sehingga 2000 pelawat website setiap bulan, anda boleh bina 2 website dengan pelan ini. 

Anda turut diberikan 2 email percuma di atas nama domain website anda. 

Walaupun begitu, pelan termurah yang ditawarkan oleh mereka tidak termasuk domain name percuma

Anda juga perlu tahu pelan ini hanya berikan anda sebanyak 12GB SSD storan dengan backup mingguan. Perlu diingatkan pelan ini tidak memberikan jaminan pulangan wang. Untuk itu, sebelum anda melanggan pelan Ebiz 12 Mini, fikir dahulu semasak-masaknya. 

Bagi pelan Ebiz 12 Plus, anda boleh bina sehingga 60 website percuma dengan anggaran 100,000 pelawat website setiap bulan. 

Pelan berharga RM19.99 sebulan ini menawarkan domain name percuma, SSL percuma dan alamat email atas nama domain percuma

Selain itu, mereka memberikan backup harian secara percuma untuk kesemua pelan kecuali pelan Ebiz 12 Mini. 

Jika anda inginkan pelan dengan pembinaan website tanpa had, anda boleh cuba pelan Ebiz 12 Pro

Pelan ini didatangkan dengan 120GB storan SSD dan anggaran pelawat ke website setiap bulan sebanyak 200,000

Sekiranya pelawat website anda seramai 400,000 sebulan, anda boleh pilih pelan Ebiz 12 Max. Pelan ini memberikan anda peluang untuk membina seberapa banyak website tanpa had. 

Tambahan pula, anda diberikan emel percuma tanpa had di atas nama domain dan juga domain name percuma. 

Domain name percuma diberikan mengikut tempoh langganan anda. Sebagai contoh, jika anda melanggan hosting selama 36 bulan, maka anda akan diberikan 3 tahun domain name percuma. 

240GB SSD storan disediakan untuk pakej ini dengan Ultrafast Litespeed Server. 

Apapun, ia bergantung kepada keperluan anda. Jika anda kekurangan bajet, anda boleh bermula dengan pelan termurah dahulu. 

Kemudian, upgrade ke pelan lain seiring dengan bisnes anda yang semakin berkembang.

SSD Hosting

SSD hosting miliki kesemua spesifikasi yang ada pada business shared hosting. Namun, ia berikan spesifikasi yang lebih premium dengan 3 jenis pelan langganan. 

Bermula dengan harga serendah RM28.59 sebulan. Kesemua pelan di bawah SSD hosting menerima percuma SSL, backup harian dan juga Whois Privacy Protection.

Untuk langganan tahunan, anda bakal menerima percuma domain dot my (.my).

Sama seperti shared hosting, harga terendah RM28.59 sebulan hanya untuk langganan selama 36 bulan.

Dengan SSD hosting, website anda lebih pantas dan lebih responsif. 

Syarikat ini juga memberikan pindahan data bulanan tanpa had dengan pelan ini. Anda tidak perlu lagi risau website anda mencapai had bulanan pindahan data. 

WordPress Hosting

WordPress hosting ditawarkan khusus untuk anda yang membina website di WordPress. Dengan Litespeed Cache untuk WordPress, website anda loading 5 kali lebih laju berbanding hosting biasa. 

Dengan 1 klik, WordPress akan dimuatkan ke website anda. 

Pelan serendah RM9.99 sebulan,  WP 12 beginner menawarkan 30 website dan 30 akaun emel. Sesuai untuk anda yang miliki hampir 30,000 pelawat. Backup akaun anda dibuat setiap minggu. 

Syarikat ini menyediakan perlindungan website security360, automatik Malware scan, WordPress Sekuriti Scan, menyokong Cloudflare dan sekuriti patch

Kesemua pelan di bawah WordPress hosting mendapat backup harian secara percuma, SSL percuma dan domain name percuma kecuali pelan WP 12 Beginner.

Bagi pelan WP 12 Ecommerce dan WP 12 Ultimate, anda turut diberikan pengurus akaun khas. 

Jaminan pulangan wang selama 100 hari tidak diberikan untuk pelan WP 12 Beginner. Untuk itu, sila fikir sebaik mungkin sebelum membuat keputusan melanggan pelan WP 12 Beginner.

Virtual Private Server (VPS) 

Syarikat ini menyediakan Windows Cloud SSD VPS dan juga Linux Cloud SSD VPS.

Windows VPS

Untuk pelan Windows VPS, terdapat 15 pelan yang boleh anda pilih. Anda diberikan 2 bulan percuma sekiranya anda melanggan pelan Windows VPS. 

Windows VPS sangat laju dan anda boleh terus menggunakannya beberapa minit selepas bayaran dibuat. Dengan melanggan Windows VPS anda akan menerima storan, memori, IP dan processor yang dikhususkan untuk anda

Anda juga boleh menukar ke pelan VPS yang lebih advance jika anda memerlukan storan dan processor yang lebih besar. 

Selain itu, anda tidak terikat dengan kontrak jika melanggan mana-mana pelan di bawah Windows VPS. Anda bebas membatalkan langganan atau menukar ke pelan lain. 

Linux VPS

Linux VPS hosting yang disediakan syarikat ini tersedia untuk anda dalam masa beberapa minit selepas langganan dibuat. Linux VPS merupakan server yang sangat lancar dan pantas. 

Terdapat 15 pelan yang boleh anda pilih untuk Linux VPS. Promosi terkini yang dibuat oleh syarikat ini adalah beli 2 Linux VPS anda akan menerima percuma 1 Linux VPS.

Linux VPS menggunakan processor Hexa Core Intel Xeon yang laju serta responsif. Anda juga mempunyai akses ke PHP, module, server level dan proxy.

Control panel yang disediakan untuk Linux VPS adalah seperti cpanel dan Plesk. 

Namun begitu, untuk pelan Windows VPS dan Linux VPS backup percuma tidak disediakan. Anda perlu menambah Fully Managed Off Server Backup (R1Soft) untuk servis backup. Pelan VPS hosting menggunakan hard drive jenis Solid-State Drive (SSD). 

Kelajuan Server/Speed

Server yang laju amat penting untuk memastikan laman web anda loading dengan cepat. Pelawat tidak suka menunggu lama. Mereka terus klik back jika sebuah website itu ambil masa yang lama untuk loading.

Syarikat ini menggunakan Ultrafast Litespeed server yang laju dan stabil untuk web anda.

WordPress accelerator yang dilengkapi dengan LSCWP cache plugin dan Litespeed membantu website anda 4 kali lebih laju dari biasa. 

SSL

Bagi memastikan web anda diyakini pelanggan dan selamat, mereka memberikan SSL percuma untuk semua pelan hosting mereka. 

Banyak yang dapat anda jimat dengan SSL percuma ini. Berbanding web hosting lain seperti namecheap, SSL percuma hanya diberikan ketika tahun pertama langganan. 

Jaminan 99.9% Uptime

Salah satu perkara penting dalam memilih web hosting adalah uptime. Mereka memberikan jaminan 99.9% network uptime dan 99.5% server uptime untuk kesemua pelan web hosting mereka.

Dengan jaminan ini, anda tidak perlu lagi bimbang tentang downtime dan pelawat anda boleh mengunjungi web e-commerce anda pada bila-bila masa untuk membuat pembelian.    

Pusat data

Syarikat ini mempunyai 4 lokasi pusat data. Antara lokasi adalah di:-

  1. Malaysia 
  2. Indonesia
  3. Singapura
  4. United States

Jika sasaran pelawat website anda adalah dari Malaysia, lokasi pusat data yang terletak di Malaysia adalah amat baik untuk website anda. Lagi dekat sasaran pelanggan dengan pusat data, maka lagi cepat untuk website anda loading. 

Namun begitu, sekiranya sasaran pelawat website anda selain dari 4 negara di atas, anda boleh memilih web hosting lain yang bersesuaian dengan sasaran pelawat anda. 

Khidmat Pelanggan

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau permasalahan berkenaan web hosting, anda boleh hubungi khidmat pelanggan mereka yang beroperasi 24 jam. 

Apa yang menarik, ada 4 cara untuk anda menghubungi syarikat ini:

  1. Live chat
  2. Whatsapp
  3. Email
  4. Telefon

Khidmat pelanggan melalui panggilan telefon hanya beroperasi selama 8 jam, 5 hari setiap minggu. Ini bermakna anda boleh menelefon mereka hanya pada waktu pejabat.

Selain itu, mereka turut menyediakan tutorial, knowledge base dan blog sebagai rujukan. 

Jaminan Pulangan Wang

Syarikat ini tidak memberikan tempoh percubaan percuma. Namun begitu, anda diberikan jaminan pulangan wang 100%.  

Biasanya, syarikat web hosting lain memberikan tempoh pulangan wang selama 30 atau 45 hari, tetapi mereka memberikan tempoh jaminan yang panjang, 100 hari.

Sekiranya dalam tempoh 100 hari anda tidak berpuas hati, anda boleh batalkan langganan dan mereka tanpa banyak soal akan pulangkan kesemua wang anda

Namun begitu, jaminan pulangan wang 100% ini tidak terpakai untuk pelan Ebiz 12 mini

Percuma

Mereka memberikan SSL percuma untuk semua pelan yang ditawarkan. 

Domain name percuma hanya diberikan kepada pelan tertentu dan tidak kepada pelan yang termurah. 

Anda juga mendapat bantuan khidmat pelanggan percuma 24 jam jika terdapat sebarang permasalahan. 

Domain Name

Syarikat ini menyediakan servis domain name. Domain yang disediakan termasuk country level domain seperti .my, .com.my, .net.my, edu.my, gov,my.

Anda juga boleh mendapatkan domain .com, .asia dan juga .net.

Mereka turut menawarkan memberikan percuma domain privacy protection

Exabytes vs. Hostinger

Jika nak dibanding dari segi harga, Exabytes agak mahal dari Hostinger. Namun perlu diingat, anda perlu membayar harga yang berbeza ketika perbaharui langganan di Hostinger. 

Exabytes mempunyai pusat data di Malaysia yang sesuai untuk sasaran pelawat anda di Malaysia. Manakala, Hostinger tidak mempunyai pusat data di Malaysia. Yang terdekat pusat data Hostinger di Singapura dan Indonesia. 

Sekiranya sasaran pelawat anda bukan dari Asia Tenggara dan US, Hostinger adalah pilihan yang lebih baik. Ini kerana Hostinger menyediakan pusat data di 7 buah negara di dunia. 

Namun begitu, Hostinger tidak menyediakan support melalui panggilan telefon.

Exabytes juga menyediakan pelbagai servis lain seperti web design, SEO, Google Ads, Fb Ads, Linkedin Ads, pemasaran Email dan pemasaran SMS. 

Exabytes vs. Godaddy

Dari segi harga pelan, Godaddy ternyata lebih murah dari Exabytes. Namun, anda perlu lihat terma yang ditawarkan Godaddy terutama ketika perbaharui langganan.

Pelan murah yang ditawarkan Godaddy hanya terpakai untuk permulaan langganan. 

Contohnya pelan Starter RM4.49 setiap bulan. Ketika perbaharui langganan, anda perlu membayar RM14.99 setiap bulan. 

Anda bayar lebih sebanyak RM10.50 setiap bulan berbanding ketika mula melanggan. 

Selain itu, Exabytes merupakan web hosting dari Malaysia dan mempunyai pusat data di Malaysia. Dibandingkan dengan Godaddy yang mempunyai pusat data di pelbagai negara di dunia. 

Pilihan terbaik untuk website anda di Malaysia semestinya web hosting yang mempunyai pusat data di Malaysia. 

Kesimpulan – Patutkah Melanggan Exabytes?

Exabytes menyediakan hosting yang baik untuk anda yang menjalankan perniagaan online di Malaysia. Dengan harga yang berpatutan, anda boleh memilih pelbagai pelan yang bersesuaian dengan keperluan. 

Jika anda ingin melanggan dengan mereka, pilih pelan yang didatangkan dengan domain name percuma dan juga 100 hari jaminan pulangan wang.  Ini mengurangkan risiko anda sekiranya berasa tidak sesuai setelah melanggan.